setahun lebih menjalani kehidupan berumah tangga, hari ini saya terasa ingin berkongsi satu tips untuk memperelokkan hubungan rumah tangga.
bukan sesuatu yang mudah pabila anda melangkah pada satu kehidupan baru..iaitu fasa perkahwinan. mahu atau tidak, politik dua keluarga perlu disatukan.politik ibu mertua perlu di blend kan dengan ibu kandung. begitu juga politik suami isteri yang sememangnya melengakapi antara satu sama lain..
heeyy..jangan salah paham politik yang saya maksudkan..POLITIK yang saya maksudkan adalah Cara Hidup Keluarga mertua dan cara kita sebagai isteri atau suami dibesarkan. Untungnya kita bila perkahwinan kita direstui oleh kedua-dua belah pihak..Namun ianya bukan pass untuk anda yakin bahawa tiada dugaan anatara mertua dan keluarga sendiri..x banyak, sikit mesti ada punyer lah..
oleh itu, sebagai suami isteri the most important things yang kite kene buat ialah, mainkan peranan kite sebagai anak, menantu, suami atau isteri dengan sebaiknya. jangan diburukkan anatara satu sama lain. kalaupun keluarga kita ade tak puas hati dengan keluarga mertua, jangan di canang cerita itu kepada keluarga mertua..biarkan cerita itu diam tanpa diperbesarkan.
andai suami atau isteri terasa hati dengan keluarga kita, belajar memahami pasangan kita, jangan nak salahkan pasangan sahaja dan janganlah nak back up pasangan sahaja.. suami perlu tahu, ape-ape pun, keluarga suami yang utama, dan isteri perlu ingat, apa-apa pun suami yang utama.
so, as conclusion, saya rasa, tip yang paling berguna untuk saya kongsikan ialah KOMUNIKASI.. x kira berapa lama pun kita dah kawin, jadi kan PILLOW TALK sebagai rutin. tanpa komunikasi, rumah tangga boleh karam..thats all :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment