08 September 2012

Menu Berpantang

Seminggu dah bersalin dan seminggu jugak duk telan nasi lembik dengan ikan panggang..huihuihui..dengan harapan berat turun berkilo-kilo, perasaan ghairah nak melantak makanan yang sedap-sedapjuga semakin meningkat..

kemudian duk sibuk google resepi-resepi menu berpantang..sebagai koleksi untuk rujukan sendiri, maka kupi peslah beberapa resepi yang agak-agak menyelerakan anak tekak mak ni..ekeke..

1.Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

2. Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.



3. Ayam Kukus Cuka

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:
Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

4. Sup Sayur Campur

Bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

4 resepi yang menarik perhatian saya ini di kupi pes dari belog Kak Engku..jenguk-jenguk untuk info bersalin yea :)
  Glitter text generator

1 comment:

El-Janna said...

wa. bersalin ye^^ tahniah^^ eh? mkn kna pntg tau.. gudluck^^