17 October 2018

ANAS YANG BERANI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah. Hari ini mama una ada masa sikit nak share pasal Ular dan Anas. Hahaha. Anas tu yang youngest son. eh eh. Anak aku memang dua je pun. Sorang laki, sorang pompuan. Ini cerita pasal Anas ni ha. Mulut dia tak bercakap lagi walaupun dah umur 2 tahun lebih. Tapi he is response well. suruh la dia buat apa pun, he knows how to do it.
Masalahnya mulut dia tak keluarkan suara. hahaha. Itu sahaja.Ok, berbalik kepada cerita pada hari ahad baru ni, kami join Karnival Kokurikulum kat sebuah sekolah area rumah ni. Canggih gila hoooii. Masa zaman mama una sekolah dulu, tak ada benda macam ni. Lagilah aku ni sekolah kampung sahaja. berangan lah nak aktiviti canggih kan. Hari sukan yang ade booth A&W tu pun dah rasa cukup wow sangat dah.
So kami pergi la karnival tu. Banyak gila kedai jual jual. Ada makanan, ada mainan dan ada macam macam aktiviti. Paling teruja Anas tengok ular. Siap gosok gosok lagi tau. Didi & Friends pun ada, tapi dia tak layan sangat. Tengok ular, dia jadi over excited. Mama ingat dia takut. padahal idok! korang tengok la gambar gambar dia ni. Berani sungguh. Ayah pun excited skali. hahaha
AWAS!!!
-JANGAN PAKSA ANAK BERMAIN DENGAN ULAR-
Ular sememangnya di ketahui sebagai reptilia berbisa yang boleh membunuh. Adalah suatu respon yang normal untuk mana mana individu, sama ada kanak kanak mahupun dewasa untuk berasa takut dengan ular. Rasa takut kepada ular di kenali sebagai Ophidiophobia dan 1 per 3 manusia akan mengalami perasaan ini.

Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
Posttraumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka.
Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut.

Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami, serta pengalaman yang menakutkan seperti ancaman ular.
So, please jangan pasa anak main dengan ular tau. Kalau dia berani macam Anas tak apa. kalau dia tak nak jangan lah paksa. Sian.hihi.

Okey, nanti mama Una share lagi ya kisah kisah keluarga kecil kami. Thanks for reading. 

No comments: