28 June 2015

PAJERI NENAS

Assalamualaikum

Sape suka pajeri nenas tapi x tau buat? Hihi. Saya pun blaja-blaja lagi. Bila buat still lagi tak dapat samekan dengan rasa yang mak saya buat. 

So, ini adalah bahan-bahan : 

Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang), rempah kari ikan (saya guna rempah gulai cap bunga ros y glamour di terengganu), cili kering @ cili boh, halia, kerisik, bawang besar @bawang merah, dan bawang putih. Semua dikisar halus.Juga perlukan santan dan sebiji nenas. Dan minyak untuk menumis.


Cara-cara senang sahaja: 

Tumis rempah 4 beradik sehingga naik bau. 


Masuk kan rempah kari ikan, cili boh, halia, bawang besar, bawang putih, kerisik. Tumis sehingga pecah minyak. 


Kemudian masukkan nenas dan santan. Kacau perlahan2 sehingga kuah kering. 

Alhamdulillah. Siap. Boleh makan dengan kuah singgang dan ayam goreng kunyit. Wow. Sedap nya!!

Selamat mencuba 

Love,
Mama Una

1 comment:

eima said...

kite suka mkan ngan telur masina tau ikan masin sedap