24 October 2017

CARA MEMBUAT TUNTUTAN KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Assalamualaikum.


Mama Una nak share. Dulu kan kerja as peguam. So everyday mengadap isu berkenaan tuntutan kemalangan.


So mama una nak share apa yang perlu ada untuk korang mulakan tuntutan kemalangan.


Paling Utama! 


Salinan Repot Polis adalah sangat penting! Perlu diingat jika mangsa kemalangan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, mohon saudara terdekat untuk membuat laporan awal. Pastikan laporan polis dibuat dengan tepat. Menceritakan keadaan sebenar kemalangan berlaku.


 Jika laporan di taip oleh pihak polis, pastikan laporan tersebut adalah selari dengan cerita sebenar bagaimana kemalangan berlaku.


Yang kedua! 


Salinan rekod perubatan. Pada kebiasaannya, laporan perubatan tidak dimiliki oleh mangsa kemalangan. Namun, simpan resit discharge hospital atau apa jua dokumen hospital yang mempunyai nombor pendaftaran masuk hospital. 


Perkara ini memudahkan urusan untuk pihak peguam membuat request salinan rekod perubatan mangsa daripada pihak hospital.


  1. Dapatkan peguam untuk mewakili anda dalam urusan mahkamah.


Pastikan anda memilih peguam yang betul. Jangan mudah percaya dengan orang orang yang menghampiri atau cuba memberi konsultasi berkenaan tuntutan kemalangan semasa anda berada di wad atau hospital. Pastikan peguam yang dipilih adalah peguam yang akan menghadiri kes anda di mahkamah kelak.



Continue Reading

MASALAH PUTING SUSU LUKA, IKHTIAR DAN CARA ATASI

Assalamualaikum 


Siapa pernah alami puting susu luka?


Ramai yang menyalahkan puting susu luka kerana silap pemilihan pam.


Pam A suction kuat tak elok. Pam B suction slow pulak. Dan macam macam lagi.


Namun itu, disebalik kesilapan memilih pam susu, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh para ibu. 


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan insiden puting susu luka sewaktu sesi mengepam adalah :


  1. Tahu dan kenali pam anda. Tahu bagaimana pam anda berfungsi. Setiap pam mempunyai fungsi tersendiri selain memerah susu ibu.


  1. Tahu untuk menggunakan mode stimulate dan mode express yang terdapat pada pam. Pahami perbezaan mode mode ini. Bila masa perlu. *rujuk gambar





  1. Pilih corong pam yang bersesuaian dengan saiz breast. Mengelakkan puting susu bergesel dan melekat pada corong sewaktu sesi mengepam.





  1. Jangan amalkan power pumping terlalu kerap. Boleh menyebabkan tisu dan otot breast luka.


  1. Jangan terburu-buru melakukan sesi mengepam untuk memaksa susu keluar kerana kekuatan level yang dipilih memainkan peranan penting penyebab puting susu luka.


Semoga bermanfaat. 


Perlukan lebih maklumat tentang penyusuan? Hubungi mama una.


http://yourbreastfeedingpartner.wasap.my/


#yourbreastfeedingpartner


---------//-----------


PENAT? STRESS? SUSU DROP?


Dapatkan supplement untuk membantu mengembalikan tenaga ibu seterusnya membantu ibu untuk menghasilakn susu meriah untuk bayi anda. 


Pastikan ibu memiliki supplement yang bersesuaian dengan masalah ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. 


Tidak semua ibu memerlukan milkbooster πŸ˜‰


Dapatkan supplement penyusuan daripada mama una.










Get yours now πŸ˜‰

Continue Reading

28 September 2017

RESEPI NASI GORENG DAGING

Assalamualaikum. 

Now mama una nak share resepi nasi goreng tersedap.

Bubuh daging korban yang berlambak dalam peti tu. walaweiiii. Meleleh la air liur. Pastu berpusing la jarum penimbang. Kahkahkah.

NASI GORENG DAGING PALING SEDAP! 

Nah mama una share resepi nasi goreng daging. 

Untuk 3-4 orang makan tau.

Bahan bahan :

1. Nasi sejuk 4 cawan
2. Daging rebus yang di potong kecil 2 cawan
3. Telur 1 biji
4. 1 labu Bawang besar di mayang nipis
5. 3 ulas Bawang putih di ketuk 
6. Cili merah 3 
7. Lada besar 1
8. Sayur pilihan
9. Garam
10. Minyak

Cara cara tu korang ikot step gambar je k. 

Senang sangat sangat. Dan sedap nak mati 🀀🀀🀀



Untuk 3- 4 orang makan tau 





Kisar bawang putih dan semua cili.



Tumis bahan kisar dan bawang besar yang di mayang sehingga naik bau.



Bila dah naik bau, masukkan daging tadi. Gaul rata.



Mama una masukkan carrot. So, carrot ni masukkan sekali dengan daging biar dia lembut elok.



Bila daging dah sebati semua, masukkan nasi.



Masukkan sayur sawi. Gaul rata.



Pecahkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati. Kecilkan api dan bir nasi sedikit garing. 



Taraaaaa... siap

Sedap tak? Makan dengan keropol. Pergghhhhh. 🀀🀀🀀

Mama una makan banyak gila. Pastu cepat cepat telan alfalfa dan lecithin.

KELEBIHAN ALFALFA.

AMBIL ALFALFA BAD KOLESTEROL JADI NORMAL??


Tahu tak dalam alfalfa ada saponin? 


Apa tu saponin? 





Saponin ni ada dalam banyak tumbuhan. Dan memakan saponin boleh mengurangkan paras kolestrol dan kurangkan risiko sakit jantung. 


Dalam alfalfa ada saponin yang melekat pada kolesterol yang kita makan dan masuk dalam usus.


Menjadikan kolesterol dalam usus itu tak dapat diserap masuk ke dalam darah.


Maka kolesterol dikeluarkan sebagai najis..


Sebab itu pengambilan alfalfa yang konsisten mampu menormalkan kadar kolesterol dalam darah.


Rendahkan bad kolesterol LDL

Tinggikan good kolesterol HDL.


Amalkan 5 biji alfalfa 2x sehari= 10 biji sehari.

Ambil selepas makan.


Jom dapatkan alfalfa dengan mama una pastu boleh makan nasi goreng banyak banyak πŸ˜‰


0193342290

Mama Una





Continue Reading

05 September 2017

RESEPI MAMA UNA : JERUK DAGING PALING SEDAP

Assalamualaikum.

Cepat cepat mama una nak share resepi paling mudah ni. 




Untuk peminat daging jeruk.

Selalu order kan. So hari ini apa kata kita buat sendiri. Alang alang daging banyak sangat dalam peti. Kita buat daging jeruk.

Esok esok nak makan keluarkan dan goreng terus. Makan dengan kicap pun dah sedap.

Bahan bahan.

1. Daging lembu
2. Garam halus
3. Limau nipis
4. Bekas untuk perapan




Cara cara:

1. Potong daging nipis nipis. Daging tu korang basuh masa seketul tu sahaja. Pastu kalau nak senang, potong masa separa beku. Baru boleh potong nipis cantik cantik.
2. Make sure semua air daging kering. Bekas perapan free daripada air.
3. Susun daging dan tabur garam. Perah limau nipis sekata atas daging.
4. Ulang step 3 sampai daging habis.
5. Tutup bekas rapat dan simpan dalam peti ais. Siap.

Mama Una tak suka perap lama sangat. Cukup 3-4 hari mama una akan masak. Kalau seminggu tu rasa masin sikit. Mama una tak suka.

Selepas satu hari, daging akan bertukar warna perang. Proses penapaian berlaku. 

Cara masak nanti mama una share balik k. 

Sedap nya makan dengan nasi panas panas. Bubuh kicap. Krup krap bawang dan masam manis masin daging jeruk.

Nyum nyum. Berpinggan makan tak sedar.

Macam mana nak kurus kan. Mama Una ada omega guard dan lecithin. Boleh tolong potong lemak lemak jahat tu.

Korang kalau makan menu macam ni wajib standby omega guard. Biar kesihatan kita terpelihara.

Kena tahu apa yang perlu kita makan untuk kawal kolestrol jahat dalam badan. Apa yang bahayanya tentang kolestrol.




Kalau rasa nak order omega guard dengan mama una boleh roger sekarang. Harga terbaik. 

Mama Una 
Continue Reading

04 September 2017

TIPS REGISTER UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum.

Mama Una hari ini sempat teman adik register Master di UKM.




Bayangkan semalam almost 9 hours atas highway. From Terengganu to KL. daripada 4 petang sampai kL 2 pagi. Kejung badan.

Pagi pagi pulak bangun bertolak pergi Bangi. Mama Una memang make sure badan kena fit. Husband pun sama. Kami perlu kuat sebab nak handle sorang budak perempuan active dan soanak anak lelaki gebu.

Alhamdulillah survive!

Nak kuat gagah perkasa wajib lah telan makanan berkhasiat. Tapi kalau sepanjang hari telan mcD, kfC dan Dominos, kat mana khasiat? 

Wajib mama una ambil ostematrix dan alfalfa tau. Untuk kekal bertenaga. Husband pun ambil yang sama.

Maka, kami ke Bangi pagi pagi. Selesai register kat dewan gemilang kami round UKM untuk apply kolej kediaman. 




Jauh nak matiiii. Satu satu kampus tu. and it scattered everywhere. Tak macam uia. Tersusun. Hihi.

Tengah hari baru settle. Tapi adik mama una tak dapat lagi kolej. So terpaksa tumpang kawan dia. Nasib baik ada kawan dia yang sudi tumpangkan.




So itu sahaja untuk hari ini. Tips dia if nak pergi register masuk uni, make sure badan gagah perkasa. Nak cari kolej kediaman bukan senang. Nak hadap trafik dalam kampus boleh migrain. Nak angkut barang masuk bilik, boleh bengkok pinggang! 




So, wajib semua dapatkan alfalfa dan ostematrix. Bantu mak ayah yang tolong korang pergi register tu. tak ada la dieorang mengeluh penat nanti.




Hihi.

Okey, till meet again tau. 

Mama una akan update lagi lepas ni πŸ˜‰ nak order alfalfa or ostematrix or BOTH terus whatsapp mama una. Tak ade hal!

Harga tip top πŸ˜‰

Mama Una



Continue Reading

30 August 2017

I'M BACK AFTER A MONTH

Assalamualaikum. 

Nah! 

A month tak update blog. Kenapa? Mana semangat konon nak update blog secara konsisten?

Semangat itu hilang. Tak tau pergi mana. Kesian semangat. Tak jumpa arah pulang.

Tapi tetap bersemangat dengan business mama una! 

I will try to update as much as i can! 

Too many things nak tulis. Tapi masa tu tak sempat nak cari. Bukan tak ada masa tau. Masa ada. Cuma tak boleh menyelit. 

Time idea ada, masa tak dijumpai. Bila masa ada, idea kering. Haish.

Tapi its okey. I try my best ya. Nak berjaya tak boleh mengalah! 

Teruskan usaha sehabis daya πŸ˜‰




Mama Una mencari individu yang berminat untuk join business dengan mama una πŸ˜‰

Klik link di bawah untuk tahu lebih lanjut!
Continue Reading

30 July 2017

TIPS BAGAIMANA ORANG JEPUN AJAR ANAK MAKAN SAYUR

Ψ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ

Hai semua. 

Sihat ke? Bimbang tak bila anak makan tak menentu? Sayur tak makan, buah tak makan. Nak makan double decker je. Twisties, chocolate. Haish.

Macam mana nak ajar anak makan sayur? 

Susah tak?

Selalu orang tanya una makan sayur tak? She eats vege well. Tak tau la kot depan mama je. Tapi dia memang makan vege.

So, mama una ade baca tips macam mana orang jepun ajar anak makan sayur. Mama una simplify kan untuk korang.

Macam mana orang Jepun ajar anak makan sayur? Ikuti tips ini.




Info : kadar obesiti di jepun adalah 3% berbanding dengan Malaysia 27% πŸ˜‰

Terukkan. Orang Malaysia suka sangat makan merepek. Hihi. Mama una pun.




Yang pertama. Elakkan untuk membeli makanan yang telah disediakan dipasaran. 

Walaupun kadangkala produk-produk yang dijual ini dilabel sebagai 'sihat, berkhasiat' namun ia masih merupakan makanan yang diproses dan mengandungi bahan pengawet untuk memanjangkan hayat simpanan. Jika kita masak sendiri di rumah, dah tentu tak ada bahan pengawet atau perasa tiruan. Kita juga dapat menjimatkan duit!

Ibu-ibu di Jepun sering memasak "okayu" atau bubur nasi yang dimasak dengan pelbagai sayuran seperti "endo mame" (kacang pea merah) dan juga ikan salmon.



Yang kedua. Mula awal bukan bermaksud mula beri makan sebelum waktu yang disarankan makan iaitu 6 bulan, tetapi mula memperkenalkan makanan sihat kepada bayi apabila bayi sedia menerima makanan pepejal.

Bayi akan mula 'memilih' keutamaan makanan kegemaran sebaik sahaja mereka mula makan makanan pejal. Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan mereka tidak diberikan makanan junk atau makanan segera.

Pada usia 3 tahun pula, deria rasa dan tabiat pemakanan anak-anak sudah terpahat kekal dalam minda mereka. Jadi, pastikan kita sentiasa memberikan makanan yang seimbang dan bernutrisi tinggi sepanjang 3 tahun pertama ini.



Yang ketiga. Beri bayi makanan baru secara berperingkat. Elakkan daripada memperkenalkan terlalu banyak jenis makanan pada satu-satu masa. Cuba hanya satu jenis makanan bagi setiap minggu.

Menurut pakar pemakanan, ibu bapa perlu bersabar dan konsisten dengan cara ini kerana ia mengambil sekitar 15-20 kali sebelum anak betul-betul menerima perisa baru.



Seterusnya, kepelbagaian menu. Orang Jepun tidak mementingkan portion hidangan, sebaliknya mereka lebih suka dengan variasi. Walaupun mereka menghidangkan berbelas-belas jenis menu di atas meja, namun semua hidangan diisi ke dalam mangkuk-mangkuk yang kecil dan comel-comel sahaja.

Kita boleh buat yang sama, pelbagaikan menu anak. Ada buah, sayur dan protein yang berwarna warni dan pelbagai rasa.

Orang Jepun juga mengajar anak mereka untuk makan setiap jenis hidangan ini dan makan sehingga selesai.



Yang kelima. Cantik. Kanak kanak sangat cerewet apabila mereka diperkenalkan dengan makanan baru. 

Ibu-ibu di Jepun menghidangkan makanan dengan membuat bento secara berseni untuk menarik minat anak.

Mereka akan membekalkan anak dengan kotak bento setiap hari dari awal persekolahan sehingglah anak masuk ke kolej.



"Haji-no-bunka", atau budaya aib di Jepun adalah satu budaya di mana orang Jepun sering rasa malu dan aib dengan persekitaran. Orang Jepun sentiasa menjaga reputasi untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.

Pembentukan karakter dengan rasa malu dan aib ini juga adalah salah satu bentuk hukuman disiplin di Jepun. Disebabkan itu, tiada anak-anak Jepun yang memilih-milih makanan atau membuat perangai di meja makan.

Kita boleh mengajar anak bahawa makanan adalah salah satu rezeki dan tidak boleh dibazirkan. Mereka patut berasa malu sekiranya tidak menghabiskan makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Tapi budaya jepun dan budaya kita di Malaysia banyak berbeza.

Jika ibu masih bimbang anak tak makan sayur, mama una suggest Vitalea for Children. Multivitamin terbaik untuk anak anak daripada Shaklee.



Tablet mudah untuk dikunyah oleh anak anak.

Nak tahu lagi?

Antara 8 kebaikan vitalea for children 
  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  2. Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  3. Memberi 100% nilai harian vitamin C
  4. Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
  6. Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  7. Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  8. Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Testimoni kanak kanak yang makan vitalea.



So, jika ibu masih bimbang kerana anak tak makan sayur, kurang selera makan, boleh dapatkan vitalea for children daripada mama una.

Hubungi mama una 0193342290 untuk dapatkan vitalea for children hari ini.

 
Continue Reading

19 July 2017

RESEPI MAMA UNA : KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Assalamualaikum.
Hari ini mama una share pulak resepi ketupat sotong. Pernah makan tak? Ini versi terengganu.
Mama una buat 4 ekor sahaja. So resepi pun untuk 4 ekor lah.
Bahan bahan macam kat bawah ni.
1. Sotong
2. Bawang merah di mayang 
3. Halba 1/2 sudu kecil
4. Halia
5. 2 cawan Air
6. 1/2 kotak santan + 1/2 cawan air
7. Gula
8. Garam
9. Beras pulut direndam
10. lidi
Cara-cara:
1. Rendam dan toskan beras pulut.
2. Masukkan beras pulut kedalam sotong sebanyak 3/4 bdan sotong dan tutup kemas dengan pencungkil gigi. JANGAN PENUHKAN. nanti pulut mengembang terlebih.
3. Susun sotong yang telah di isi pulut di dalam periuk. Dan masukkan 2 cawan air bersama bahan hirisan dan halba.
4. Masak selama 15 minit.
5. Bila sotong nampak kembung, masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau dengan api perlahan selama lebih kurang 10 min. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

Yeaaa. Boleh makan. Bagus tau untuk ibu menyusu. Sebab dia ada halba. Boleh jadi milk booster ni. Mesti meriah susu. Kalau ibu tengah cari milk booster tapi tak boleh telan halba, boleh cuba supplement from shaklee.
Then kalau ada masalah penyusuan boleh wassap mama una. I am certified breastfeeding peer counselor.
Do contact me tau πŸ€—
Mama Una
Continue Reading

18 July 2017

RESEPI DONUT GEBU

Assalamualaikum.

Hari ni mama una nak share resepi donut hari tu. Mama una buat donut ni last week tau. 




Donut gebu memang best. Pipi gebu flawless memang lawaπŸ˜‰

Okey, resepi macam ni

RESEPI DONUT GEBU 

Bahan 1:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir 
1 cawan air suam
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang




Bahan 2
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam




Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti.
Macam gambar kat bawah ni.



Kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata, masukan dlm bekas dan tutup biarkan selama 1 jam, Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk2 doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut,


Mama una tambah kaler kuning. Saja je 🀣





Biarkan Selama lebih kurang 15 minit, lepas tu boleh goreng dengan api perlahan. Angkat bila kekuningan.

Dan di salut gula.Siap.
Hihi.

Itu resepi donut. Kalaunak kulit gebu cantik boleh ambil collagen tau.

Collagen shaklee adalah yang terbaik tau. Mama Una pun amalkan collagen ni







Kesan collagen shaklee seawal selapas 5 sachet tau. 

Nak tahu lagi jom pm mama una. 0193342290.

Harga terbaik. 

Love,
Mama Una 
Continue Reading