14 October 2018

RESEPI MAMA UNA : RESEPI SNOWY CHEESE CAKE

Hai korang!!! Hari ahad kan? Kan kan? Bosan tak? Lipat baju ke tu? Semua laundry dah setel? Mama Una belum. Tapi nak update blog dulu. Hahaha. Hari ini nak share resepi Snowy Cheese Cake.
Mudah sangat resepi ni. Mama Una rasa kalau orang yang nak berniaga tu boleh try ni. Sikit sikit boleh jual tau. Best jugak. Hihi. Tapi mama una nak mintak maaf. Mama Una lupa snap gambar bahan bahan tau. 
Bahan bahan yang diperlukan untuk kek :
✅ 4 Biji telur Gred A
✅ 100gram gula castor
✅ 1 sudu besar penuh ovellate
✅ 1 sudu esen vanila
✅ 75 gram mentega (dicairkan)
✅ 100 gram self raising flour
✅ 60 gram tepung jagung
✅ 50 ml susu segar
Cara-cara:
👩🏻‍🍳 satukan tepung tepung gandum dan tepung jagung. Ayak.Ketepikan.
👩🏻‍🍳 Pukul telur, gula, ovellate, dan esen vanilla sehingga kembang. Make sure adunan jadi ringan tau. Penting sangat ni. Adunan daripada kuning jadi putih.
👩🏻‍🍳 Masukkan tepung yang telah di ayak. Sebatikan menggunakan kaedah kaup balik. Jangan guna mixer.
👩🏻‍🍳 Masukkan susu segar, kacau rata. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sebati.
👩🏻‍🍳 Masukkan kedalam loyang atau bekas yang di sukai. Bakar pada suhu 175c 35-40 minit bergantung pada oven masing masing.
☠️ Pastikan hentak 2 kali loyang yang mengandungi adunan sebelum bakar. Dan hentak dua kali adunan selepas keluarkan daripada oven. Elak kek mendap.

Bahan bahan untuk topping:
✅ Cheddar cheese ( mama una guna brand bega)
✅ Cream Cheese (mama una guna tartura)
✅ Susu pekat 3/4 cawan
✅ susu cair / susu segar/ susu fullcream 1 1/2 cawan
✅ Bluberry topping
✅ Chocolate chips
Cara cara :
👩🏻‍🍳 Pukul cream cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan susu pekat. Pukul sebati
👩🏻‍🍳 Masukkan susu segar dan pukul sebati.

Kemudian dah siap semua tu kan. Korang boleh lah hias cake. Mula mula tuang cream cheese tu. Kemudian parut keju cheddar bagi penuh penuh. Lepas tu hias dengan chocolate chips dan blueberry topping. 



Dah siap. Selamat mencuba. Lepas makan jangan lupa ambil Alfalfa complex dan omega guard. kang gemuk melantun lantun sebab makan kek resepi mama una yang sedap sangat ni. hihi

No comments: