السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ya Allah. Almost a month kot mama una tak update blog. Seriously ape benda jenama malas nak godek blog. Bila tak boleh published post, Mama Una langsung malas nak godek godek cari punca. Tapi hari ini dah jumpa. Yeaa. im back..
maka, untuk post permulaan, mama una share lah fod yang mama una masak today. Hari ini hectic sikit sebab mama una ambil tempahan Vietnam Roll. Alhamdulillah. Customer repeat order. Harga maybe orang cakap pricey. Tapi berbaloi dengan kuantiti dan kualiti my Vietnam Roll. RM 25 per set.
Ada 5 ketol. 15 ekor udang dan 5 crabsticks. Memang kenyng sangat sangat. Tengok ni.
Yang kedua, untuk lunch, Mama Una masak nasi ayam paling sedang di dunia. Taraa... nasi ayam campak campak. paling best sebab ade air fryer, mama una bahagia sangat. campak ayam dalam tu, mama una boelh berzumba. ting. Ayam siap untuk di kunyah.
Dan menu petang ni adalah kacang botak. Sedap sangat wei. First time mama una buat tau. Tak sengaja nak buat. Scroll FB jumpe resepi. terus try buat. Wallah. Crunchy sangat. Nah Resepi mama una bagi. Selamat mencuba tau :)
RESEPI KACANG BOTAK
200g kacang tanah di basuh dan dikeringkan. Mama una keringkan dalam airfryer suhu 180c 10 minit.
3 biji bawang putih tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk lada - nak pedas tambah
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam - mama una tak letak tadi. Sedap je.
1 sudu besar gula (gula perang pun sedap)
Gaul sebati.
Pastu masukkan 2 1/2 sudu besar gandum dan 1 sudu kecil tepung beras. Gaul sebati. Pastu baru masukkan kacang. Gaul sebati.
Goreng sambil kacau tau. Elak kacang melekat. Kacau kacau sampai perang. Api kecil sahaja.
Angkat dan sejukkan. Dah sejuk baru makan. Kalau makan mase panas, nanti ingat tak masak sebb dia tak crunchy. Dah sejuk dia crunchy dap angat 🤤🤤
No comments:
Post a Comment