07 July 2015

ROBOCAR POLI

Assalamualaikum.

Taraaaa. Akhirnya ayah una iaitu suami awesome saya berjaya membeli satu set mainan robocar poli. Hahaha. Setelah berbulan survey, maka rezeki una di bulan Romadhon yang barokah ini, dapatlah beliau satu set mainan baru. Joget joget lah budak itu. Haha...



Lihatlah wajah kesayangan mama dengan muka penuh kepuasan. Hahaha. Sabar itu manis kan sayang? 😁😁

Harga satu set ni RM 58 je. Termasuk postage tau tak. Memng berbaloi la bagi saya sbb biase survey harga mesti tak kurang daripada RM 65 dan tak masuk postage. Kihkihkih. Penjimatan yang sangat membanggakan. 

So, robocar ni ade 4 character berlainan, amber, roy, helly dan poli. Semua cute je dan boleh transform to robot! Konon sangat canggih la kan. 


Una paling suka dengan helly sebab dia boleh pusing-pusing kipas helly tu dengan tangan je. Hahaha. Una ni memng golongan mudah terhibur dengan benda-benda bersaiz kecil. Hihi. 

Beli kat mana? Saya beli di Facebook. Nama orang tu Nur Maya. Experience membeli/berurus niaga dengan dia amat simple skali. Senang dan menyenangkan. Cepat respon. So, sesape nak beli boleh la search Facebook Nur Maya. 


Okey, selamat membeli robocar poli untuk anak ya. 

"Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah  adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi  selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda ." -quote

Gembirakanlah anak-anakmu :)

Love, 
Mama Una


No comments: