30 August 2013

Friday

Yeaaaa..dah friday...esok cuti..mueh mueh...

2 days lg peluang nak bergoleks pd waktu pg di weekday..lepas tu kene kerja dah..anyone in bangsar? Boleh la teman aku breakfast..cotcetcotcet sampai lebam..ekekeke..

Breakfat pg ni makan roti twlur je..una punye plain je..org dewase y duk dlm umah ni ber"cheese"..ok..

Resepi?? Nanti lah..lupe nak snap gambo..kang aku bg resepi x bergambor x best plak kan..

Utk hari ni meh lyn gambo una dgn roti org dewase..bye.

29 August 2013

Love Pancake

Name x bleh kalau x vogue kan..love pancake konon..padahal lempeng labu aje..haha

Bahan bahan
1. Labu
2. Tepung atta setengah mangkuk kecil
3. Sesudu tepung jagung
4. Sebiji telur sederhana saiznya
5. 6 sudu besar ebm
6. Unsalted butter
7. Setengah cawan air masak

Cara cara.
1. Rebus labu hingga empuk.
2. Lenyek labu bersama unsalted bautter sehingga sebati.
3. Masukkan tepung atta dan tepung jagung. Gaul sebati.
4. Masukkan telur dan terus gaul lagi
5. Masukkan susu dan air..
6. Kacau hingga sebati..dan perap dalam peti ais..
7. Masak dalam non stick pan..siap..

Selamat try tau..sedap tau tak..sedap!

28 August 2013

Shopping Pampers

Nak cakp..ade sale kat Aeon big Wangsa Maju..pampers drypers 2 pack RM 50 rgt..saize L 44 keping 1 pack..itu je nak ckp..hohoho

Tapi..aku x beli pun..aku p beli size L 68 keping extra 8 keping dengan harga RM 31.75.

Pk la y mane lg murah..ok tq

Resepi

Untuk hari ini..aku nak share lauk orang baru blaja masak..senang aih..hahaha..okey..lets go.

Tempoyak Fresh⊙
Bahan bahan
1. Isi durian fresh
2. Garam
3. Cili api

Cara cara
Tumbuk garam kasr dan cili api sampai lumat then campur durian..siap..
Sedap weh..sebb x masam mcm tempoyak..hahaha..

⊙Talapia Goreng Kunyit⊙
Bahan bahan.
1. Ikan talapia
2. Serbuk kunyit
3. Garam halus
4. Minyak
5. Asam jawa

Cara cara
1. Bersihkan ikan dan basuh dengan air asam jawa..x nak kasi hanyir.
2. Lumurkan serbuk kunyit dan garam halus..perap sekejap.
3. Panaskan kuali dan minyak dan goreng hingga garing..siap

⊙Tumis Bayam⊙
Bahan bahan
1. Bayam (asingkan daun dan batang)
2. Fishball
3. Lada hidup
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Garam
6. Minyak untuk menumis
7. Air

Cara cara
1. Mayang bawang besar dan bawang putih, hiris lada hidup dan tumis.
2. Bile naik bau, masukkan fishball.
3. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih.
4. Bila mendidih, masukkan garam dan batang bayam. Kemudian barulah masukkan daun dan kacau 2 minit.
5. Tutup api dan tudung. Siap

Amik kau.. 3 resepi pejam mata pun kak enon boleh masak..hihi..ni lauk dinner kami..plus dengan ayam masak kicap..resepi ayam masak kicap aku pernah bg dah rase nya..okey..selamat cube..mueh mueh..

Oh, gambar tumis bayam tu aku taruk keropok rebus yang ade tu ha..x de fishball..hahaha..

27 August 2013

Puding Durian Marble

Berkoyan mak mertua bawak durian dari kampung..mulut aku dan suami baru dua..atas dasr tuntutan kerja dan sara diri yng sangat ketat, maka x sempat nak habiskan durian berkoyan..hahaha

Maka, atas inisiatif isteri mitali rapia, aku buat lah puding durian..rasenya agak sedap..bau durian agak kuat..resepi aku reka..hahaha..part resepi reka reka aku memng terrable!?

Ok..bahan bahan.
1. 200g agar agar
2. Satu tin susu cair
3. 6 sudu gula
4. 3 sudu susu pekat manis
5. 5 tin air (sukat pakai tin susu)
6. 7 ulas durian
7. Pewarna hijau dan merah

Cara cara.
1. Kisar isi durian bersama 1 tin susu cair. Ketepikan
2. Masak agar dengan air sehingga betul2 agar hancur.
3. Masukkan susu pekat dan gula apabila agar2 betol2 hancur..
4. Apabila agar agar mula mendidih, masukkan isi durian yang dikisar tadi.
5. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai..
6. Boleh telakkan isi durian tanpa biji dan tidak di kisar jika mahu asa durian lebih.
7. Titikkan pewarna, dan lorekkan..
8. Masukkan kedalam peti ais dan tunggu sehingga sejuk..sedia utk dipotong.

Selamat mencuba..x sedap aku x tau..hahaha

Nasi Himpit Kuah Kacang

Hello semua..ciiisss..hello di bulan syawal? Aku memng kureng sopan..len kali bg la salam..hohoho

Baiklah, tanpa buang masa y memng x bnyak, aku nk share resepi kuah kacang nasi himpit yang boleh di cuba pada raya tahun hadapan..,mueh mueh..melampau nak try tahun depan..try esok pun boleh lah...

Resepi aku ni, aku menuntut dengan emak..x g kelas pon..just suruh dia taip kat sms..mak aku x pakai wasssaap mahupun we chat..hohoho..

Ok..bahan bahan
1. Nasi himpit segera (yang ni korang rebus je la..x kan cara rebus pun aku nak ajar..rebus dengan ape??? PASIR!!!).
2. Kacang tanah yang digoreng tanpa mnyak dan dibuang kulit
3. Cili boh
4. Bawang Merah
5. Bawang Putih
6. Halia
7. 2 keping lengkuas di potong nipis
8. Asam jawa
9. Sedikit belacan (x nak letak pun x pe)
10. Ayam yang dipotong kecil2 (optional)
11. Serai
12. Air
13. Minyak
14. Nissan @gula melaka
15. Garam secukup rasa

Cara cara.
1. Blend kacang tanah sehingga 90% hancur dan rendam dalam air masak. Ketepikan
2. Blend bawang merah, bawang putih, halia sampai lumat.
3. Tumis bahan2 y dikisar dan tambah ciliboh, lengkuas dan serai y tlh diketuk, masak hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan belacan dan air asam jawa..kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan air, isi ayamdan gula melaka dan tunggu hingga mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah tadi..kacau sebati dan masukkan garam..
7. Setelah mendidih, tutup api..sedia dihidangkan dgn nasi himpit...

Taraaa...siap..resepi aku x masuk santan..so, aku sorry kpd tuan rumah y hidang nasi himpit tp aku x makan sebb aku memng x makan kuah kacang letak santan..berlemak sangat...hihihi...

Ok..daaa...

21 August 2013

Cookies Cutter

Waaa..berzaman aku janji nak share kat mane aku beli cutter kan..aku beli online..dekat kedai name Marshalya Stall..korang search je la kat fb tu..akak y jual tu friendly..

Aku ni pesen suke beli online..pastu kalo service okey, memng aku rajin sikit nak review...barang akak ni jual pun bagus..so, x salah kite tolong orang kan..mudah mudahan rezeki akak ni sentiasa murah..amin..

Oh ye..aku beli cutter bentuk hello kitty dgn cutter kaler biru tu

Thanks akak sebab jual benda ni..hihi :) yang lain cepat pg beli...

PTPTN

Untuk minggu ni aku rase word yang paling glamer PTPTN..dah semua graduan duk risau bile govt sibuk nak CCRIS kan peminjam y gagal membayar..

Pada pihak satu lagi plak, y ade rezeki lebih, PTPTN dpt jadi biasiswa mula la angkuh...ckp ituini..hari ni rezeki awak dpt biasiswa, waris waris awak akan datang x tahu mcm mane..even mak bapak doktor, anak belum jadi doktor kan..

Kalaupun anda menyokong tindakan govt, tp please la pk mase hadapan.bukan nak sangat jd pembangkang, tp govt tu pun manusia y boleh buat silap..so, please la..benda nampak simple, tp impak besar..pk la mase depan waris waris kita nanti..

Aku pun peminjam ptptn ni..nak buat cemana, mak pak x mampu nak tanggung biaya pelajaran..kite pinjam, kita bayar la..ni buat pinjaman pastu x nak bayar..hutang wajib bayar..kalau x nak bayar blajar betol2...itu aje...

Okey..dah, KJ dah "berjaya" ubah pikiran meneri menteri kayo tu..tq la KJ.. aku harap x de agenda tersembunyi..tu aje..mueh mueh..

Begedil Daging

For anak kecil mahupun orang dewasa..beza hanya taruk garam atau tidak sahaja..

Bahan bahan:
1. Daging cincang

2. Minyak zaitun 1 sudu kecil

3. Spices

4. Ubi kentang

5. Tepung jagung

6. Bawang besar di cincang halus

7. Daun saderi di cincang

8. Minyak untuk menggoreng

9. Telur


Cara cara:
1. Rebus ubi kentang hingga empuk.

2. Lenyek ubi kentang hingga hancur.

3. Campur dan gaul ke semua bahan dan bentuk kan bulat..

4. Unuk menggoreng, celopkan begedil ke dalam telur dan goreng pada api yang berlahan.

5. Apabila dah tukar jd golden kaler, boleh angkat.

6. Hidang bersama bubur ayam utk si kecil..

20 August 2013

Baby Fried Rice

Mula mula aku nak mintak ampun sebab resepi ni aku bg x de gambar..lupe nak snap gambar pg tadi..lepas buat terus masuk bekal una g school..

Bahan bahan:
1. Nasi putih y lembek..x terlalu keras
2. Bunga kobis, cincang
3. Bawang besar cincang
4. Lobak cincang
5. Minyak zaitun
6. Isi ikan rebus (boleh ganti dgn serbuk bilis)

Cara- cara:
1.panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bunga kobis, lobak dan sedikit air utk patikan sayur tu lembut...
3. Masukkan isi ikan gaul sehingga naik bau..
4. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau..api jangan besar sebb takot hangit dan nasi melekat pada kuali..bile sebati, sedia utk hidang pd sikecil..

Sile la cuba..simple je..tapi aku yakin anak mesti suke...

18 August 2013

UAI Accident

Malang x berbau harum mahupun busuk kan..benda nak jadikan...kesian plak aku kat mangsa accident tu..tp glamer la jap sbb accident dgn UAI kan..tp bukan glamour y org nampak pun.. kereta jahanam tu y jd subjek utama pandangan mata..

Accident di kwasan lampu isyarat. Peratuan 3 second atau 3 saat menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau..biasenye otai jalan memng redah kasi pecah je..pastu teraccident lah..cube lampu kuning tu slowkan kenderaan n jgn pecut dan lampu merah jgan tibai jalan..

Cume nak ckp la, jgn duk tuding jari kat sape2..accident kat traffic light kot..so liability 50-50..ni kate aku la..lawyer accident..decision made by judge based on argument and evidence tendered by both parties..

Tu je nak ckp..tq!

12 August 2013

Una beraya

Una beraya sakan tahun ni..kali pertama raya katanya..kutipan duit raya pun okey jugak la..hohoho..saje share barang 3 pat keping gambo una..

Thanks sebb bace..aku kekdang kerig idea nak gebang ape..hahaha..bye

08 August 2013

Versi una

Selamat hari raya u olls...una dah siap nak g raye kutip duit raya..jom la pg same2...round2 kampung...yeaaayyyy

Malam raya

Kalau orang lain, malam raya duk main mercun, bakar lemang, rebus ketupat,pasang langsir, mop lantai, sapu sampah, pasang peliita bagai..

Tapi una dan ayah buat benda lain! Taraaaaaaaa..

07 August 2013

Angah, una, mama achik

Ni gambar zamn bile..baru perasan aritu published failed! Maka, baru re published..esok nak rayq, tp ni gmbar BEFORE PUASA...hahaha..okey..bye

Selamat hari raya

Post cepat...nak ucap selamat hari raya..maap zahir batin...kalau rajin follow instagram utk update raya una :)

Search @aisyhusna on ig

01 August 2013

1 ogos

diam x diam dah masuk 1 ogos.. in july hanya aku post 3 entry.. resepi makanan una x sempat nak share..ucapan menyambut ramadhan pun x sempat nak buat..ucapan raya mcam awal lah sangat kan..

aku dah quit dr firm yang aku kerja sekarang.. alasan? sebab ikot suami duk kL..alasan lain biarlah rahsia..kang kalu tulis segala kat sini, melayang surat saman depan rumah aku plak..biase lah, deal dengan lawyer..kahkahkah..

after raye aku balik kL ikot suami.. almost 2 years aku PJJ dengan suami..sadis habaq hang..so, please pray untuk aku agar segala urusan aku di KL dan di mana sahaja dipermudahkan..aku dapat kerja kat BANGSAR..dari rumah aku di taman melati ke BANGSAR amatlah jauh katanya.. well, we will see later..


to all yang rajin bace blog aku, yang rajin cube resepi ntah pape aku dan yang rajin nak fire2 aku kat FB, aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..kalau kenal umah aku, jemput lah datang beraya.. okey..daa~

Salmon masak Tomato

Dear reader, aku update resepi cepat2 bukan sebab malas..tapi kekangan masa..

ok, bahan-bahan
ikan salmon
tomato
olive oil
blackpepper
bawang besar
bawang putih
spices pilihan sendiri.
puree kurma sesudu
serbuk bilis setengah sudu

sebb aku ni elergik dengan makanan x berape nak masak, so a ku masak this salmon dengan cara aku.
1. aku panggang sikit salmon dengan blackpepper and olive olive.. sekejap je panggang..
2. aku tumis bawang besar yang didadukan dan bawang putih yang diketuk. tumis sampai naik bau, masukkan tomato yang dibuang kulit dan dipotong dadu..masukkan sikit air.
3. kacau sampai mendidih..kemudian masukkan ikan salmon dan sedikit serbuk bilis dan puree kurma sebagai perasa...
siaappp~