29 August 2011

OMG

hoish..tercabar rase keperempuanan bile semua hubungan dengan dunia luar terputus..haish..internet x dak, network hp pun jem ala-ala kerete stuck dekat karak highway..

bosan giler 2 3 hari..macam ape jer..namun begitu hari maseh lagi berjalan seperti biase dan esok telah raye..oh..belum tahu lagi kan..entah2 raye x jadi..kohkohkoh..mintak2 esok raye terus..dah penat pasang langsir tadi, goreng kacang tanah..kalau x raye, tgk ah, bukak balik langsir tu..hahahha..

okey, dikesempempatan ini, saye ucapkan, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..doakan juga majlis perkahwinan saye berjalan lancar..thanks :)
Glitter text generator

25 August 2011

Nasi Arab in the house :)


berikut adalah resepi terbaru..resepi original dari kazen i..i buat edit2..tapi segan nak bagi resepi edit i..post ini juga adalah balasan kepada pos PUDING LAICI..hoho.EE, tolong buat dan kasi kak hanim sepinggan.TQ

Bahan2 :

1 ekor ayam (potong 4, jgn buang kulit)
4 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh syaibah ( kalu xde takpe la.. rempah ni susah nak cari sini, kat Arab saudi byk la)
1 sudu besar pati ayam
Garam & serbuk perasa secukup rasa
Air secukupnya (padan untuk masak nasi)

Cara2 membuatnya:

1. Masak kesemuanya hingga mendidih & ayam masak.
2. Bakar ayam dalam oven suhu 160 darjah selama 20 minit.
Bahan2 untuk nasi :

4 cawan beras basmati (saya guna beras Jasmin je..hehehe)
Air rebusan ayam (buang kesemua rempah ratusnya)
1 labu besar bawang besar (potong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi & minyak masak, tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masukkan beras. Masak hingga kering airnya.
3. Titiskan sedikit pewarna kuning di atas nasi. Gaul nasi, pastikan kaler kuning bercampur2.. bukan serata...
4. Boleh biarkan nasi masak terus @ kukus. saya suka kukus kerana nasinya cantik, relai & jika nak makan kali kedua, cuma panaskan lagi tanpa ia berkerak.. x membazir)

Bahan2 salad :

1 biji timun besar
1 biji tomato besar
3 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 membuatnya:

1. Potong timun & tomato dadu kecil2..
2. Perah limau nipis & campur garam halus. Gaul rata.

Bahan2 sambal:

1 biji tomato masak
15 biji cili padi
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 membuatnya:

- Blend kesemuanya hingga hancur.
* Boleh hidang nasi mandy dgn ayam, salad timun/tomato & sambal cili. Sedaaappp...

untuk yang alergi nasi..hohoho

Glitter text generator

24 August 2011

kad rayo lai :)

aduhai..cumil jer dapat adek rumate cenggini..macam dak tadika bg kad rayo kekcekgu..kohkohkoh..pkaooii.. awat hang rajin sangat buat kad rayo nyer..terharu mak nok..kohkohkoh..

timo kaseh lah yer bag kad rayo kat ai..terharu sungguh..baru dapat 2 kad rayo taun ni..kompem x kan bertambah sampey hujung ramadhan..

see..comel kan kad raye :)


agak nyer sape nak kad raye buleh singgah belog kawan saye ni..PKA DISINI
Glitter text generator

Wordless Wednesday

ce teka,ape nih?

Glitter text generator

22 August 2011

bakal kawen dengan x boifren

ok... saye  akan kawen dengan x boifren saye..akan kawen dengan tunang dalam satu maser..sebab biler bertunang, tiada lagi istilah boifren bukankah begitu.*haish..ape yang aku repekkan..

dengan bangga menuturkan akan kawen dengan x boifren..manis tidak bunyi nyer??atau annoying?? ah, peduli ape, suke hati lah..jiwa kacau sebab nak kawen?? semua nak cite dekat blog??oh apekah yang terjadi..

menyesal sebab blajar math..mula lah buat counting ntah ape2..menyesal blajar biologi bab pembiakan..sebab blajar bab tu buat rase nak kawen sebab nak buat practical ape yang belajar mase dalam kelas tingkatan empat..errkkkk :p

kohkohkoh..melampau sangat??bahahha..nak jugak buat post ntah pape..nanti nak buat wasiat untuk bakal suami siap2..tunggu eh..

:)
thanks for reading my craps :)
Glow text generator

21 August 2011

errkk..susah sangat ker?

kohkohkoh..baru rase terpikir dan tertnya dan inginbertanya, apekah susah benar hendak mengomen post saye??adekah disebabkan kesukaran mencari tempat untuk mengomen, pengunjung tidak meninggalkan komen..

hukhuk..sedih nyer..ala korang, pasai per x habaq susah nak komen..eh..jap jap..ker memng korang x mau komen..ya Allah, perasaan terperasan pulak kah kali ini..

oh, peduli ape, terima kaseh kepada Bulat is circle kerana melahirkan rase sukar untuk mengomen..kuikuikui..selepas ini, jika mahu tinggalkan komen atau ingin jadi pengomen tegar, cari lah makhluk seperti gambar di bawah okey..

macam nie..jumpe x?

thanks for reading :)

Glitter text generator

suwwiiiit jugak

saye mendapat surat dr doctor..eh..bukan..bukan..bukan surat..tapi kad rayoooooooooo..wa dapat kad raye you..aoucchhh...sentuh-sentuh..erk..i dapat ke i mintak?? hehehee.. x pasti..

tapi kad raye yang x leh pegang nih, ade name ai.. u oll ade??bahahha..ape sengal duk cakap i u, i u..merepek jer..k bai

sape nak kelik sini

Glitter text generator

aduhai..murah sangat rezeki

sangat teruja bile secara tiba-tiba rezeki mencurah-curah ke ladang gandum..DAN jadi lah koko crunch..hadeeh..

alhamdulillah..tambah lagi satu bufferef earning..dah ader 4..dua dah mati, 1 baru lahir, satu dah jalani zaman ketuaan..walaupun nilai yang kecil, tapi ai totap excited kot..kohkohkoh..

semuga rezeki anda-kalian jugak merah seperti rezeki ai..okey..bye :)
Glitter text generator

19 August 2011

seronok ke?

lagi tinggal 15 hari untuk berlagakdengan title single.. orang sume kate, haish, xcited nak kawen nampak..tapi i?? oh..tidak rase begitu pun..

bukan nak cakap x seronok kawen..bukan..bukan cakap x sayang encik tunang dan x seronok kawen..bukan kene kawen paksa..bukan..bukan..tapi kahwen tu permulaan perkongsian..seronok tu number 4 belas..no satu sampai tiga belas sume berkisar tanggungjawab..

jangan duk pk bile kawen bleh buat macam-macam..bile kawen bleh nak berpeluk kat mane sesuke hati..bile kawen bleh nak kuar dating balik lewat malam..haish..kekem sangat kan i sampai sume tu pun nak pk..haish..gaya macam x rela kahwen pun ader..

ntah ape yang tertype pun x tahu lah..minda dah weng kot..cuak gaya macam i yang salam dengan tok kadi nanti..benci ah..u tau tak..benci..nak rase seronok kawen..tapi x jumpe agi feeling tu..tolong cari kan weehh..grrr..

thanks for wasting ur time reading my craps!
Glow text generator

18 August 2011

Sardine Roll

jom..hanim kongsi dengan korang, sardine roll special pulak..special ker?? okey.. x tahu...

bahan-bahan:
  1. sardine (ayam brand jer sodap)
  2. roti (gardenia jer sedap)
  3. kobis (yang fresh jer sedap)
  4. carrot (yang size sedang-sedang jer sedap..yang besar sangat x manis )
  5. bawang besar
  6. rolling pin
  7. cili api (sedap kalau suke pedas)
  8. telur
  9. minyak
car-cara:

mula-mula, parut carrot gune pemarot..kasi halus jer..kobis pun hiris halus-halus macam nak buat acar kobis tue.. bawang besar tu potong dadu okey..cili api, kalau letak, potong halus2 jugak..semua kasi halus..hahahha
pastu campur sume2 tu dengansardine..lenyek2 pakai alat yang anda sukai..kalau pakai tangan, pastikan kuku pendek, tangan bersih..kang ade yang taun pulak..

roti tu pulak, gelek kasi nipis pakai rolling pin.. kalau susah nak gelek, kukus sekejap..kasi roti lembut.. bile roti dah di lenyek, telak sardine dan gulung.. gunakan telur sebagai gam..pastu susun dalam bekas dan masukkan dalam peti sekejap sebelum goreng.. bile nak goreng tu, potong sardine tu kasi ketot2.. baru kiut..celup sardine roll dlam telur dan goreng..goreng kasi perang dan siap..sekian terima kasih :)



sape suke makan dengan sos keropok, makan lah dengan sos keropok..kalau western sikit, letak mayonis dengan sos cili :)
Glow text generator

17 August 2011

ada 8G..nak ke?

nak share jer ning..sori, kalau benda nie tercopy darimana-mana belog..dah lame duk dalam lappy..baru jumpe :) YANG POMPUAN X SUKE!!!!

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) < /TT Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

ader lagi ke G yang lain..kalau ade, tolong cakap..tapi, ade kawan cakap, ader 10G yang lelaki x suke ade pada pompuan...hahahha..tahu ke?

thanks for reading:)

Resepi sutun Padprik

Salam Ramadhan. mari dekat-dekat semua..ader resepi baik untuk kalian..nanti tgk gambar mesti berdesup masuk dapur hendak buat..ayuh2..

resepi padprik sutun Waallaa...


  1. sotong
  2. bawang besar
  3. bawang putih
  4. cili padi
  5. serai
  6. cili boh
  7. kicap pekat
  8. sos tiram
  9. sos tomato
  10. air
  11.  daun limau purut
  12. air asam jawa
  13. brokoli 
  14. bunga kobis
  15. kacang panjang
  16. tomato
  17. carrot
  18. minyak
cara nak buat:
kisar bawang besar bawang putih. ketuk cili padi dan serai..semua bahan masuk dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.. masukkan sutun yang dipotong ikot citarasa..gaul2 sampai sotong separuh masak.masuk daun limau purut terus... masukkan ciliboh, sos tiram, kicap pekat, sos tomato.. gaul2 kasi sebati..masukkan sikit air dan air asam jawa..masukkan semua sayur mayur yang telah dipotong..biarkan seketika..lepas itu, rasa kalau tawar tambah garam sedikit..kemudian masukkan buah tomato yang dipotong..tutup api dan siap....

perrghhhh..leleh x??hohoho

ni ikan talapia goreng yang melekat kat kuali..hasil x cantik :)
hidangkan padprik sutun dengannasi panas2..sedddaaap wooo :)

thanks for reading :)

Glow text generator

16 August 2011

saya tak tahu

adakah ini rezeki orang nak kahwen atau apekah?? Ya Allah, visitor hanya sepuluh-20 orang sehari..itu pun kalau blogwalking..kalau tidak haram lah ade orang jenguk belog..tadi singgah umah cik nuffnang..skali tinguk ader 3 buffered earning yang tengah bermaharajalela dekat umah kite nih..tapi mesti lah hanya bermula dengan sen-sen sahaja..

sungguh mengharukan..bile nak kahwin buffered earning muncul..mungkin duit buleh gune beli pampers anak lepas terberanak nanti..oh tak tahu..suke??of course..ape ke hal jari laju sangat duk menaip entry ini.. okey.. tak tahu kenape..yang penting tengah hepi..time kasih cik nuffang..kalau tahu macam nie, saye kawen awal2..bahahahha..okey..tatata :)

p/s: jemput cik nuffnang datang kenduri saye nak??

Glow text generator

Bunge pegang macam ni

yea..mahu kahwen..bahahahha..ape giler xcited nak kahwen kan..macam sonot sangat jer..kuakuakua..mahu share something..tapi jangan cakap kite giler sudah...

huhu..style x gune bunge pegang macam gni..hahahha???




style kan..INSTEAD OF GUNE FRESH FLOWER KITE GUNE FRESH VEGETABLE hahahha

p/s: ape motif type pakai topi-topi kunci??
Glow text generator

14 August 2011

sambal Gile KENTANG

ayuh kite mengupas resepi seorang manusia de wasa yang suka masak campak2 bahan-bahan..

bahan-bahan untuk kentang :

  1. kentang
  2. air
  3. cili boh/ gili giling,cili kering
  4. bawang besar
  5. bawang putih
  6. asam jawa
  7. gula
  8. kicap
  9. garam
  10. sos tomato
  11. minyak untuk menggoreng

mula-mula sile kupas kentang dan potong ikot citerase..kalau anda cantik,kentang pun mesti cantik..hoho..lepas itu sile lah rendam kentang itu dalamair yang diletak kan dengan garam..dalm setengah jam hokey..lepas tu toskan kentang dan goreng dengan minyak yang banyak..bile masak, ketepi kan.

selpas itu, tumis bawang besar, bawang putih yang di kisar..tumis lame2 tau..masukkan skali dengan cili boh dan sos tomato..tambah air sikit2 untuk kasi bawang itu betol2 masak.then masuk kan air asam jawa, gula dan 2 sudu kicap..goreng lagi sampai naik bau yang semerbak..masuk kan gula dan garam..bile dah macam bawang tu betul2 hancur, garing, baru letak kentang yang di goreng tadi..biar sebentar..tutp api dan sedia di hidang kan..

tarraaaaaaaaaaaaaaa...dah siap...ayuh makan :)

Glow text generator

13 August 2011

sabtu yang mengasyikkan


kite kan..kite kan..ingat nak buat korang punyer sabtu rase mengasyikkan..niat kite baik tau..korang rase asyik x??hahahhhaha..okey..selamat menjamu mate :)
Glow text generator

12 August 2011

menu kesukaan bulan puasa..kohkohkoh

macam x best bile hapdate belog x dak gambar kan..hari ni nak tampal gambar jer lah..malas nak menulis pepanjang..kohkohkoh..

berikut adalah menu kesukaan..mudah cepat dan lazat..BERIKUT..ceh, padahal 2 menu jer..gebang ah ngko!

sambal kentang cara sendiri :)

ayam goreng bukan KFC

okey..itu sahaja..esok luse kite hapload gambar lain..
Thanks for reading :)
Glow text generator

11 August 2011

serasi ke tak..try tgk..

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.

saya dengan kecintaan adalah pasangan sulong dan bongsu..yeaahh..i'm diktator..kohkohkoh..errkk..tapi kalau didapati anda x serasi, jangan lah duk pk nak cerai berai pulak..pk jangan penyelesaian yang logik sikit hokey...
thanks for reading :)

10 August 2011

d.u.a p.u.l.u.h. 5 sebab suami .M.E.N.T.A.L.



1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap..malam ini kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato saja ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah lah ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka lah news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie."bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, Kenapa awak beli susu dugro dan gula getah ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat ni nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam ni i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai baju koyak pun dah cukup seksi kan bang ..."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry lah i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi ini.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam ni.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ....then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari . ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak ni ada affair ke Kenapa sms beep beep beep tak henti henti ni...GRO universiti mana pulak awak nak ni..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami . ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..Kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

LASTLY

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk ini dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol.....




memng tabah kot kalau suami tu tak mental bile dianugerahkan isteri gaya seperti ini..hoho..reject shop ade jual isteri macam nie??bahahahha




thanks for reading :)

08 August 2011

penemuan Ubat jerawat baru

salam sejahtera dan salam ramadhan..amacam..dah try minyak cap kapak??susut x jerawat tu??sapu kerap2 lagi cepat dier surut..

ni nak story kan,pada post yang lepas, i pesan jangan picit jerawat tu..tapi i tetibe nak withdraw my nasihat tu..u all picit lah nak picit pun..tapi make sure dengan cara yang betol..bukan pakai kuku atau jari..sile guna alat yang betol..

pakai yang macam nie..ade jual kat watson..guardian

@ yang macam nie..
oppss..jangan lupe kasi rendam air panas dulu alat buang biji jerwat itu..halau kuman..hohoho

selepas tu kan, makesure, darah atau nanah yang kuar dari jerawat tu dicuci dengan air sejuk..jangan kasi merebak dekat bahagian kulit lain kerna ini akan menambah populasi jerawat di muka anda.. sebaik sahaja sudah selesai picit dan cuci, cuci muke dengan pencuci muke..kasi muke segar..then apply lah ubat mujarab iaitu minyak cap kapak..anda akan terasa pedih2 sikit..tahan lah kalau nak cantik..hohoho..

itu sahaja..jangan lupe minyak cap kapak hokey :)
Glow text generator

Himpunan Tips untUk Lelaki Budiman & Perempuan Rupawan (part 2)

godek-godek post lame, tertengok pulak kisah umah tangga yang tidak berkesudahan ini..maka, rase mahu ambil peluang hapdate belog, terus buat huraian pasal benda kat bawah ini..ingat..ini huraian dari saye..ia bersikap peribadi..x suke tekan butang pangkah kat atas sebelah kanan..done!

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. (accept apa jua kata-katanya,penerangannya, die sedang sedih, lepas semua okey, pujuk lah balik, barulah cerita itu bukan salah anda )

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. (cakap kan lebih senang )

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.(patot amalkan benda macam nie..kalu x, memng perang skali lagi)

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.(wakakaka..i choose comforter lah)

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. (aiisshh..malulah cara macam ini)

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. (ari-ari pun okey ape..ringan keje bini)

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.(mmmm...biarkan saye dengan dunia saye..nanti dah lame okey..jangan buat-buat baik pulak..i know u better lah)

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. (mesti selalu ader..menyesal kalau tanya..hahaha)

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.(should do)

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. (hahaha..x pg keje lah lah kalu cenggini..x payah x pe..nak tido malam kang, peluk!)

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’. (perrrghh..leleh lah sangat..x der anak buleh lah kot..dah ader anak, haramnak buat)

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari. (x mau komen)

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. (patut sangat...kalau dapat isteri x pandai mengemas, yaaaa ampuunn)

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.(jangan nak sangkut merata-rata)

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. (yes...jarang lelaki rajen macam nie kan..u?u?)

thanks fore reading :)

Glow text generator

07 August 2011

Bertunang lah dengan matlamat

tajuk tu bukan suruh korang bertunang dengan MOHD MATLAMAT..maknanyer, biarlah bertunang dengan matlamat nak kawen..kalau nak suke2 baik x payah..

dua tiga week ini, asyik kisah putus tunang jer kan..haish..takot ker?? x derlah takot..tapi rase jugak suam-suam kuku kan..lepas sorang-sorang putus tunang kan..yeaahh..walaupun dah x sampai sebulan lagi nak kawen, perasaan takut tu maseh menjengah dalam hati nih..

waktu bertunang memng lah waktu yang sangat kritikal..nak cakap lebih pun saye sendiri pun x lepas lagi...yang penting dengar cakap mak bapak..dah besar kan.sebab tulah bertunang..kalau dari awal mak bapak x suke dekat pasangan kite, jangan nak sangaaattttt..jangan nak sangat bertunang kalau orang tua tu x mau..memng lah korang bleh cakap, yang nak kawen nyer aku bukan mak bapak aku, tapi yang besarkan ko, kasik makan,pakai sape??agak dah kenal gelfreng/boifreng tu sejak lahir ker??

tapi,kalau dah selamat bertunang, diredhai dan direstui mak bapak, korang pulak asyik nak gaduh kan?? bwak2 lah bersabor yer...dah besar, ader otak pakai otak..dah terikat dengan anak dara/anak teruna orang, nak buat benda yang luar alam pun pk lah 2,3 kali..jangan duk pk syiok sendiri..bile bertunang, kebebasan kite mestilah terikat sedikit..sedikit sebanyak, yang pompuan x bleh lah nak berkepit dengan pelbagai jantan, dan lelaki pun begitu jugak..cemburu dan rase marah tu dah jadik makanan, tapi tu jugak kene kontrol..ape ko kenyang makan cemburu dengan rase marah??kite pg skolah kan, jadi sile buat cara orang pegi skolah..x redi nak komit tunag, jangan tunang.. ni orang nak tunang, die nak tunang.

yang paling penting, setiap perlakuan, mesti berbalik kepada ALLAH..insyaAllah semua okey..for friend yang di alam pertunangan, percintaan, sabar yer, ujian Allah itu pelbagai..:)

semoga majlis perkahwinan saye berjalan lancar..hopefully..doakan yer:)

:)
thanks for reading :)
Glow text generator

06 August 2011

kasik Recepi Pie Tee

ade makcik kocik mintak recepi pie tee yang x jadik tu..aiishh..malu pulok rasenyer..macam lah buat pie tee tu jadik..haram x jadi..mungkin sebab men rembat kulit pie tee yang x sedap tu kat giant..kalu nak sedap kene usaha lebih buat kulit pie tee sendiri..baru kruk2 bunyi nyer...

pie tee nie lebeh kurang popia jer..cume x berbungkus..inti, nak pakai inti popia pun boleh jugak kot..tapi rase nyer, alang2 nak buat kan, buat ah ikot resepi betol..

okey..untuk kulit dier tu...
1. tepung gandum
2.sedikit tepung beras..(cikit jer tau..x same bnyak dengan tepung gandum..sikit sangat)
3. telur
4.secubit garam
5.minyak satu periuk
6.air (pakai ais kalau nak kulit bunyi kruk kruk)
7.acuan (bleh dapat kat kedai kueh..kalu kat trg, pasar kedai payang ader )

rendam macam nie..kasi tenggelam
pastukan, bancuh sume bahan tu..jangan bekat sangat dan jangan cair sangat..kasi melekat dekat acuan tu sudah lah..pastu goreng dengan minyak yang panas..kasi acuan tu tenggelam dalam minyak hokey...

pastu untuk inti pulak:
1.Udang (udang lagi best dari ayamsebab rase manis)
2.Carrot (kene parout halus)
3.Sekuang (pun di parut)
4. cili merah, hijau (pakai cili benggala kalau x nak pedas)
5. lada sulah
6.garam
7.bawang merah/besar (dihiris)
8.bawang putih (ketuk)
9. minyak jagung

mula-mula, tumis bawang tuh,dah nampak layu dan naik bau, masuk kan udang tu..udang kan cepat masak, agak2 udang masak, masuk kan sume sayur mayur, lada sulah, garam..kacau kejap jer kasi rase sebati..pastu angkat..jangan bagi layu sangat.. x sedap nanti..nak best, tambah sos tiram satu sudu..tapi awas, takot masin :)

dah siap inti tu, sile lah dalam kulit pie tee..dan hidang...
amik sebijik untuk berbuka


dier ade sos,tapi sebab saye malas,saye makan dengan sos cili life sahaja.. TQ :)

thanks for reading :)



Glow text generator

05 August 2011

citerase kita berbeza saYang ::pilih diary instead of blog::

salam ramadhan...semua puasa cukup lagi ke?? nak share something..mungkin kite perasaan yang kite semua bukan menyukai satu benda yang serupa..tapi kita perlu tahu, ape benda yang kite suke dan mahu itu, walaupun berbeza dengan orang lain..matlamat kite satu jer, untuk mengembirakan hati sendirikan...

dan untuk itu, walaupun citerasa kite berbeza, jangan lah kite lupe untuk menjaga hati perasaan orang lain...kalau dah semua benda dalam blog kisah cinta anda, better u tulis diari...kalau blog tu kisah nak mengumpat memanjang, baik bukak diari..jangan buat orang lain same2 dose dengan kalian..kadang2 saye pun khilaf jugak..bile hati dah sakit sangat, x tau nak luah kat mane, mulalah merepek kat blog..cakap itu,cakap ini..then, lepas dah cool, sendiri malu kan dengan apa yang dah tulis..ye tak??

sama jugak macam kisah cinta, jarang2 boleh lah...ini tidak, macam hanya anda yang punyai kekasih hati..kalau suami orang x kan rase annoy sangat, nie baru boifren..jike x tahu ape yang bakal jadi..jadi jangan mudah sangat melafazkan rindu, sayang dekat kekasih di khalayak ramai..jangan nak cite semua benda di dalam web especially facebook..."facebook itu bukanya sungai atau pokok yang tidak bertindak balas jika di baling batu"..awak post satu kisah, orang komen berkesah-kisah...awak buat satu statement, orang manipulate macam2..
HAH..DIARI MACAM NIE!!!!

jadi instead of blog, facebook, kalau nak luah isi hati yang x semua orang mahu dengar dan kisah yang terlalu peribadi, baik pakai diari..selamat dan hak privasi anda terjamin..citerasa kite berbeza sayang,namun semua bermatlamat untuk gembira :)

thanks for reading.
Glow text generator