18 October 2018

RESEPI MAMA UNA : MEE GORENG PALING SEDAP

Haluuuuu. Ini mama una nak cerita, menu pertama mama una masak adalah mee goreng. Masa tu ada aktiviti kokurikulum. Pagi Sabtu Tak silap mama una zaman tu. Masa tu mama una darjah 5, 11 tahun. Kene masak ala ala sedang berkhemah. Guna kayu api tau. Maka mama una pergi sekolah bawak bahan nak masak mee goreng. Darjah 5 masak mee goreng!
Ni bukan gambar mee goreng yang mama una goreng masa umur 11 tahun tu. Jangan nak membongak sangat eh.haha
Hahaha. Mee goreng i sedap! Sampai cikgu pergi kedai ayah tanya apa resepi rahsia mama una letak dalam mee. Kenapa? Sebab dia nampak mama una tuang something daripada botol kecil. Padahal tu sebenarnya kicap je. Ayah buh dalam botol ubat masa tu. Hahaha. 
So hari ini mama una share resepi mee goreng paling sedap. Korang make sure ade semua bahan bahan ni tau. Make sure ada! Resepi ni tak sama mcam resepi mama una masak masa Darjah 5 tu.
Bahan-bahan:
Korang cari mee kuning ni tau. Biasa kalau kat KL ni, pasar tani selalu ada.
🍝 Mee Kuning sepaket
🍝 Isi ayam (Mama Una suka guna bahagian tulang tulang. Potong kecil kecil dan rebus dulu, jangan buang air rebusan ayam.)
🍝 Fishball
🍝 Garam
🍝 Sebiji telur
🍝 Bawang besar 1 labu (Jangan guna bawang holland)*
🍝 Bawang putih 4 ulas (diketuk dan cincang)*
🍝 Sayur pilihan (sawi, taugeh, tomato)
🍝 Sedikit gula melaka
🍝 Cili boh (mama una memg guna y diimport dari terengganu, jangan beli cili boh jenama merepek, nanti tak sedap.haha. blend cili kering sendiri okey.)*
🍝 Sos tomato, kicap pekat dan kicap manis
🍝 Minyak untuk menumis
Cara-cara :
👩🏻‍🍳 Tumis bahan bertanda sampai naik bau. Minyak jangan banyak sangat.
👩🏻‍🍳 Masukkan ayam yang direbus dan fish ball. Masukkan sos tomato, kicap pekat dan kicap cair. Gaul rata. 
👩🏻‍🍳 Masukkan air rebusan ayam tadi. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula melaka. Kemudian korang masukkan mee kuning. Basuh dulu mee tu sikit. 
👩🏻‍🍳 Pecahkan sebiji telur, gaul sikit dan masukkan sayur. Gaul sebati dan boleh tutup air. Jangan masak lama sangat lepas tu sebb mee kuning cepat kembang. Hidang!
Senang je kan? Kalau nak extra pedas korang tambah la cili padi dalam mee tu. Mama una biasa letak je. Pastu tabur bawang goreng! Perrghh! Sedap! Goreng keropok tau. 
Lepas makan minum green tea. Mee goreng ni kolestrol tinggi jugak! Lagi lagi kita goreng pastu bahan perasa semua  tu. Hihi. Jarang benda sedap ni healthy kan. 
Resepi ni biasa je. Tapi suami saya duk ulang sedap mee goreng saya berulang kali. So ini tanggungjawab saya kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat merasai keenakan mee goreng sebenar! Hahaha. 
Okey. Itu saja. Lepas makan jangan lupa ambil omega guard tau! Omega guard bagus untuk kawal kolestrol korang! Beli dengan mama una tau 😉

No comments: