27 December 2013

Sambal Nasi Lemak (versi baby)

Untuk menjimatkan masa.

Bahan bahan.
1. Ikan selayang/sardin(bukan sardin dlm tin) - buang tulang tengah.asingkan.
2. Setengah biji tomato-hiris kecil/dadukan
3. Selabu kecil bawang besar
4. Dua ulas bawang putih-ditumbuk
5. Dua inci lada hidup-ditumbuk
6. Bilis yang telah di goreng -ganti garam
7. Secawan air
8. Minyak zaitun untuk menumis

Cara cara.
1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 sehingga naik bau, tambahkan setengah cawan air.
3. Masukkan tomato, biar sehingga mendidih.
4. Masukan potongan ikan
5. Masukkan bilis yang telah digoreng-tumbuk atau patah2 kan (kalau nak buh serbuk bilis pon boleh
7. Masukkan air setengah cawan lagi..biar sehingga ikan masak.
8. Siap.

Selamat mencuba :)

Pesanan: nasi lemak tu masak jangn letak garam la kalau nak bagi anak makan sekali..sesekali kurangkan garam bukankan sihat? Kahkahkah..okey..