26 April 2012

Ubat hemoglobin Rendah

pada entry yang lepas saye dah cakap yang hb saye rendah dan ia adalah bhaya untuk kandungan kan..hikhikhik..

okey..setelah itu dirisk-risik oleh bekas2 ibu yang mengandung, maka ketemuilah beberapa tips yang boleh menaikkan hb ke paras normal sekali gus membuang segala kerisauan tentang masa depan anak dalam perot ini...

7/5 ni kene pg check up lagi..to make sure yang hb saye adalah normal..huh, okey jom kite share how to naikkan paras hemoglobin anda sewaktu mengandung!

1. banyakkan makan kurma

kurma ni bagus sebab die bnyak sangat khasiat kan..tapi awas, kalau ibu mengandung tu ade kencing manis, eloklah dikurangkan pengambilan kurma..seulas sehari adalah sudah mencukupi.

2. amalkan meminum madu sebelum tido
madu ni pula dapat meningkatkan daya tahan ibu semasa mengandung..juga sebagai rawatan untuk merawat penyakit tidak lena tido malam..madu juga boleh mengelakkan ibu daripda tension dan juga memberi bekalan tenaga kepada ibu.

3. makan hati lembu
huuuu..saye tak tahu yang, hati yang dimaksudkan adalah hati lembu bukan hati ayam..patot lah hb x naik2 walupun makan hati ayam bagai nak rak..kihkihkih..take note ye para-para ibu yang bakal mengandung..hati lembu bukan hati ayam.




4. banyakkan makan bayam
bayam memng bagus untuk naikkan paras hemoglobin okey...google lah kat mane2 pun, kompem orang suggestkan bayam

5. banyakkan minum susu
susu ni memng bagus lah..ibu mengandung wajib minum susu untuk memastikan kesejahteraan anak di dalam perot anda.. kalau ade specises macam saya yang tak boleh atau minum susu, cubalah minum annum materna chocolate..rase nyer sedap sangat :)

credit
okey, itu sahajalah perkongsian ibu mengandung yang baru setahun jagung mengandung ini..salah silap harap dimaapkan :)
tq 

Glitter text generator

25 April 2012

Kisah Barbie :)

perghhh..konon today malas lah nak hapdate belog nye..mlas nak merambu gebang x pasal kat blog picisan ni..tapi, gile bosan kot.. bos 4 hari x masuk dan sebagai pelatih dalam kamar yang tidak mempunyai kerja tertangguh, maka episod kebosanan bermula...

serius sangat bosan sampai rase nak muntah..tahu x..rase nak muntah..x tahu nak buat ape..habes semua files accident aku dah chek, buat saman tnb pun dah, itu dah ini dah, stalk orang dekat fb tu x buat sangat sebb mengandungkan..hahaha..x elok kasi baby dalam perot bace cerita-cerita yang x enak nih..kuikui

btw, tadi tgk cite barbie kat youtube..pastu seorang pekerja kat opis ni datang n cakap, jangan tgk kartun sangat, nanti anak cacat.NAUZUBILLAH.erkk..aku still x dapat nak relate kecacatan anak dengan cerita barbie tu.anyone yang tahu sejauh mane kebenaran ini? .tapi sebb risau jugak, lantas aku tekan butang pangkah kat sebelah kanan window youtube tu..maka tamatlah cerita barbie..

x ke comel? mate biru..

sekian terima kaseh :)
Glitter text generator

wordless Wednesday :)


Glitter text generator

24 April 2012

Penghapusan PTPTN?

entahlah, nak sokong pun x, nak bantah pun tak..cuma pk lah, kalau ptptn tu x dak, generasi akan datang nak blaja pakai ape? kite ni orang malaysia, perangai kedekut tu banyak sangat.. duit wakaf bnyak mane lah sangat nak provide FRee education kan...

bawak2 lah jadik logik..nak hapuskan kos pentadbiran PTPTN itu mungkin bagus, tapi nak hapuskan pinjaman PTPTN tu sounds like a crazy plan..orang kaye, mak bapak duit x habes 16 keturunan bleh lah gebang..tapi  anak petani, nelayan, pekebun, nak blajar bayar yuran pengajian pakai ape? ikan?sayur atau pun buah kelapa?

agak2 lah nak buat bantahan pun, kalau terase beban sangat, carik alternatif lain, jgn nak buat pinjaman dengan PTPTN..ni bile orang suruh tolak tawaran pinjaman tu korang x nak pulak..padahal duit PTPTN tu bukan semuanya korang buat belajar...dapat duit jer sebuk nak shopping..jangan cakap tak lah..orang islam x baik menipu..

penat tgk propaganda nak mengundi ni..kite pelajar uni, buat cara bijak sikit..sokong pemimpin dengan ideologi yang logic dek akal..awak tu penyokong jer..pemimpin belum tentu kenal awak..buat lah bantahan sekuat mana pun, kalau dah tu jer cara nak teruskan sistem pendidikan kat Malaysia ni, PTPTN tu jalan jugak!

okey..sampai di sini saje..terimalah lagu ini :


Pulangkan...(SERAM)
(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar) 

(Ex-Student) 
Sedikit bunga yang menggoda 
Sekadar dipandang usah dibayar 
Kau pasti tak percaya 
Duitku bukan untukmu sayang 

(Pegawai PTPTN) 
Tiada kusangka kau sungguh kejam 
Kau peram hutang yang kau pinjam 
Namun takkan bahgia kehidupanmu 
Bila engkau berkonvo 
kau milikku 

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN) 

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student) 

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN) 
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student) 
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN) 
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student) 

(Pegawai PTPTN) 
Tiada kemaafan di sini 
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi 
Akan ku jejakimu kemana jua.. 
~credit~ 

Glitter text generator

23 April 2012

Untuk Doctor dan Juga Pemandu dan Penunggang dan pembonceng

alhamdulillah, dah masuk lebih kurang 2 bulan menjalani latihan dalam kamar..skarang ni bnyak buat litigation works and of course buat files accident yang sangat mengundah rase menyampah di hati..
kesian kan?

i'm not so sure about the medical report made by the doctor in charge..every case must have some problem..terutamanya, perbezaan antara report polis dan laporan perubatan mangsa..kebiasaannya, dalam laporan perubatan, some doctors are to specific and some doctors always reported some general injuries only..kadang-kadang saye tertnya-tanya, adakah doctor mempunyai hak untuk meringkaskan setiap laporan perubatan pesakitnya?

sebagai contoh, kdang2, di dalam repot polis, mangsa kemalangan melaporkan bahawa dia mengalami luka pada bahagian kaki, tangan, muka dan siku..selain itu, mengalami seliuh pada bahagian pergelangan kaki..namun, apabila membaca laporan perubatan yang disediakan, segala luka-luka itu tidak dilaporkan..mengapa?adakah itu hak seorang doktor untuk merepotkan kecederaan-kecederaan kecil atau adakah doctor malas?

bila segala repot mengenai injury itu tidak terkandung di dalam laporan perubatan, maka, insurance kemalangan tidak dapat dibuat dengan sebaiknya.. itu merugikan mangsa kemalangan..hak mereka hilang :(

oleh yang demikian, to doctors please report each injury suffered by ur patient. and to readers, make sure, if anda mengelami kecederaan semasa kemalangan, doctor yang merawat anda melaporkan segala kecederaan yang anda alami..rugi woo kalau x der dalam repot perubatan..:)

thats all..just sharing. tq :)
Glitter text generator

22 April 2012

HB Rendah :(

ade sesape yang tahu mcama mane nak tingkatkan paras hemoglobin sewaktu mengandung...i know that i need to eat more hati, bayam dan take enough supplement...tapi setakat ni mcam semua tu x jadi jer...

ade x sesape tahu ape-ape ubat yang mujarab untuk masalah ini..risaukan bayi dalam kandungan kerana jika hb rendah, bayi mungkin akan kekurangan oksigen dan meneyebabkan risiko untuk lahir x cukup bulan..

dear readers, if u know some method which is very useful let me know okey.. mengandung sulong adalah sangat mencabar..ilmu kurang..lets share something with me.. thanks a lot..

Untuk tatapan mata readers yang budiman :)


Glitter text generator

19 April 2012

Ku Sempurna Bagi mu, Tak kurang sesuatu


adik manis, masam, pahit..sape yang x pernah dengar lagu nie? mungkin akan jadi lagu paling glamour di majlis-majlis pernikahan atau pertunangan selepas ini...

oh, saye sukakan lagu ini..simple dan lelaki dalam video ni muke sangat innocent..ngap ngap..rase nak geget liayana jasmay tu..even x minat die, tapi suke plak dengar lagu die nyanyi..olololo..suwit jer...

okey..itu shja..selamat mendengar sape yang x penah dengar :)

Glitter text generator

17 April 2012

Make up dan Tudung

ye..memng aku x tahu makeup..tapi aku x kisah ....kawan aku make up jugak, pakai tudung elok jer pun...pastu x der la sampai muke tu dah jadi colouring book..sedang-sedang elok jer die mekap..dan aku x pun menolak keinginan perempuan yang suke makeup...

yang x best ni, beberapa hari ini, soal make up dan tudung dan mult yang meluahkan bahasa-bahasa agama..langsung x selari...oh geram..ckap aku kolot sebab x tahu make up..tak kisah sebab aku dah explain kan...

aku lagi kisah bile, ko makeup macam buku kaler-kaler pastu mulut dok komplen org tu orang ni pasal cara orang lain dress up dan sebagai nya..biarlah orang tu nak pakai x bergaya pun..ko sebuk ape hal..ko mengeji orang bercinta, mengeji org yang freehair...hampes ko kan...

huish..

p/s; sile terase




Glitter text generator

16 April 2012

Panggilan pendek

panggilan pendek atau lebih dikenali sebagai short call dikalangan lawyer adelah hak seorang pelatih di dalam kamar bagi mendapatkan limited right audience dimana, pelatih seperti saye bakal menempuh saat2 untuk menyebut kes bagi pihak firma guaman yang sedang diberi khidmat.

oh okey, pengenalan mengenai hal panggilan pendek amat membuatkan anda rakan pembaca konpius..oleh itu terus skip kepada sekeping gambar yang langsung x der motif mengapa di tepek dalam post kali ini..

untuk itu sekian terima kaseh.

ade nampak gaya lawyer ke tak?


Glitter text generator

15 April 2012

Gummy bear

any one who love to geget geget jeli kenyal?wooh, sedap nye kalau bleh dapat gummy bear time buat kerja kan..huhu.. this is a big gummy bear..sharing is caring..nak amik gegt sorang sikit :)


jemput-jemput rase gummy bear saye :)

Glitter text generator

09 April 2012

Alahai susah pulak

haish..geram pulak bile dah tersilap delet mane2, shopping pages kat facebook tu..skarang menggagau nak cari jubah kaftan yang murah dan cantik..aduhai...

ade sape2 boleh tulung suggest mane2 butik online yang menawarkan harga terendah dengan design yang sangat beautiful tak? please lah tulung kalau kalian tahu..

cara nye mudah ajer, just tinggal link shop blog or ape2 butik online yang menawarkan ape yang saye mahu..hikhikhik..saye cume nak jubah kaftan yang kale nyer lebih kurang mcam ni jer..






nak yang kaler2 macam ni jer..dulu mase x nak beli pernah terjumpe yang harga below RM 150..so, skang nak cari yang harga lebih kurang gitu jep..

okey..maceh kepada sesape yang nak tulong
Glitter text generator

08 April 2012

Token of Appreciation for preggy mommies :)

Fadhilat Wanita Mengandung


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

all the babies safe in mommies tummies..*hakhakhak..eja gitu ke?

p/s : re read September wedding :)
Glitter text generator

05 April 2012

Papa Kedana Sebab jadi pemurah?

sepanjang hidup, x pernah lagi dengar org jadi papakedana sebab terlalu pemurah..orang jatuh bankrupt sebab kebodahan itu perkara biase..bodoh dengan pemurah lain tau tak!

kadang-kadang risau pk bile, duit semakin hari semakin banyak..bagaimanakah sifat aku jika rezeki ku melimpah ruah nanti?sekarang ni time sasak boleh lah cakap, aku x kan kedekut, tapi esok-esok sape yang tahu..

"Ya Allah, kau bentuk kan lah hatiku seindah-seindahnya..jauhkan aku dari sifat riak, takbur dan bangga diri dengan kejayaan dan kesenangan aku"

Amin :0
Glitter text generator

03 April 2012

Bertuahnya Wanita itu :)

tinggal lebih kurang 140 hari lagi untuk bergelar seorang ibu..Ya Allah, takut itu tidak cume risau kalau-kalau tak mampu nak menjalankan amanah Allah yang satu ini..hanya doa menjadi peneman diri tatkala kerisauan melanda..bukan tidak bersedia, namun kerisauan akan diri untuk menjadi ibu pada usia muda sedangkan kawan2 lain sedang asyik berseronok selalu berlegar di ruang angkasa minda sempit ini..

ihsan anak pakcik/makcik google :)


Ya Allah, mudah-mudahan engkau sentiasa permudahkan setiap langkahku.. amin.. terdetik hati nak share this one dengan perempuan-perempuan lain..semoga, kita sentiasa kuat dan tabah dan sentiasa sedar betapa beruntungnya bergelar seorang isteri.. :) DIA YANG BERTUAH :)


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Glitter text generator

01 April 2012

baby girl?

Alhamdulillah..now dah nak masuk bulan kelima..kaki pun dah start rase lenguh2..wooh tidak..sangat kepenatan nanti..sudah lah aku ini pemalas yang amat malas, lagi lah bile badan penat, ape yang anda jangka kan dari seorang ibu mengandung yang sudah sedia ada pemalas?

smlam pg scan baby, doc ckap kemungkinan pompuan..70% pompuan..huhu..baby ismail iaitu  my youngest brother x der geng lah nak run amok sesame if kompem baby ai ni pompuan..tapi andai kate beliau yang berada dalam perot ini adalah lelaki, maka, mungkin akan tunggang terbalik lah rumah kampung itu..

doakan hanya yang terbaik, baby sihat, saye sihat dan senang deliver..insyaAllah..

my youngest brother..D.O. B ; 25-01-2012 :)

Glitter text generator