11 September 2012

Makanan Orang Tua Vs Makanan Orang Muda

Berpantang?euuuwww.. mahu x bosan..semua benda xleh buat..kuar rumah pun x..apatah lagi part yang kene berjalan secara sopan santun, kene mandi awal pagi,pakai stoking, berbarut dan bertungku...x kire lagi bab makan minum yang pilihannya agak terhad.

Namun sepanjang tempoh berpantang ini, saya x rasasaya mengalami masalah dalam pilihan makanan kerana saya dikelilingi orang-orang tua..

TAHUKAH ANDA?

kebanyakan makanan tradisional yang disediakan oleh orang tua boleh dimakan oleh ibu yang sedang berpantang. Contohnya, apam berkuah, tepung pelita, tepung talam, bekang. seriouslyall these food orang yang berpantang boleh makan..

berlainan pula dengan makanan orang muda seperti, sizzling mee, mcd, kfc,pizza semua tu x boleh di makan ketika berpantang..

nampak x perbezaan yang ketara di situ..kenapa orang tua zaman dahulu mampu mengekalkan kesihatan mereka tanpa mengambil ubat-ubatan yang semakin merepek dipasaran??

Sesungguhnya,orang tua lebih hebat mencanang dan mengatur diet yang sihat berbanding dengan pemuda pemudi yang memasuki university..

Oleh itu, belajarlah menerima makanan orang tua kerana sesungguhnya, ianya lebih berkhasiat berbanding makanan orang muda yang indah rupa daripda zat dan khasiat itu :)
Glitter text generator

10 September 2012

Susu Ibu

Ibu mana x sayangkan anak kan..semua mahu berikan yang terbaik untuk anak. Saya berniat untuk BF secara ekslusif kepada Husna.. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan..

Today, saya nak post cara penyimpanan susu ibu (EBM)..Saya ni budak baru blaja,so, kene rajin google untuk mendapatkan info macam mana nak kumpul susu untuk baby..

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Glitter text generator

08 September 2012

Menu Berpantang

Seminggu dah bersalin dan seminggu jugak duk telan nasi lembik dengan ikan panggang..huihuihui..dengan harapan berat turun berkilo-kilo, perasaan ghairah nak melantak makanan yang sedap-sedapjuga semakin meningkat..

kemudian duk sibuk google resepi-resepi menu berpantang..sebagai koleksi untuk rujukan sendiri, maka kupi peslah beberapa resepi yang agak-agak menyelerakan anak tekak mak ni..ekeke..

1.Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

2. Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.



3. Ayam Kukus Cuka

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:
Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

4. Sup Sayur Campur

Bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

4 resepi yang menarik perhatian saya ini di kupi pes dari belog Kak Engku..jenguk-jenguk untuk info bersalin yea :)
  Glitter text generator

07 September 2012

Tips Untuk Memudahkan Pelahiran

Selamat melahirkan anak sulong saya..Alhamdulillah..

sekarang rasa nak share some ilmu yang saya dapat secara tak langsung semasa proses pelahiran anak saya..Melahirkan seorang bayi kecil bukanlah sesuatu yang mudah..menyakitkan dan menggerunkan..namun janji Allah itu pasti..disetiap kesakitan yang dipinjamkan akan ada satu nikmat yang tak mungkin dapat dilupakan..

antara tips yang berguna:

1. Sentiasa mendengar arahan Nurse yang menghandle Anda
Maaf. Tips ini saya rasa sangat berguna jika anda memilih untuk melahirkan bayi anda di hospital kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum, tiada rawatan atau layanan istimewa jika kita memilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Layanan Standard terhadap setiap ibu yang mengandung haruslah diterima oleh anda. Ikuti setiap arahan yang diberikan oleh Nurse. Jangan melawan atau bercakap kasar.

2. Beristighfar
Setiap kali kesakitan contraction itu menjengah, banyak-banyak kan istighfar. Jangan mengeluh..

3. Pemakanan
Jangan lupa atau refuse untuk makan jika anda sedang sakit. Bersalin memerlukan tenaga yang banyak. Anda mungkin tiada selera makan. tetapi anda perlumemaksa diri anda untuk makan.. Banyak kan minum air masak dan kurma.

4. Mohon Pada ALLAH
Jangan sesekali lupa untuk beribadat walaupun anda sakit. Solat selagi mampu..Berdoa dan jangan dijadikan alasan sakit sedikit untuk tidak bersolat.

i randomly wrote these tips sebab bosan..kalau berguna, Alhamdulilla, kalau rase ini sampah..maaf :)
Glitter text generator

06 September 2012

Proses Kelahiran Nik 'Aisy Husna

just a small sharing about my pregnancy..



tanggal 1 september 2012, maka,selamat dilahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nik 'Aisy Husna tepat pada pukul 12.00am dengan berat 3.05kg.

alhamdulillah, kelahiran bayi kecil ini dipermudahkan oleh yang MAHA ESA.

pada 30 Ogos 2012, saya ke hospital untuk memastikan bayi di dalam rahim ini sihat.pada hari tersebut, kandungan saya telah overdue selama7 hari..supposely bayi saya dilahirkan pada 23/8.... maka, pada malam 30 ogos,saya telah dimasukkan ke wad bersalin hospital sultanah nur zahirah di Terengganu.. alhamdulillah, walaupun kandungan saya telah melebihi hari after buat pemeriksaan jantung bayi dan scan, bayi saya sihat di dalm rahim :)..

dan seperti yang sedia maklum, saya akan di induce untuk melahirkan bayi saya kerana risiko bayi lemas dan masalah lain adalah sangat tinggi apabila bayi berada lebih masa dalam kandungan..keesokkan harinya, tepat jam 3.30 petang,31 ogos , doktor telah memasukkan ubat (lupe name ubat tu)..ubat tu nak merangsang bukaan jalan untuk pelahiran.

selepas dimasukkan ubat, 2 hours after that,saya dah rase sakit..tapi still boleh kontrol..then, bile masuk waktu magrib, saya terus amikwuduk, solat..mase tengah solat tu, rase ade air keluar secara banyak..tapi still sudahkan solat dengan muke berkerut sebab rase contraction...pukul 8 saya minta doctor check jalan.. alhamdulillah, 3 cm.. and i need to wait for other cm before boleh ke dewan bersalin @labour room..

tepat pukul 11.30 malam, sakit nya memng x dapat tahan sangat..peluh dan menggigil satu badan..syukur sebab dapat nurse yang baik handle saya..die suruh saya masuk bilik pemeriksaan chek bukaan jalan..then, ALLAHMDULILLAH...bukaan jalan 6cm and die suruh kemas baju baby untuk ke labour room...pukul 11.40pm, 31 ogos saya dimasukkan ke labour room..syukur..

Dan, tepat pukul 12.00 am, 1September 2012, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal ditemani oleh suami tersayang yang menyaksikan kesakitan saya melahirkan zuriat untuk dia:)

thats all..maaf sebb x reti nak mengisahkan proses kelahiran ini dengan lebih menarik...sesungguhnya, bersalin itu memng menyakitkan,namun pengalaman itu sangat berharga dan saya rasa bertuah dapat melalui pengalaman seperti itu..alhamdulillah :)


Glitter text generator

05 September 2012

Kesakitan Yang Membawa Kemanisan

5 september... 5 hari selepas keluar dari my tummy:)
Alhamdulillah..dah settle down dengan kelahiran yang dinantikan...syukur sangat-sangat..semuanya berjalan seperti yang diharapkan..

seperti biasa, soalan yang menjadi soalan spot atau popular setelah bergelar ibu "BERANAK SAKIT TAK?"

adooi..mane ade beranak x sakit..sakit weh..tapi kemanisan kesakitan itu terlalu manis..

post ni, saya share picas NIK 'AISY HUSNA BINTI NIK AZLAM..next post saye share pengalaman bersalin pulak k..if diiznkan ALLAH saya share jugak ilmu-ilmu berguna untuk kita..

"semoga saya dan suami berjaya memikul amanah Allah ini" amin

after keluar labour room :)

1 september..selepas dimandikan oleh nurse di hospital, before discharge 


Glitter text generator