20 October 2018

KAWAN YANG BAIK JUGA REZEKI

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sabtu yang indah. Pagi ni rasa nak menulis. Semalam mama una ziarah rumah kawan. Besar rumah nya. Mewah hidupnya. Tapi dia seorang yang merendah diri. Sudi berkawan dengan mama una yang tak ada apa apa ni.
Rumah dia baru siap. Gah sangat. Semua facilities lengkap. Swimming pool, playground, tempat barbecue, dewan seuam complete.Tenang sejak kaki melangkah masuk. Rumah impian setiap orang jika berduit. Mama Una ni duit tak ada, tapi kawan ada. And Mama Una sangat menghargai orang yang sudi berkawan dengan kita. Kenapa? Kerana kawan yang baik juga rezeki.
Thanks Kak Cip sudi kawan dengan saya
Korang tahu, payah untuk jumpa kawan yang baik. Orang biasa nak berkawan yang sekufu. Yang boleh hang out di tempat yang poketnya sama tebal. Yang boleh dibawa berseronok di tempat yang sama classnya. Maka, jika kita ada kawan yang sanggup turun class untuk berkawan dengan kita, hargailah.
Tumpang swimming pool. hahaha. Umah kita bilik air kecik
Kawan mama una ni pun buat bisnes Shaklee. Tak pernah kenal dia sehingga mama una pun join bisnes ini. Rezeki dah sangat murah. Daripada rumah kecil dia mampu upgrade ke rumah yang berganda besarnya. Fokus terhadap bisnes Shaklee membawa tuah yang sangat besar dalam kehidupan dia. Kagum sangat. Mama Una pun doa yang sama.
Semalam berborak, kawan mama una cakap “hidup ini tak logik. Kita selalu fikir mustahil. Tapi tahu tak, tiada yang mustahil di sisi Allah”. Kalau Allah nak bagi, Allah bagi je. Benda yang kita tak jangka pun. Betul tak? Jangan terus mengeluh. Kerja kita sebagai hamba untuk terus berusaha, mohon rahmat dan kasih sayang Allah. 
Macam Mama Una, kalau nak cakap bab harta tu memg tak banyak pun. Tetapi, ketahuilah mama una ada kawan yang baik baik. Yang boleh membantu, yang boleh menangis bersama. Ini semua rezeki kan! Hahaha. Kawan yang menyakitkan hati juga ada. Kita anggap itu juga rezeki. Allah bagi dalam bentuk dugaan. Diganti dengan pahala. Alhamdulillah. So, korang jangan lupa untuk bersyukur. Dapat kawan yang prihatin, kawan yang bertimbang rasa kawan yang sensetif terhadap keadaan kita, bersyukurlah. InsyaAllah, nanti menyusul rezeki lain. 
Best nya buat bisnes Shaklee ni sebab mama una jumpa orang yang baik baik. Yang sama sama nak tengok kita berjaya. Alhamdulillah. Kalau korang nak join mama una jom la. Selain buat bisnes kita boleh rapatkan ukhwah! 
Just contact mama una tau.
http://jointeammamauna.wasap.my/

No comments: