21 March 2020

RESEPI COOKIES SEDAP DAN RANGUP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai semua. Hari ni mama una nak sharelah resepi cookies sedap yang mama una buat hari tu. Actually resepi tu from google saja. Tapi masa mama una buat tu, i derhaka so much to that resepi. Tapi Alhamdulillah. Still sedap, rangup dan tak manis rasa cookies tu. Macam puas hati lah. Maka, di hari ini, kita taip lah resepi kat sini supaya kita tak lupa. Kan dah selalu cakap mama una buat kuih, biskut or apa saja jenis tak tulis resepi. 4 kali buat 4 kali resepi berbeza. Kecuali Carrot Cake. Itu kejayaan paling besar sebab adjust resepi sendiri dan sedap plak tu. Haha.
Resepi Cookies Sedap 
Bahan A
1. Buttercup 250g
2. 1 cawan gula perang atau gula castor
3. 1 sudu kecil flavour butter
4. 1 biji telur

Bahan B
1. 2 cawan setengah tepung gandum
2. 1/2 cawan tepung jagung (mama una letak 3 sudu besar je hari tu sebab tak cukup tepung jagung.haha)
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 sudu serbuk koko (option, kalau nak buat coklat cookies)
6. 6 sudu minyak jagung (kurangkan kalau awak kurangkan tepung jagung)

Bahan C
1. 1 cawan chocolate Chips pilihan (dark choc sedap)
2. 1 cawan kacang pilihan (almond sticks, walnut, almond nibs)

Cara-Cara
Semua bahan A tu di gaul rata menggunakan senduk saja. tak payah nak mixing guna mixer bagai. Cukup awak godek godek dengan senduk dalam mangkuk besar. Bagi sebati segalanya. Dah sebati tu kan, masukkan bahan B yang telah di ayak. Kecuali minyak jagung tu lah. Tak ada orang ayak minyak jagung dik ooii. Pastu gaul sebati. lepas dah sebati tu baru masukkan minyak jagung. Then gaul lagi baru masukkan Bahan C. Dah gaul sebati masukkan dalam peti ais sekurangnya 1 jam.
Then, boleh sudukan. Jangan besar besar tau. Tengok gambar yang mama una tunjuk ni. Saiz kecik je. Sebab bila bakar nanti dia akan mengembang. So guna sudu kecil sahaja. Mama una bentukkan mcam scoop aiskrim tu. Guna dua sudu. Pastu boleh lah bakar dengan suhu 160-170 selama 20-25 minit ikut oven masing masing. Tambahan : 1 adunan ni dapat banyak jugak tau. So, mama una bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian lagi mama una masukkan 1 sudu serbuk koko. dapatlah perisa coklat pekat. hihi.
Taraaa.... Selamat mencuba.

No comments: