27 August 2012

kelahiran yang di tunggu

mmm..still waiting my baby pop out...dah overdue 4 days.. and i'm keep praying that Allah will ease my path delivering my first child..

keep praying for me readers..sangAt2 memerlukan sokongan dan doa kalian..:) thanks in advance
Glitter text generator

16 August 2012

Anugerah dan Amanah

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang 10 hari menuju saat pelahiran bayi sulung saya.. excited, gembira, x sabar, takot semua bercampur. boleh dikatakan semua org yang jumpe saya akan wish, congrats untuk anugerah terbesar itu..

namun, dalam hati ini rase takot tu lagi menebal..kenape jarang sangat orang ingatkan tentang amanah mendidik anak kepada bakal ibubapa? dalam kegembiraan menerima anugerah itu, tanpa kita sedari terselit satu amanah yang lagi besar yang dititipkan oleh ALLAH kepada hambanya yang bergelar ibubapa. dalam kegembiraan menyambut zuriat, kite sebenarnya sedang diuji..

dalam kegembiraan itu juga, kita lupa dan kdang-kadang sengja melupakan akan amanah tu..amanah yang terpaksa kita pikul sehingga ke akhirat.. bukan saya tidak gembira akan anugerah itu, namun kerisauan dengan amanah yang telah dititipkan itu juga semakin menggunung. Amanah yang akan dipersoalkan di akhirat..

boleh atau tidak saya membawa amanah ALLAH yang satu ini? semasa kecil memng mudah mendidik anak itu, semua yang kite suap dia makan, kita marah, dia diam..tapi bila sahaja ilmu dunia masuk ke akal nya, keadaan pasti berubah.apa yang kita larang, mungkin dia memberontak, apa yang kita nasihat dia mungkin melawan..orang-orang yang sentiasa mengucapkan kata-kata tahniah sewaktu kelahiran anak itu dahulu juga sudah pandai membuat kritikan..ibu bapa juga mungkin disalahkan..sedangkan sewaktu sembilan bulan 10 hari mengandung, tiada pun ingatan terhadap amanah ALLAH di lafazkan :)

oleh itu, mohon jangan terlalu leka dengan anugerah yang ALLAH bg ni.. mungkin orang yang x dianugerahkan anak bersyukur sebb x payah galas amanah mendidik anak, tapi jangan lupa, amanah lain mungkin diganti dan ditnya di akhirat kelak..sekian.

doakan saya dan bayi ini selamat :)

Glitter text generator

15 August 2012

Paru Goreng Berlada

ntah kenapa, saya sangat suka akan masakan yang berlada ni..segala jenis sambal memng saye suke..now nak share cara masak sambal paru goreng, atau ade orang paggil paru goreng berlada..

bahan-bahan:
1. paru
2. asam jawa
3. gula
4. Garam secukup rasa
5. serbuk kunyit
6. minyak untuk menggoreng


BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :
1. cili kering
2. bawang merah/besar
3. bawang putih
4. belacan

cara-cara:
1. mula-mula nak kene rebus dulu paru tu sebab paru tu sifat nye lembek, susah sangat sangat nak hiris nipis-nipis. rebus sampai masak atau 3/4 masak kemudian, tos dan dihiris nipis-nipis.
2. gaulkan paru yang telah dihiris dengan serbuk kunyit dan garam halus tu. kemudian goreng sampai garing dan toskan.
3. tumis bahan-bahan yang dikisar sampai naik bau. 
4. masukkan paru yang telah siap digoreng tu dan gaul sampai sebati. biar selama 5-10 minit dan siap untuk dihidangkan.

maaf kualiti gambar rendah :)

Glitter text generator

Wordless Wednesday

Think to ponder :)


Glitter text generator

14 August 2012

Ikan Keli Bakar Simple

Dah nak habes puasa..saya pulak hnya baru hapdate satu resepi untuk dikongsi..adesh..okey, today nak share ikan bakar..ekeke..

resepi ni yang simple2 jer..resepi main campak-campak.

bahan-bahan:

1. ikan keli
2. cili boh
3. bawang besar (dikisar)
4. garam halus
5. serbuk bawang putih
6. serbuk kunyit
7. halia (ditumbuk lumat)
8. asam jawa

cara-cara:

1. cuci ikan keli dan basuh dengan air asam jawa untuk buang kan hanyir ikan..
2. kemudian, campurkan serbuk kunyit dan serbuk bawang putih dan sapu pada ikan..
3. campurkan cili boh, bawang besar yang dikisar, halia yang ditumbuk lumat dan garam..perap ikan keli dengan semua bahan tersebut dalm 1 jam.
4. susun atas pemanggang dan bakar. siap:)



selamat mencuba:)

Glitter text generator

13 August 2012

RM 300 u oll

maseh ingat postsaye yang teringin stroller yang harga nya bukan main "MURAH" lagi? memang dalam kepala ni nak stroller kaler merah sebb memng cintakan merah sedalm-dalamnya..namun, apa ada pada warna kalau harga memng menggila..

alhamdulillah, rezeki murah mungkin..saya di offer barang second hand..harga omak ai..murah wa cakap lu..errkk, maybe ade orang cakap, pe barang anak sulong beli barang second hand.. heloo, ai ni blanje ikot kemampuan, dah takat tu je kemampuan ai...

maka,dapatlah beli stroller berjenama quinny zapp dan car seat maxi cosy..actually penjual nijual untuk dapatkan dana anak yatim..see, dah terbuat amal kebajikansecara tak langsung..ekeeke..syukur sangat sebb Allah bg peluang buat amal jariah..

this rabu, all the below barang will become mine..


penjual x bukak habis stroller ni sebb die takot tak reti nak tutup..stroller come with user manual :)

dua-dua barang kat atasni, harga RM 300 jer okey..mahu nye x rase berbaloi..okey, future parents,sile berase jeles sekarang..hihi..xder lah..main-main jer..lets doa  byk2 biar rezeki kita nak sambut baby baru ni melimpah ruah dan sentiasa diberkati:)

Glitter text generator

12 August 2012

Mereka dah Bersalin

allhamdulillah..Dua puteri sudah pun keluar melihat dunia..Next turn is me..

sorang lahir pada 11Ramadhan dan sorang lagi lahir semlam..semuanya berjalan lancar..dup dap dup dap..
seorang baby berat 2.82kg dan seorang lagi 3.12kg..me?

11days to go..please baby, wait for ur daddy.. to readers, please doakan kelancaran dan keselamatan saya dan baby..much loves.. tq :)
Glitter text generator

09 August 2012

Sepuluh Hari Terakhir

alhamdulillah,sedar x sedar bulan Ramadhan dah menginjak ke malam-malam terakhir..bagi yang niat nak khatam Quran tu camne?ape progress?kayuh laju2 okey..

puasa tahun ni menguji betol..membawa zuriat yang bakal dilahirkan pada syawal nanti memberi seribu dugaan..Namun, alhamdulillah, setakt ni masih lagi berpuasa penuh walaupun jadual tido agak padat pada siang hari..tinggal soploh hari terakhir, harap2 semoga berjalan lancar...

mohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang menjenguk blog ini tapi tiada balasan kunjungan..bukan sombong, namun, aktiviti mengadap lappy perlu dikurangkan..

insyaAllah akan kembali berjalan di blog-blog semula nanti..doakan yang terbaik untuk saya dan baby..Dan saya mendoakan anda semua dapat mengisi 10 malam terkahir dengan ibadah wajib dan sunat :)


Glitter text generator