19 July 2017

RESEPI MAMA UNA : KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Assalamualaikum.
Hari ini mama una share pulak resepi ketupat sotong. Pernah makan tak? Ini versi terengganu.
Mama una buat 4 ekor sahaja. So resepi pun untuk 4 ekor lah.
Bahan bahan macam kat bawah ni.
1. Sotong
2. Bawang merah di mayang 
3. Halba 1/2 sudu kecil
4. Halia
5. 2 cawan Air
6. 1/2 kotak santan + 1/2 cawan air
7. Gula
8. Garam
9. Beras pulut direndam
10. lidi
Cara-cara:
1. Rendam dan toskan beras pulut.
2. Masukkan beras pulut kedalam sotong sebanyak 3/4 bdan sotong dan tutup kemas dengan pencungkil gigi. JANGAN PENUHKAN. nanti pulut mengembang terlebih.
3. Susun sotong yang telah di isi pulut di dalam periuk. Dan masukkan 2 cawan air bersama bahan hirisan dan halba.
4. Masak selama 15 minit.
5. Bila sotong nampak kembung, masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau dengan api perlahan selama lebih kurang 10 min. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

Yeaaa. Boleh makan. Bagus tau untuk ibu menyusu. Sebab dia ada halba. Boleh jadi milk booster ni. Mesti meriah susu. Kalau ibu tengah cari milk booster tapi tak boleh telan halba, boleh cuba supplement from shaklee.
Then kalau ada masalah penyusuan boleh wassap mama una. I am certified breastfeeding peer counselor.
Do contact me tau 🤗
Mama Una

No comments: