السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni mama una nak share resepi untuk sejukkan tekak pulak. Siapa yang duk sebar makan aiskrim boleh kene covid19 tu jangan duk cuba nak try lah no. Hang percaya sorang sorang sudah. Tak payah sebar dakyah merepek. Minum air panas sebab nak bunuh virus covid kat leher. Awat hang tak berendam teruih dalam kawah air mendidih. Kasi bersih semua. Hahaha. Membebel pulak. Meh sini kita buat eskrem mahal dengan gaya musim covid.
Mama Una guna bahan yang ada dalam peti sahaja. Bahan Bahan ini guna sebab nak dapat tekstur smooth mcam Aiskrim magnum tu. Dok campur air. Kalau buh air nanti dia keras. Tak sedap. So jangan tanya "boleh ke nak ganti whipping cream dengan air biase atau buh dengan susu cair atau duble susu full cream?" Boleh! Tapi teksture dia tak akan sama.
Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Bahan Bahan
3/4 cawan non dairy whipping cream (mama una guna jenama value)
1 cawan susu full cream
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Beryls Dark Compound coins
Plastik Aiskrim Malaysia 10 pcs
Cara Cara
Mula mula putarkan whipping cream sehingga kental. Kalau kental tu maknanya hangpa telingkupkan magkuk tu dia tak jatuh. Paham? dah kental masukkan susu full cream dan susu pekat tu. Kacau rata. Masukkan esen vanila pula. Kacau bagi tak ada susu berketul. Biar sebati semua tau. Yang paling penting bancuhan jangan duk cair sangat. Dia pekat macam sos thai gitu. Ringan. Tak cair dan tak pekat macam sos cili. Maknanya bila tuang dalam corong aiskrim dia boleh lalu. Paham ke? Dah puas hati dengan teksture tu, ketepi kan.
Kemudian ambil plastik aisrim, bubuh 8 keping chocolate coins tu. Dah bubuh, letak dalam air panas. biar dia cair. Rujuk gambar tu. Dah cair tu baringkan atas tisu dan buat macam dalam gambar. biar coklat tu rata kat plastik tu. Ikut la hang nak buat panjang mana aiskrim tu. Tapi kalau 8 coins, sedang elok panjang mama una tunjuk dalam gambar tu.
Suka sangat dapat bubuh choc coins dalam plastik aiskrim. |
Okey? selamat mencuba semua.
Panjang lagi cuti covid ni, mama una dah mati kutu nak buat aktiviti ape lagi dengan anak anak ohoooii.. Bantuin mama una mencari idea okey.
Stay Healthy, Fight Covid
No comments:
Post a Comment