30 July 2017

TIPS BAGAIMANA ORANG JEPUN AJAR ANAK MAKAN SAYUR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua. 

Sihat ke? Bimbang tak bila anak makan tak menentu? Sayur tak makan, buah tak makan. Nak makan double decker je. Twisties, chocolate. Haish.

Macam mana nak ajar anak makan sayur? 

Susah tak?

Selalu orang tanya una makan sayur tak? She eats vege well. Tak tau la kot depan mama je. Tapi dia memang makan vege.

So, mama una ade baca tips macam mana orang jepun ajar anak makan sayur. Mama una simplify kan untuk korang.

Macam mana orang Jepun ajar anak makan sayur? Ikuti tips ini.




Info : kadar obesiti di jepun adalah 3% berbanding dengan Malaysia 27% 😉

Terukkan. Orang Malaysia suka sangat makan merepek. Hihi. Mama una pun.




Yang pertama. Elakkan untuk membeli makanan yang telah disediakan dipasaran. 

Walaupun kadangkala produk-produk yang dijual ini dilabel sebagai 'sihat, berkhasiat' namun ia masih merupakan makanan yang diproses dan mengandungi bahan pengawet untuk memanjangkan hayat simpanan. Jika kita masak sendiri di rumah, dah tentu tak ada bahan pengawet atau perasa tiruan. Kita juga dapat menjimatkan duit!

Ibu-ibu di Jepun sering memasak "okayu" atau bubur nasi yang dimasak dengan pelbagai sayuran seperti "endo mame" (kacang pea merah) dan juga ikan salmon.



Yang kedua. Mula awal bukan bermaksud mula beri makan sebelum waktu yang disarankan makan iaitu 6 bulan, tetapi mula memperkenalkan makanan sihat kepada bayi apabila bayi sedia menerima makanan pepejal.

Bayi akan mula 'memilih' keutamaan makanan kegemaran sebaik sahaja mereka mula makan makanan pejal. Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan mereka tidak diberikan makanan junk atau makanan segera.

Pada usia 3 tahun pula, deria rasa dan tabiat pemakanan anak-anak sudah terpahat kekal dalam minda mereka. Jadi, pastikan kita sentiasa memberikan makanan yang seimbang dan bernutrisi tinggi sepanjang 3 tahun pertama ini.



Yang ketiga. Beri bayi makanan baru secara berperingkat. Elakkan daripada memperkenalkan terlalu banyak jenis makanan pada satu-satu masa. Cuba hanya satu jenis makanan bagi setiap minggu.

Menurut pakar pemakanan, ibu bapa perlu bersabar dan konsisten dengan cara ini kerana ia mengambil sekitar 15-20 kali sebelum anak betul-betul menerima perisa baru.



Seterusnya, kepelbagaian menu. Orang Jepun tidak mementingkan portion hidangan, sebaliknya mereka lebih suka dengan variasi. Walaupun mereka menghidangkan berbelas-belas jenis menu di atas meja, namun semua hidangan diisi ke dalam mangkuk-mangkuk yang kecil dan comel-comel sahaja.

Kita boleh buat yang sama, pelbagaikan menu anak. Ada buah, sayur dan protein yang berwarna warni dan pelbagai rasa.

Orang Jepun juga mengajar anak mereka untuk makan setiap jenis hidangan ini dan makan sehingga selesai.



Yang kelima. Cantik. Kanak kanak sangat cerewet apabila mereka diperkenalkan dengan makanan baru. 

Ibu-ibu di Jepun menghidangkan makanan dengan membuat bento secara berseni untuk menarik minat anak.

Mereka akan membekalkan anak dengan kotak bento setiap hari dari awal persekolahan sehingglah anak masuk ke kolej.



"Haji-no-bunka", atau budaya aib di Jepun adalah satu budaya di mana orang Jepun sering rasa malu dan aib dengan persekitaran. Orang Jepun sentiasa menjaga reputasi untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.

Pembentukan karakter dengan rasa malu dan aib ini juga adalah salah satu bentuk hukuman disiplin di Jepun. Disebabkan itu, tiada anak-anak Jepun yang memilih-milih makanan atau membuat perangai di meja makan.

Kita boleh mengajar anak bahawa makanan adalah salah satu rezeki dan tidak boleh dibazirkan. Mereka patut berasa malu sekiranya tidak menghabiskan makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Tapi budaya jepun dan budaya kita di Malaysia banyak berbeza.

Jika ibu masih bimbang anak tak makan sayur, mama una suggest Vitalea for Children. Multivitamin terbaik untuk anak anak daripada Shaklee.



Tablet mudah untuk dikunyah oleh anak anak.

Nak tahu lagi?

Antara 8 kebaikan vitalea for children 
  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  2. Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  3. Memberi 100% nilai harian vitamin C
  4. Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
  6. Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  7. Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  8. Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Testimoni kanak kanak yang makan vitalea.



So, jika ibu masih bimbang kerana anak tak makan sayur, kurang selera makan, boleh dapatkan vitalea for children daripada mama una.

Hubungi mama una 0193342290 untuk dapatkan vitalea for children hari ini.

 

No comments: