19 December 2012

Perfume pulak?

lets usha ZN Wardrobe lagi lagi dan lagi..produk terbaru sekarang perfume original reject..



ORIGINAL?

REJECT?

maksudnya?

ORIGINAL REJECTED PERFUME.!!!Reject perfume ini disebabkan oleh kotak kemek, calar pada botol perfume, faded brand name, missing can, dan lain2 lagi dan tidak boleh dijual di kaunter..Jadi perfume ini di jual tanpa kotak dan digantikan dgn pouch.. =)



jom lah..PM untuk harwa yang lebih menarik k..mcam2 jenis perfume ade..POSTAGE mcam biase.. RM 5 rgt aje.. peace :)

09 December 2012

Durian Crepe..


phuuhh..memg hebat lah penangan durian crepe ni...habis duit bawah tikar, bawah bantal, dalam sampul semuanya dikeluarkan demi memenuhi nafsu makan benda ni..hikhikhik..

setakat ni dah 3 durian crepe yang dirasa..mmm..dan yang maseh bertakhta di hati ialah durian crepe made by chef di Family's Patisserie ... .sedap sangat..cukup-cukup rase jer..

tapi tu yang area kuala terengganu lah kan..yang made by  The Baking Sisters pun okey gak..tapi the later prevail lagi setakat ni..pastu yang satu lagi KO terus kot..yang satu lagi crepe sedikit tebal..

so, ranking 1 durian crepe di Kuala Terengganu di pegang oleh Family's Patisserie..(sile paham, ranking ini berdasarkan tekak saye okey )

howver, maseh craving untuk merasai durian crepe CIKMIN dari bentong! phhuuuu..CIKMIN bile nak datang ganu?? pelissss....*meleleh :)


Our Litte 'Aisy n Us







03 December 2012

Year end Sale :)

clearance stock? year end sale..jom jom..sms me for order okey :)
PHONE NO : 012 9082930 (HANIM)
MAY BANK ACC: 164810073169 (SITI NURHANIM ABU HASSAN)

postage ONLY  RM 5
ADD 3 RGT FOR THE NEXT PIECES


H 004
SIZE XL 1 UNIT
RM 47


H 020
SIZE XL 1 UNIT
RM 47

H 007
SIZE M 1 UNIT
RM 42

H 011
SIZE M 1 UNIT
RM 45

H 016
SIZE L 1 UNIT
RM 42

NURSING COVER
FREE SIZE 1 UNIT
RM 45

H 012
SIZE L 1 UNIT
RM 47


H 019
SIZE XL 1 UNIT
RM 50

H 025
SIZE 3XL 1 UNIT
RM 50

H 005
SIZE M 1 UNIT
RM 38

H 021
SIZE XL 1 UNIT
RM47

H 037
SIZE XL 1 UNIT
RM 47

H 009
SIZE M 2 UNIT
SIZE XL 1 UNIT
RM 45

H011
SIZE M 1 UNIT
RM 43

H 024
SIZE 2XL 1 UNIT
RM 48

H 001
SIZE M (2 UNIT)
RM 49



H 002
SIZE S 1 UNIT
RM 47

21 November 2012

Ready stock bulan November


helooo customer..

jom tgk ready stock baju muslimah untuk bulan november.
POSTAGE 5 RGT ONLY..PM For PRICE NEGOTIATION :)


20 November 2012

What Husband and Wife should do?

setahun lebih menjalani kehidupan berumah tangga, hari ini saya terasa ingin berkongsi satu tips untuk memperelokkan hubungan rumah tangga.

bukan sesuatu yang mudah pabila anda melangkah pada satu kehidupan baru..iaitu fasa perkahwinan. mahu atau tidak, politik dua keluarga perlu disatukan.politik ibu mertua perlu di blend kan dengan ibu kandung. begitu juga politik suami isteri yang sememangnya melengakapi antara satu sama lain..

heeyy..jangan salah paham politik yang saya maksudkan..POLITIK yang saya maksudkan adalah Cara Hidup Keluarga mertua dan cara kita sebagai isteri atau suami dibesarkan. Untungnya kita bila perkahwinan kita direstui oleh kedua-dua belah pihak..Namun ianya bukan pass untuk anda yakin bahawa tiada dugaan anatara mertua dan keluarga sendiri..x banyak, sikit mesti ada punyer lah..

oleh itu, sebagai suami isteri the most important things yang kite kene buat ialah, mainkan peranan kite sebagai anak, menantu, suami atau isteri dengan sebaiknya. jangan diburukkan anatara satu sama lain. kalaupun keluarga kita ade tak puas hati dengan keluarga mertua, jangan di canang cerita itu kepada keluarga mertua..biarkan cerita itu diam tanpa diperbesarkan.

andai suami atau isteri terasa hati dengan keluarga kita, belajar memahami pasangan kita, jangan nak salahkan pasangan sahaja dan janganlah nak back up pasangan sahaja.. suami perlu tahu, ape-ape pun, keluarga suami yang utama, dan isteri perlu ingat, apa-apa pun suami yang utama.

so, as conclusion, saya rasa, tip yang paling berguna untuk saya kongsikan ialah KOMUNIKASI.. x kira berapa lama pun kita dah kawin, jadi kan PILLOW TALK sebagai rutin. tanpa komunikasi, rumah tangga boleh karam..thats all :)


12 November 2012

Una nak kene sunat?

hah? sunatkan anak perempuan? hukum? pernah bace tuit wardina, die cakap hukum x wajib, ..then i konfius..my MIL sibuk suruh sunatkan Una, so, kite ni kalau blaja tinggi-tinggi kene lah rajin buat research..kalau pakai ikot je, memng sesat jadi nya..maka, mari kita cari ilmu sikit..

ade yang kata haram, ade yang kate harus, ade yang kata wajib..so, saya sebagai ibu muda, perlu bijak untuk memahami hukum ini..hukum Allah, tolong lah jgan buat main-main..kesian kat orang yang x berapa nak pandai duk follow je ape hukum yang keluar dari mulut orang y cakap tu..i dont blame anyone okey..kang ade yang pg mengadu kat wardina cakap saya tuduh dia bukan-bukan.sebb dia dah cakap, "dia x cukup ilmu :)..adey..

Nah.READ THIS!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Female Genital Mutilation, menurut WHO, terdiri daripada kesemua prosedur yang melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan bahagian luar genitalia dan/atau kecederaan pada organ genital atas sebab-sebab adat dan budaya atau sebab-sebab non-teraputik yang lain. Amalan ini diklasifikasikan kepada empat peringkat:
    Peringkat pertama: Clitoridectomy. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan/atau bahagian kulup.

    Peringkat kedua: Excision. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan labia minora, dengan atau tanpa pemotongan pada labia majora.
     
    Peringkat ketiga: Infibulation. Ia merupakan peringkat yang kritikal di mana orifis vagina disempitkan dan pemotongan dan aposisi labia minora dan labia majora dibuat, dengan atau tanpa pemotongan klitoris.
     
    Peringkat keempat: Peringkat Umum. Ia merujuk kepada semua jenis prosedur yang menyakitkan kepada genitilia perempuan untuk tujuan bukan perubatan seperti tusukan, tikaman, turisan, lukaan dan pengkauterian.
     
  2. Berdasarkan klasifikasi ini, berkhatan bagi wanita muslim seperti yang dilaksanakan di Malaysia didakwa merupakan salah satu amalan FGM yang hendak dibenteras oleh World Health Organization (WHO). Sedangkan pada hakikatnya FGM adalah bertentangan sama sekali dengan amalan berkhatan seperti yang ditetapkan oleh Syarak
     
  3. Di dalam Islam para fuqaha’ sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.
     
  4. Ibn Hajar Al-Asqalani menyifatkan khatan untuk wanita adalah dengan memotong kulit yang menutupi klitoris tanpa membuang keseluruhannya. Muhammad Ali Qutub juga menyebut kawasan yang sama yang dibuang semasa dikhatankan di mana kulit itu disebut sebagai fresulum.
     
  5. Bagi anak-anak perempuan yang dilahirkan dalam keadaan yang telah dikhatankan iaitu kulit yang meliputi klitoris telah tiada, disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah. Ini kerana, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Haj, terdapat perbezaan anatomi faraj wanita antara wanita di timur dan di barat di mana wanita di timur dikatakan tidak mempunyai kulit yang disebutkan ini.
     
  6. Jumhur al-Syafi`iyyah, Imam Ahmad dan al-Hanabilah dan pendapat Sahnun daripada Mazhab Maliki mengatakan khatan adalah wajib bagi perempuan.
     
  7. Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti Mesir merangkap ahli Majlis Penyelidikan Islam, Al-Azhar menjelaskan khatan disyariatkan untuk wanita melalui umumnya dalil yang berkaitan. Namun, ia perlu ditinggalkan jika terdapat kemudaratan. Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Fatah Idris, Dekan Jabatan Perbandingan Fiqh, Majlis Fiqh Al-Islam Mekah yang menjelaskan, sama ada ia berasaskan adat atau tidak, namun yang pasti terdapat hadith yang mengesahkannya.Dalam konteks yang sama, Sheikh Mahmud `Asyur menyatakan sesuatu perkara itu tidak boleh diharamkan melainkan dengan nas syar`ie.
     
  8. Allah s.w.t. telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengikut apa yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bersandarkan kepada ayat berikut:
    ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ
    Maksudnya:“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, Yang berdiri teguh di atas jalan Yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. (An-Nahl: ayat 123)
     
  9. Suruhan ini termasuklah amalan berkhatan kerana ia merupakan salah satu daripada suruhan yang ditetapkan ke atas Nabi Ibrahim a.s.
     
  10. Ibn Hajar menjelaskan memandangkan amalan ini merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s., dan ayat ini jelas menuntut agar kita mengikut agama Nabi Ibrahim a.s., maka ia menjadi wajib bagi umat Islam untuk berkhatan bagi lelaki dan perempuan.
     
  11. Prosedur berkhatan yang termaktub di dalam kitab-kitab fiqh tidak langsung memberikan kemudaratan. Malah, WHO juga gagal menunjukkan bukti emperikal kesan negatif yang menunjukkan bahawa amalan berkhatan di kalangan wanita menimbulkan mudharat sehingga membahayakan nyawa wanita. Di dalam Islam, sesuai dengan kaedah fiqh:
    ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خلافه   

    "Sesuatu amalan yang diperintahkan itu boleh diteruskan selama mana tidak mendatangkan mudarat dan tidak ada dalil yang menentangnya
     "
     
  12. Tetapi jika ia menimbulkan mudharat pada diri dan nyawa orang yang melakukannya, maka ia wajib ditinggalkan.
 


07 November 2012

9 peranan suami dalam membantu isteri menjayakan penyusuan susu ibu

Biasanya bila sebut saja tentang penyusuan susu ibu, jarang sekali kita kaitkan dengan si suamikan? Tapi pada hakikatnya, suami juga mempunyai peranan yang penting dalam membantu si isteri berjaya mengharungi perjalanan penyusuan sehingga 2 tahun. Berikut saya kongsikan 9 cara yang saya petik daripada seorang LC terkenal iaitu Puan Farah Farhan tentang bagaimana seorang suami dapat membantu si isteri untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Jom kita baca apa 9 perkara tersebut ... 

Sekadar Gambar Hiasan y tak kene tema :)

  1. Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi - ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang mereka lupa apa aspek penting yang perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yang diberikan kepada hospital yang mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebagai suami, menjadi peranan anda untuk menggalakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
  2. Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan si isteri. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul semua suami apabila isterinya berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambil alih tugas isteri (sekejap je pun ... hanya untuk tempoh 44 hari). Mungkin pada masa ini anak-anak yang lain akan berasa jauh hati sebab terdapat ahli keluarga baru. Jadi perhatian ibu akan teralih sebentar kepada si adik kecil yang baru dilahirkan. Oleh itu, di sini pentingnya si suami untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak lain supaya mereka belajar menyayangi adik di samping mengalihkan perhatian dengan bermain atau bawa mereka keluar dan memberi ruang kepada si isteri untuk berkenalan dengan adik baru.
  3. Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Setakat ini, saya dah dua kali bersalin, dua-dua kali suami saya tak mampu untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, kalau diikutkan, si suami seharusnya bangun dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Selain itu, sebagai balasan kepada isteri yang telah menyusukan anak, suami juga perlulah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain dan bukan sekadar tidur mati. 
  4. Urutan membanyakkan susu - kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan (suami kenalah ikut sama ke kelas macam ni). Tambahan pula, siapa lagi yang hendak membantu si isteri kalau bukan suami. Gunakan peluang yang ada untuk bermanja dan bermesra sesama sendiri. 
  5. Bantu isteri menguruskan anak (burping), mendukung bayi, memandikan bayi, membuat kerja rumah dan sebagainya. Biasanya si ibu akan rasa merasa keletihan selepas sesi penyusuan. Jadi si suami bolehlah memainkan peranan dengan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga kekal rapat. 
  6. Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama - Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa banyak pertolongan & sokongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya sukar untuk menemui kejayaan. Suami juga berperanan untuk menyokong/membantu isteri menyusukan anak di depan orang ramai (in public). Dalam kes sebegini, practice makes perfect. Mula-mula mungkin rasa agak kekok dan janggal tapi lama-kelamaan apabila tahap kemahiran dah meningkat perkara tersebut akan menjadi mudah. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila-bila masa dia nak. Jadi adalah penting untuk belajar menyusu di tempat awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa. 
  7. Memberi bantuan kewangan khususnya buat isteri yang ingin meneruskan kerjaya kerana kini terdapat keperluan untuk penyediaan peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit biasanya suami confirm akan garu kepala. Sebab itulah perancangan dari awal kehamilan penting agar tidak membebankan poket suami. Kalau si isteri sanggup untuk keluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan penyusuan, Alhamdulillah (jangan lupa pula untuk ucapkan terima kasih pada si isteri ya). Dalam pada itu, sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa kos untuk membeli susu formula jauhhh lebih tinggi daripada bayi yang menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga banyak yang boleh dijimatkan kerana anak yang menyusu badan mempunyai antibodi yang lebih baik dan jarang sakit. Oleh itu, duit tu boleh bawak isteri dan anak-anak pergi melancongkan berbanding ulang alik ke klinik?
  8. Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya - setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Jadi kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dengan khasiat semulajadi yang dicipta Allah dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial daripada media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya. 
  9. Galakkan orang lain (kawan-kawan, saudara mara) untuk menyusukan anak dengan susu ibu - bagi suami yang berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsilah ilmu itu dengan rakan-rakan agar kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Sebelum saya mengakhiri entri untuk hari ini, saya tinggalkan anda semua abah, ayah, papa, daddy, walid, bapa semua dengan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kalian juga:

Allah berfirman (utk kaum suami):
“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-Thalaq, ayat 6.

CREDIT TO : JUSTBEINGMARY.BLOGSPOT.COM

05 November 2012

Dah Besar


bukan membesar dengan blog, dan bukan juga membesar bersama teknologi canggih..semenjak kecil, hanya permainan kampung menjadi hiburan waktu senggang..namun, zaman dah berubah, anak saya nanti pun mungkin dah x kenal teng-teng, galah panjang, tarik upi, bola katok dan sebagainya..

Dari zaman bayi merangkak ke zaman kanak-kanak, zaman remaja dan seterusnya menjadi anak gadis, awek orang, tunang orang isteri dan menantu dan kemudiannya menjadi ibu kepada Nik 'Aisy Husna..Alhamdulillah..

so, i should change my signature for this blog..i'm not sure whether this is right thing to do, bile hati memberontak mengatakan kan, chill lah wei, biar title bertukar bukan semangat dan perasaan muda berakhir..ooppsss..hahaha..

so, this is my new signature :)



Glitter text generator
bye-bye to u :)

04 November 2012

Permulaan Breastfeeding

Alhamdulillah, dah dua bulan menyusukan anak secara BF..Rezeki yang Allah bagi amat lah disyukuri..Allah dah bagi cukup untuk anak, InsyaAllah, dengan usaha yang lebih, boleh la nak capai target untuk menyusukan anak sampai satu tahap yang ppatut diberhentikan...

sori, mungkin cara saya menyusukan anak tidak sama dengan orang lain..sebagai ibu muda yang belum mempunyai pendapatan yang tetap, sedikit sebnayak, usaha untuk menyusukan bayi ini mendapat halangan kewangan..Tapi Alahamdulillah, berkat doa dan sokongan orang disekeliling, saya rasa, saya mampu meneruskan cabaran ini..

saya tidak mengambil apa-apa supplement untuk menambah susu setakat ini..susu pun x banyak, tapi cukuplah untuk mengenyangkan anak yang seorang itu..banyak terbaca di blog-blog ibu yang lain perahan susu boleh menjangkau 30oz sehari..Alahamdulillah, rezeki yang Allah bg..namun saya, tidak begitu :)

nak bercerita panjang, bukanlah saya seorang yang berpengalaman.. today just nak share Chest Freezer yang saya beli untuk program menyusu ini..beli di Terengganu :) to those ibu yang berminat nak dapatkan chest freezer ni boleh dapatkan di kedai..saye bukan pengedar..hikhik :)

ehsan google :)


Product Info/Description
MCF-1152L
(mat code: 110404992)
  • 100 Liter 
  • CFC free 
  • With key lock 
  • Deep and quick freezing 
  • High energy efficient 
  • Easy to clean 
  • Adjustable thermostat 
  • Coated wire basket 
  • 605(L) X 550(W) X 845(H) mm 


Glitter text generator

Lai Lai Lai..Topi Cantik

Sekarang mana-mane ibu yang ade anak pompuan mesti excited nak make upkan anak dengan pakaian yang cantik-cantik.. x payah lah nak pk "make up" y i oll maksudkan ni y tempek-tempek maskara bagai, eyshadow atau pemerah pipi..

bagi seorang bayi perempuan, cukup lah aksesori seperti topi yang dipakaikan untuk memikat hati juri..oh mungkin bukan juri tetapi orang perseorangan yang selalu sahaja memberikan komen positif pabila melihat anak perempuan or dalam bahasa omputeh baby girl berpakaian y cantik..

so, for those yang teringin nak belikan topi cantik untuk anak, bleh kelik gambar kat bawah ye..sekian :)


ADNI CUTE HAT

Glitter text generator

01 November 2012

2 months

Alhamdulillah, sedaR x sedare 'aisy dah masuk dua bulan..badan dah gemuk dah..hihi..syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan 'aisy yang tidak bnyak ragam..boleh duduk sorng, x payah nak diriba selalu..

semoga 'aisy husna sentiasa dirahmati Allah, membesar dengan sihat tanpa menyukarkan mama nak jaga 'aisy dan menjadi anak yang solehah..amin :)

p/s: anak sorang rajen lah nak cerita..dah lame dah perhati perangai mummy muda ni..anak sorang beriya cerita..masuk dua tiga, dah x ade..yeaahh..its common babeh :)
Glitter text generator

Hello Customer

hello customer...

kindly please hit this page for variety style of muslimah clothes :)


Glitter text generator

How my Thursday start

giler! thats the first word for today..mau tak gile...

okey, that teacher yang di transfer ke sekolah adik saya adalah seorang yang tidak layak jadi cikgu (pd pandangan saya okey).. memng senang nak cakap macam tu kan.. tapi i think she deserve that..

cuba korang pk logik akal, seorang budak darjah 4 mengadu yang kawan sekolahnya menonton video lucah di cyber cafe. and without any investigation, that teacher buat surat ke PPD (pejabat pendidikan daerah)..sia-sia mak bapak budak tu dapat surat dari PPD..

serius saya rase cikgu itu sangat x betol..bile diselidik, budak yang mengadu tu mengaku hanya buat cerita sebab nak kene kan kawan dia.. see.. why this stupid teacher boleh buat aduan kat PPD sedangkan guru kelas pun x tau cerita tersebut..

fortunately, benda ni jadi dekat budak yang bapak bapak org terpelajar..kalau kene dekat makcik-makcik kampung yang memng redha dgn setiap tindakan cikgu?? MUSNAH MASA DEPAN BUDAK ooii...

huh, so teachers, please la..kalau nak buat kerja mcam tu, baik x payah jadi cikgu! yang best nye, that teacher pegang jawatan KEPALA SEKOLAH! sape lantik die hah??
Glitter text generator

21 October 2012

Gambar Kombokesyen Saye

ini je koleksi gamba kombo yang saye ade..x de gamba kombo dengan kawan2 secara ramai-ramai..hoho..memng pesen x der kawan..kesian giler kat orang mcam saye ni kan..naseblah...












Glitter text generator