30 June 2015

MENU IFTAR DAY 13

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Panjang lagi umur dapat nikmati ramadhan ke 13. Siang tadi pg melawat kawan pejabat di Hospital Serdang. Maha suci Allah menjadi dan menyembuhkan penyakit. Kawan itu sebulan dah duk batuk2. End up pg check ade nanah dlm paru-paru. Dibt know ape sebb nya. Mudah mudahan dia cepat sembuh.

Back to menu berbuka. Hari ini main lauk beli. Support busines asam pedas kat pejabat. Sedap nyaaaaa. Sape suka boleh cari gerai kat bazar ramadhan putrajaya. 

So, ini lauk berbuka today :) 


Love, 
Mama Una

29 June 2015

MENU IFTAR DAY 12

Assalamualaikum. 

Busy busy busy. Curik masa 2 minit utk update blog. 

Ini menu buka puasa today! Ayam goreng kunyit, pajeri nenas dan ikang singgang! Again. Hahahaha.

Okey, here you go..


Love, 
Mama Una

28 June 2015

MENU IFTAR DAY 11

Assalamualaikum.

Hari ini kita main masak-masak laksa penang je. First time buat ni. Memng main gamble je. Huhu. Dah biase gamble masak-masak, so tak la rase teruja sangat. Saya ni pesen masak tak rasa. Dah masak main hidang je. Masak ikot ape rase nak campak. Kalau tanya resepi pun saya tak reti nak bg sukatan. Maaf di situ. 

So, ini adalah laksa penang mama una style. Resepi google dan opkos derhaka dengan jayanya. Hah? Nak resepi? X payah la eh resepi ni. Saya pun lupa saya derhaka bahagian mane. Hihi. Okey. Jumpe lagi lepas ini :) 


Love,
Mama Una

PAJERI NENAS

Assalamualaikum

Sape suka pajeri nenas tapi x tau buat? Hihi. Saya pun blaja-blaja lagi. Bila buat still lagi tak dapat samekan dengan rasa yang mak saya buat. 

So, ini adalah bahan-bahan : 

Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang), rempah kari ikan (saya guna rempah gulai cap bunga ros y glamour di terengganu), cili kering @ cili boh, halia, kerisik, bawang besar @bawang merah, dan bawang putih. Semua dikisar halus.Juga perlukan santan dan sebiji nenas. Dan minyak untuk menumis.


Cara-cara senang sahaja: 

Tumis rempah 4 beradik sehingga naik bau. 


Masuk kan rempah kari ikan, cili boh, halia, bawang besar, bawang putih, kerisik. Tumis sehingga pecah minyak. 


Kemudian masukkan nenas dan santan. Kacau perlahan2 sehingga kuah kering. 

Alhamdulillah. Siap. Boleh makan dengan kuah singgang dan ayam goreng kunyit. Wow. Sedap nya!!

Selamat mencuba 

Love,
Mama Una

POPIA SIMPUL

Assalamualaikum

Nak share kekdah buat popia simpul. Ini first time la i buat kan. Terus kondifen nak share dengan rakyat malaysia. Confident level tahap infinity betol. 

Bahan-bahan :
Kulit popia
Serunding

Kaedah sebagaimana gambar. Hahaha. Senang tak cara i mengajar u olls. Kalau bukak skolah ni mesti parents cakap cikgu makan gaji buta. 😜😜

 
Kulit popia tu potong 8. Saiz mcm dalam gambar tu. Serunding daging tu jangan lupa blend dulu sikit. Biar hancur comel je. Senang nak gulung dan simpul. Kalau malas, beli serunding ikan. Dia memng hancur halus mcm muka nora danish. 🙊🙊🙊

AMBIL PERHATIAN, kulit popia jangan biarkan kering. Nanti nak simpul x jadi. Make sure ambil selai2. Kalau dah pro boleh ambil berhelai2 tau. 

Dah siap simpul. 

Goreng dengan api perlahan. Jangan lama sangat. Nanti serunding tu rase hangus. 😅

Taraaaa. Siap. Boleh ambil order. Hahahah. 


Love, 
Mama Una


27 June 2015

MENU IFTAR DAY 10

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hari ke sepuluh kita berpuasa kan. Makin hari makin kuat plak. Even sahur dengan telur separuh masak dan air kosong je. Tq Allah untuk kekuatan itu. 

Today suami berbuka di luar bersama-sama teman office. Dia tu kalau nak keluar x bawak saya dan anak mesti muke x sudah. Konon rase bersalah la tu. Hahaha. Suwiit sungguh suami kita kan. Tp bini dia ni rilek je. Lagi baguih tak ikot. Leceh nak makan dan nak kejar magrib bagai. Ye dak? Jangan sibuk duk buffet solat tinggal! 

Today masak simple je. Tomyam, bontot ayam goreng tepung, telur dadar. Burrppp. Pastu buat dessert as request by kak teh. Puding karamel. So, here they are. 


Zoooommmm
Zoommmmmmm

Love, 
Mama Una


UNA TERAWIH

Assalamualaikum

Saja nak share my una with her telekung request nak g awau (read surau). Hihi. Sempat terawih 6 rakaat una lesap. Sakit jantung jap. Kemudian decide no awau until she know and understand the proper adab in awau! Hahaha





Love
Mama Una 


26 June 2015

MENU IFTAR DAY 9

Assalamualaikum

Hari ini balik keje awal. Amik half day sebb budak bertuah Una ni buang mama punya ATM card! Stress jap. Tak pasal-pasal kene pergi bank buat kad baru. 😂😂 tapi pergi bank lepas sebulan kad hilang. Hahaha

So sbb balik awal boleh la masak sedap-sedap untuk suami terchinta. Haha. 

Menu today ade budu dan ikan singgang! Perghhhh. Sedap woo dengan nasi panas-panas dan celur pucuk paku. Sila meleleh air liur. Haha. Tapi saya on diet. Maka tak makan nasi. Makan sayur dan lauk lain je. 😆😆

So, these are pictures for today. Enjoy! Alhamdulillah. 



Love,
Mama Una

MENU IFTAR DAY 8

Assalamualaikum.

Sedikit kelewatan menghapdate menu bukak puasa day 8. Seriously lupa. Hahaha. Tapi sebb sangat bercita-cita nak rekod semua menu berbuka, maka haruslah lebih gigih lagi. Ecece. 

Semalam bangun sahur lewat jugak. Memng x masak utk bukak puasa. Biasa bangun kul 8 terus masak satu main dish utk bukak puasa. 

So balik umah semlam terus pecut goreng kuew tiaw je. Buat basah2 sket. Hihi. Siaaapp. Jemput tengok!


Love, 
Mama Una

24 June 2015

KEK PISANG

Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi kek pisang kukus yang paling mudah di alam semesta. Hahaha. Kaedah dia x de snap pic. Yang ada gambar yang dah siap potong jer. 

Okey. Bahan-bahan mudah: 

1. 1 cawan gula
2. 2 cawan gandum (diayak)
3. 1 cawan minyak masak
4. 5 biji pisang berangan
5. 2 sudu soda bikarbonat
6. 3 biji telur

Cara-cara :

1. Blend semua bahan2 sampai sebati. Kemudian masukkan kedalam mangkuk besar dan kacau kaup sehingga semua kelihatan smooth. Haha. 
2. Tuang dalam bekas yang sesuai dan kukus selama 30 minit. 
3. Tunggu sejuk dan boleh potong.


Love, 
Mama Una


MENU IFTAR DAY 7

Assalamualaikum

7 hari dah puasa. Alhamdulillah, puasa kali ini saya tidak menjadi penyumbang kepada ekonomi mereka y bekerja di bazar Ramadhan. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana berkunjung ke bazar adalah sunat muakkad. Hahaha.

But today, ONLY suami singgah ke bazar dan beli satu kebab kambeng serta sebiji murtabak. 

Y lain2 seperti ayam masak kicap, sayur kobis goreng, dan telur dadar di hasilkan didapur sendiri. 


My Signature maybe


Rezeki hari ke tujuh adalah banyak. Makan seketul seorang dan masih berbaki. Sahur pun lauk ini je la. Hahaha. 

Okey, sekian update from hp depan tv. 

Love, 
Mama Una


23 June 2015

MENU IFTAR DAY 6

Assalamualaikum.

Dah bukak puasa? Alhamdulillah kenyang perot ini. Hihi. 

Ape lauk kalian? Saya sempat masak ni je. 


Kerang masak lemak cili padi, ayam goreng kunyit dan kacang panjang goreng. 

Jem kat kL ni makin lama makin teruk. Phuuu. Rase nak pindah pg Timo Leste plak. Tp nak beli flight tix pun x lepas. Hahaha. Kuar opis kul 5 petang paling awal sampai umah pun kul 6.15 petang. Gigih plak bersiap masak untuk bukak puasa. #tamakpahala

Hahaha. Time bulan puasa la nak saving, nak kumpul pahala nak jadi isteri solehah. Ye tak? Panjang plak mengarang kan. Hari ni bangun kul 3.45 pagi tadi. X tido plak kat opis. Sooodihhhhhhh. Tapi teringat syurga menanti rasa sejuk hati. Aminnnn. 

Okey, jom kumpul pahala masak untuk keluarga. InsyaAllah. 

Love, 
Mama Una 

22 June 2015

MENU IFTAR DAY 5

Assalamualaikum. 

Dah 5 hari okey. Today simple je lauk. Sup ayam, telur dadar, sayur kobis panjang, dan sambal bilis. 

Sambal bilis tu nanti saya share resepi. Boleh buat dan bawak pg asrama okey. Haha. 


Okey. Selamat bangun sahur esok. Misi 55kg menjelang raya. Haha. Tolong la doakan cita cita ini menjadi kenyataan. 

Love, 
Mama Una

SOSEJ HOMEMADE

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih berpuasa. hahaha. yang paling sangat best dan rase sunggu bangga adalah berat saya dah turun. saya sungguh gembira. hahaha. setelah berbulan-bulan saya cuba mengurangkan makanan namun berat saya tidak turun, di bulan yang mulia ini, lemak-lemak yang saya sayangi telah menginggalkan saya. hahaha

okey, Kita teruskan kepada resepi sosej kita.

Bahan-Bahan :

1. Isi Ayam
2. Tauhu telur
3. Secubit garam
4. Ground Blackpepper
5. Oregano
6. Bawang Besar
7. Bawang Putih
8. Lada Sulah

Cara- Cara :

 Blend semua skali dan gaul rata. Pastu letak dlm freeze utk 1 jam. Kemudian guna cling wrap gulung mcm dlm gambar dan ikat kiri kan. Last skali rebus utk 10 minit. Biar kan sejuk dan buka dr plastik gulungan. Siap. Simpan dlm freezer.



Nak makan boleh panggang or bakar. Senang giler kan. Boleh buat makan untuk sahur dan berbuka. Haruslah lulus atkins pada siapa yang mengamalkannya. Saya tak buat. Tapi saya suka masak dan cuba. mihmihmih.

Okey, Bye

Love,
Mama Una

21 June 2015

MENU IFTAR DAY 4

Assalamualaikum. 

Ohemgee sangat. Cuaca today panas membahang sungguh. Pagi2
Pergi pasar pun rase merembes peluh keperempuananku. Hahaha. Beli mcm2 kat pasar, end up encik suami decide, jom cari rojak singapore! 

Waaa. Mak suka sangat sebb tak payah pk nak buat lauk bukak puasa. 

So, ini je kami beli kat pasar. Menu saya mcm biase. Air suam dan main dish. Selesai. Mlm satu jug green tea. Semoga kurus. 😝😝 



Okey. Itu je. Esok update resepi lain. Muahaha.

Love, 
Mama Una


20 June 2015

MENU IFTAR DAY 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini suami blanje makan buffet. Berbaloi la. RM 38 shja. Dekat dengan rumah plak tu. Dan maka kami bersetuju jika kelewatan pulang ke rumah di waktu hari bekerja, maka terus ke sana shaja. 



Di sini lah kami beriftar hari ini. Macm2 ada. RM38 dengan aneka jenis makanan, sangat berbaloi lah. Lokasi x jem. Parking banyak. X crowded. Suasana tenang dan bersih. 



Ada kambeng golek, nasi arab, nasi berlauk, mee kari, kuew tiaw, steamboat, rojak, abc, murtabak, satay, ikan bakar, buah buahan, kek, puding pelbagai jenis air dan salad. RM38 sahaja dan anda dijamin kenyang! Menu bertukar ikot hari tau.

Ini antara menu yang mama una makan today. Yummeh. 

Ayam masak portugal, ikan merah masak lemak cili api, rebung masak lemak dengan daging (lupa la nama)

Satay
Kambeng
Ikan merah dan ikan keli bakar
Buah buahan.

So, do visit kL East Galleri untuk try buffet kat sana ye. Surau dan toilet dijamin bersih. Boleh lepak sampai habes terawih! 😂😂

Love, 
Mama Una







KEK UNA

Assalamualaikum. 

Sejak una dah pandai memilih menu, dia pun pandai request macam2 dari mama. Yang tak tahan, request kek. Sesungguhnya mama sangat teror buat kek! Huh. Segala jenis kek mama tak reti buat nak ooiiiii. Tapi demi mu. Ku gagahkan jua. X pandai buat kek, tapi bahan buat kek ade je. Hahaha 😅😅😅

1st buat kek last week. Kul 9 mlm dia ajak buat kek. Layan la. Resepi haruslah google. Sayang punya pasal. Hari ini, dibulan puasa yang BAROKAH ini, sekali lagi dia request. So, inilah hasilnya. Semoga una happy :)




Love, 
Mama Una.



19 June 2015

MENU IFTAR DAY 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai puasa hari kedua. Hikhik. Hari2 quick update. X sempat la membebel. 

Amik WP2. Balik kul 5pm. Still sampai umah 6.30pm. Berlari mencicit masak bagai. Really penat. 

Dear husband, do appreciate your wife who cooked for you. 

Ini menu kami. Sayur goreng kicap, ikan goreng, kari ayam, bontot ayam 😝😝.


Esok selamat sahur ye. Happy weekend.

Love,
Mama Una




18 June 2015

MENU IFTAR DAY 1

Assalamualaikum

Day one pass. Hahaha. Hang puasa ke? 
Menu today .



Quick update je skrg. Memng x sempat nak mengarang. Selamat puasa ye. Jangan puasa yang yok! 

Love,
Mama Una