26 July 2015

AIDILFITRI 2015


Wishing all of you joyous Aidilfitri. Sorry for everything. Maaf Zahir dan Batin. 

Love, 
Mama Una
Continue Reading

MENU IFTAR DAY 29

Assalamualaikum.

Dah raya ke sembilan dah. Baru sempat nak update menu hari 29. Start balik kampung line internet slow mcm seput dalam pantang. Sampai ke sudah x dpt nak post or update new entry. 

As usual, my family tradition, every last day of ramadhan we will organized makan makan with all family members. Everyone will gather at our house for iftar. 
Normally my dad will prepare ikan bakar. The sauces prepared by my mom. We have ikan patin, ikan talapia dan ikan keli.  Besides that, my dad also fried nasi goreng cina and kuew tiaw. Oh sedap gila. 

The family also bring the sides dishes like puding, lemang, murtabak and so on. 

So, this is my menu for that day. So sorry for my bad language. Im still learning  and i dont know when i can master this language. *crying


  
Bye,

Love, 
Mama Una

Continue Reading

21 July 2015

MENU IFTAR DAY 28

Assalamualaikum.

Dan hari ini adalah giliran berbuka puasa bersama ipar duai di rumah mertua. Maka selepas asar kita pun berangkat ke umah mertua. Hikhik. 

Baru masuk kereta, una dah zzzzzz...


Sampai2, kakak ipar dah ckp gulai ayam kampung dan dambal telur dah masak. Jap lagi nak buat kerabu, goteng ikan dan kacau air oren. Saya bantu mane2 patot je la. Ontheway ke sana berenti beli sata ikan. Faveret sangat tu. 


Dan berikut adalah menu makan semalam. Alhamdulillah. 



Okey, last day puasa kita ada party ikan bakar kat umah sendiri. Stay tunes for the updates! 

Love,
Mama Una

Continue Reading

16 July 2015

MENU IFTAR DAY 27

Assalamualaikum.

First day bukak puasa di umah di kampung tahun ini. Alhamdulillah. Paham paham la bila balik kampung, internet selaju siput sedut baru habis pantang. Haha

Okey, update cepat cepat takot internet terputus di tengah jalan lagi. 

Ini part of lauk untuk bukak puasa di rumah di kampung. I mean my house. Esok (28 ramadhan) bukak puasa umah mil plak. 

Okey. Selamat menikmati hari hari akhir Ramadhan.


Love,
Mama Una
Continue Reading

14 July 2015

HALAU LIPAS

Assalamialaikum.

Geram gila lipas bermastautin dalam kereta. Utk pengetahuan kalian, saya duk umah flat. Parking memng kene berebut, silap hari bulan parking sebelah tong sampah. Eh bukan takat tong, tapi rumah sampah.

Hang ingat lipas tak ade cita cita nak naik kereta? Dah naik x reti nak turun plak. Pastu yang mane due nak bersalin, terus la beranak pinak dalam kereta tu. Ya Rabbi. Rase nak bakor je lipas2 ni. 

So, google-google jumpa kaedah ini. Maka, ayuhlah mencuba bersama-sama. 
Antara cara-caranya...

1. Gunakan Kapur Semut/Lipas
-Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta .
Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

2. Gunakan Spray, pelbagai jenis yang ada kat pasaran
-Sebaiknya carilah yg jenis mesra alam dan tak berbau busuk...

3. Gunakan Daun Pandan (paling baik dan mesra alam)
-Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je). Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta...

4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yg sedia ada dipasaran...

Maka, cuba lah ya. Hihi.

Love, 
Mama Una
Continue Reading

MENU IFTAR DAY 26

Assalamualaikum.

Today ade majlis iftar di Pejabat. JKJR Malaysia, Putrajaya. Ini first time majlis iftar diadakan memandangkan general Director sebelum ini adalah non muslim. Hihi.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan segalanya mengikut aturcara yang ditetapkan. Menu? We have soto ayam, nasi himpin dan bihun, ayam percik, daging masam manis, pajeri nenas, telur masak kurma, air jagung honeydew dan kuih muih. 

Sedap sangat. Gambar? Hahaha. I olls segan nak snap segala gambar. So, kita rembat gambar potograper jabatan lah! 



Ni je la gambar yang berupa food. Hahaha. Yang lain x de dek non oiii. 

Okey la. 
Selamat meneruskan puasa. 

Bye

Love, 
Mama Una
Continue Reading

MENU IFTAR DAY 25

Assalamualaikum.

Ahad. Penat dan gembira. Suami is too helpful. Bangga jap. So, hari ahad dia bawa ke the curve, damansara. Kepala berpusing start dari sampai di sana. X best betol. 

Last2 decide bukak puasa kat fish manhattan jugak. Hahaha. Itu je la tempat makanan bnyak dan murah. Oppss. Tak murah tapi berbaloi la kan. 

So, x snap gambar menu sebelum makan. Yang snap gambar selepas je. Gambar sebelum tu boleh google la. Presentation standard semua outlet. Hahaha. 


Hahaha. Ini la husband saya. Comel kan?.


Hahaha. Okey. Bye

Love,
Mama Una
Continue Reading

12 July 2015

MENU IFTAR DAY 24

Assalamualaikum.

Penat. Tak larat. Pening. 

Ini menu iftar paling simple. Misi kosongkan peti. 


Menghitung hari balik raya. Baju raya apa khabar la. 

Okey, selamat sambung kemas rumah.

Love, 
Mama Una
Continue Reading

11 July 2015

PLAYDOUGH UNA

Assalamualaikum.

Semalam dengan jayanya dapat buat playdough untuk una. No chemical added. Semua daripada bahan yang boleh di makan. 

Terfikir untuk menjual. RM 5 per container. Agak-agak laku tak? Its homemade and its safe. Hihi. Una main2 and saya suruh dia makan. The. Dia ckp " ama, ini ainan la (mainan la) tak leh atan. Anti tat (lekat)". Hihihi. Kalau makan rase dia masin.



Sape beli banyak-banyak bagi free cute cutter ini. 



Memng best main. Playdough ni last for 6
Months. Ade sesape berminat tak? Production lepas raya la. Tapi sesape ybg duk area Kuala Terengganu boleh la kot order utk anak main di hari raya nanti 😁😁



Okey, Do contact me at 019 3342290

Love, 
Mama Una. 

Continue Reading

10 July 2015

MENU IFTAR DAY 23

Assalamualaikum.

Hari ini kita bekerja dari TBS. Ade raptai untuk majlis esok. Penat kehulu hilir. Hikhik.

Balik umah ajak husband pg Aeon Setiawangsa. Terus berminat membeli lamb shoulder yang dah di perap. So, ini hasil untuk menu iftar. 






Yuhuui. Western tak menu i olls? 

Okey thanks for reading.

Love, 
Mama Una



Continue Reading

09 July 2015

MENU IFTAR DAY 22

Assalamualaikum.

Hari ini sampai umah jem teruk. Ade majlis berbuka puasa bersama PM di masjid dekat rumah. Jalan byk tutup. 

Hadish. Sampai rumah saya panaskan sambal masak asam daging y mak bagi dulu. Goreng telur dan sup sayur sikit. 20 minit siap semua skali dengan masak nasi.

So, ini menu simple saya. 


Esok ade raptai Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di TBS. Harap2 semua okey. Saya akan jaga KP JPJ. 

"Hai dato' please be nice to me "

Wish me luck. 

Love,
Mama Una

Continue Reading

MENU IFTAR DAY 21

Assalamualaikum.

Busy busy dan busy. Semalam husband berbuka di luar bersama rakan taulan. Maka saya berbuka dengan una dan seorang adik. 

Sampai rumah dlm kul 5.30 petang sbb lepas bengkel di kementerian saya terus mintak izin balik rumah. Awesome bos. Application granted. 

Maka, ini menu. Menu 1 ramadhan hari tu. Hahaha. Repeat je la. X sempat pk. 




Alhamdulillah. Kenyang. So. Lupa nak update blog. Hahaha. Okey, bye


Love, 
Mama Una


Continue Reading

MENU IFTAR DAY 20

Assalamualaikum.

Hari ini x sempat masak. Sampai umah dah kul 6.40 ptg. Ya Allah, jem teruk sangat. 

Walaupun pagi tadi dah prepare padprik ayam, tp husband decide utk beli je. Kesian kat saya nak bersilat melawan bahang dapur gas dan masa yang amat mencemburui. 

So, ini je menu. Alhamdulillah. Suami awesome saya itu sangat baik.

Char kuew tiaw untuk saya


Nasi arab ayam golek. 

Korang bukak puasa makan ape? Share la. 

Love,
Mama Una

Continue Reading

07 July 2015

ROBOCAR POLI

Assalamualaikum.

Taraaaa. Akhirnya ayah una iaitu suami awesome saya berjaya membeli satu set mainan robocar poli. Hahaha. Setelah berbulan survey, maka rezeki una di bulan Romadhon yang barokah ini, dapatlah beliau satu set mainan baru. Joget joget lah budak itu. Haha...



Lihatlah wajah kesayangan mama dengan muka penuh kepuasan. Hahaha. Sabar itu manis kan sayang? 😁😁

Harga satu set ni RM 58 je. Termasuk postage tau tak. Memng berbaloi la bagi saya sbb biase survey harga mesti tak kurang daripada RM 65 dan tak masuk postage. Kihkihkih. Penjimatan yang sangat membanggakan. 

So, robocar ni ade 4 character berlainan, amber, roy, helly dan poli. Semua cute je dan boleh transform to robot! Konon sangat canggih la kan. 


Una paling suka dengan helly sebab dia boleh pusing-pusing kipas helly tu dengan tangan je. Hahaha. Una ni memng golongan mudah terhibur dengan benda-benda bersaiz kecil. Hihi. 

Beli kat mana? Saya beli di Facebook. Nama orang tu Nur Maya. Experience membeli/berurus niaga dengan dia amat simple skali. Senang dan menyenangkan. Cepat respon. So, sesape nak beli boleh la search Facebook Nur Maya. 


Okey, selamat membeli robocar poli untuk anak ya. 

"Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah  adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi  selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda ." -quote

Gembirakanlah anak-anakmu :)

Love, 
Mama Una


Continue Reading

06 July 2015

MENU IFTAR DAY 19

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Tekak ini dilalui oleh ikan patin masak tempoyak. Sedap nya ya Tuhan. Rase macam makan sambil duduk bawah pokok di tepi sungai temerloh nan nyaman. Ecece. 

Hari ini suami saya yang awesome belikan ikan patin masak tempoyak. Best sungguh la. So balik kerja tadi jalan jem. Rase nak je jalan kaki dr putrajaya ke taman melati (hiperbola sangat cita-cita). Haha. Maka masak la dua lauk tambahan bagi menghargai jerih perit sang suami mendapatkan ikan patin untuk isteri yang jelita.

Sampai umah terus potong ayam, perap jap. Mandi dan solat asar yang dah lewat sangat. Pastu goreng ayam dan goreng sayur. Nasi pun baru je masak. Alhamdulillah. 10 minit before bukak puasa, semua menu ready. Yeaahh, saya memng pakar bersilat di dapur. Kihkih.

So, this is our menu for today. Hope boleh jadi idea untuk juadah iftar korang esok. 





Love,
Mama Una



Continue Reading

05 July 2015

MENU IFTAR DAY 18

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini dapur berasap. Ayam masak merah special by mama una, ikan goreng dan kacang peas goreng bertelur. 




Sedap tak gambar makanan saya? Haha. Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga. Pastu saya buat jugak sambal bilis dan kacang. Buat kudap kudapan balik terawih. First time buat. Kene improve lagi. Hihi. 


Sekian sahaja laporan untuk hari ke 18 Ramadhan 2015. 

Love, 
Mama Una




Continue Reading

MENU IFTAR DAY 17

Assalamualaikum.

Ya Rabbi, semalam puasa paling penat dalam sejarah Ramadhan 2015. Demmm. Propa gila. 

Seb baik suami penyayang. Semalam memng tak masak la kan. Terus je pg umah makcik pakcik kat bazar ramadahan tu. Hahaha. Kita hulur duit dia bagi food. Oh syurga nya. Pilih je nak makan ape. Ewah ewah. 

So, ini y makcik pakcik bazar tu bagi :) 


Dim sum RM 3 secucuk

Rojak Singapore RM 25

Grill Lamb with Giant Sausage RM13

Nasi Tomato RM 4.50

Dessert encik bos bagi semalam. 

Hahaha

Saya pg bazar ramadhan Wangsa Maju. Pg la try usha. For me itu bazar y paling best. Luas besar panjang dan tak crowded! Cina india pun ade. Haha

Okey. Selamat puasa.

Love, 
Mama Una





Continue Reading

04 July 2015

MENU IFTAR DAY 16

Assalamualaikum.

Dugaan sangat la kan hari ke 15 puasa. Hahaha. Jem teruk betol. Sampai umah dah lewat dan satu benda pun x masak. Nasib baik suami awesome saya offer makan kat luar. Tapi perlu la bukak puasa dulu di rumah. Alas la perot sikit. So, saya goreng-goreng apa y patot dan kukus dim sum je la. Mee goreng y masak masa sahur ade balance sket. Panaskan je la. Done! 


Ini la kekdah alas perot kami. Makan 4 orang. Kebetulan adik-adik balik umah weekend ni. So rumah penuh la kan. Hihi. 

Pas makan dan solat, siap-siap terus menuju ke wangsa walk. Kak teh request nak makan Fish Manhattan Market. So, there we go lah. I loiike makanan kat situ. Gile kenyang plus dengan waiter sangat baik skali. Service pun laju la. 


Menu dessert paling last yang sampai. Menu lain dah selamat bersemadi dalam perot buncit kami. Hihi.

So, itu sahaja cerita semalam. Anda buka puasa kat mane?

Love, 
Mama Una


Continue Reading