27 August 2013

RESEPI MAMA UNA : PUDING MARBLE DURIAN

Berkoyan mak mertua bawak durian dari kampung..mulut aku dan suami baru dua..atas dasr tuntutan kerja dan sara diri yng sangat ketat, maka x sempat nak habiskan durian berkoyan..hahaha
Maka, atas inisiatif isteri mitali rapia, aku buat lah puding durian..rasenya agak sedap..bau durian agak kuat..resepi aku reka..hahaha..part resepi reka reka aku memng terrable!?
Ok..bahan bahan.
1. 200g agar agar
2. Satu tin susu cair
3. 6 sudu gula
4. 3 sudu susu pekat manis
5. 5 tin air (sukat pakai tin susu)
6. 7 ulas durian
7. Pewarna hijau dan merah
Cara cara.
1. Kisar isi durian bersama 1 tin susu cair. Ketepikan
2. Masak agar dengan air sehingga betul2 agar hancur.
3. Masukkan susu pekat dan gula apabila agar2 betol2 hancur..
4. Apabila agar agar mula mendidih, masukkan isi durian yang dikisar tadi.
5. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai..
6. Boleh telakkan isi durian tanpa biji dan tidak di kisar jika mahu asa durian lebih.
7. Titikkan pewarna, dan lorekkan..
8. Masukkan kedalam peti ais dan tunggu sehingga sejuk..sedia utk dipotong.
Selamat mencuba..x sedap aku x tau..hahaha

No comments: