16 August 2012

Anugerah dan Amanah

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang 10 hari menuju saat pelahiran bayi sulung saya.. excited, gembira, x sabar, takot semua bercampur. boleh dikatakan semua org yang jumpe saya akan wish, congrats untuk anugerah terbesar itu..

namun, dalam hati ini rase takot tu lagi menebal..kenape jarang sangat orang ingatkan tentang amanah mendidik anak kepada bakal ibubapa? dalam kegembiraan menerima anugerah itu, tanpa kita sedari terselit satu amanah yang lagi besar yang dititipkan oleh ALLAH kepada hambanya yang bergelar ibubapa. dalam kegembiraan menyambut zuriat, kite sebenarnya sedang diuji..

dalam kegembiraan itu juga, kita lupa dan kdang-kadang sengja melupakan akan amanah tu..amanah yang terpaksa kita pikul sehingga ke akhirat.. bukan saya tidak gembira akan anugerah itu, namun kerisauan dengan amanah yang telah dititipkan itu juga semakin menggunung. Amanah yang akan dipersoalkan di akhirat..

boleh atau tidak saya membawa amanah ALLAH yang satu ini? semasa kecil memng mudah mendidik anak itu, semua yang kite suap dia makan, kita marah, dia diam..tapi bila sahaja ilmu dunia masuk ke akal nya, keadaan pasti berubah.apa yang kita larang, mungkin dia memberontak, apa yang kita nasihat dia mungkin melawan..orang-orang yang sentiasa mengucapkan kata-kata tahniah sewaktu kelahiran anak itu dahulu juga sudah pandai membuat kritikan..ibu bapa juga mungkin disalahkan..sedangkan sewaktu sembilan bulan 10 hari mengandung, tiada pun ingatan terhadap amanah ALLAH di lafazkan :)

oleh itu, mohon jangan terlalu leka dengan anugerah yang ALLAH bg ni.. mungkin orang yang x dianugerahkan anak bersyukur sebb x payah galas amanah mendidik anak, tapi jangan lupa, amanah lain mungkin diganti dan ditnya di akhirat kelak..sekian.

doakan saya dan bayi ini selamat :)

Glitter text generator

2 comments:

Anonymous said...

ni kire hadiah raye sekali la ni kan..
erm, jage baby keluarge baik2..
^^,

Mama Un-A-nas said...

@iMah

thanks