20 March 2020

DAY 3 : COOKIES PALING SEDAP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai korang. Apa khabar hari ini? Mama Una doakan semua dalam keadaan sihat. Sentiasa jaga diri. Mandi, basuh tangan, baju basuh bersih-bersih tau. Sanitizer jangan lupa. Solat jangan tinggal. Hari ni dengar kata peratusan yang dengar arahan kawalan pergerakan dah meningkat. Alhamdulillah. Jom la kita bekerjasama jadi rakyat yang cerdik bijak pandai. Tahan lah diri daripada nak keluar. 14 hari je. Kalau degil jugak, keluar jalan jalan, kene cvid, masuk kubur sorang sorang tak keluar dah lepas tu tau. Serammmmm.
Hari ketiga kita dikuarantin dalam rumah. Masa ini lah kita boleh bina balik bonding dengan family kan. Buat pelbagai aktiviti sama sama. Dengar luahan yang dah lama terpendam. haha. Jangan hari hari gaduh pulak. 
So hari ni mama una buat cookies. Chocolate and vanilla cookies. nampak sedap ke tak? Boleh la buat kunyah kunyah sepanjang musim berkurung ni kan. Korang buat apa?Buat cookies ni paling senang bagi i. Sebab tak payah keluarkan mixer bagai. Guna senduk dan bowl saja untuk kacau kacau. Tak adelah banyak benda nak kene basuh. hihi. Ya, i oll pemalaih nak mampus. 
Resepi? hahaha. Bercakap pasal resepi ni, mama una rase susah nak share resepi kali ini sebab buat main bantai tak ikut sukatan dan tak ikut resepi. Kat rumah tak ada brown sugar. Mama Una bantai guna castor sugar. tambah itu, kurangkan ini, at the end ade benda yang i lupa i letak how much. berapa gram, berapa cawan. Kahkahkah.
Ada ke geng yang jenis memasah tak sukat macam mama una? Yang i ingat, i letak buttercup 250g. Sebuku tu. Hahaha. Itu saja. Tapi macam biasa, bila share kat story whatsapp, share kat Fb, mesti ada yang tanya, tak jual ke? Eh korang nak beli ke kalau i jual? Mahal tau. sebab i jual dengan harga yang sangat mahal. Sebab i guna bahan bahan pun bukan yang biase biase. Butter Cup tu tak murah walaupun dia bukan pure butter. Choco chips tu bukan yang mur mur. Maka, jangan lah beli dengan i. Sedap tu mungkin benar, Tapi harga tu tak murah sangat. Korang kan suka menda murah. Kan Kan Kan.
Okey la, malam ni nak tambah ilmu sikit lagi. Tentang Covid 19 ni lah. I kan jual supplement. 
"Doktor cakap virus tak kan berdaya sekiranya seseorang individu itu mempunyai imuniti badan yang tinggi"
I nak kene ajak lebih ramai orang untuk sedar bahawa pentingnya untuk memastikan badan sentiasa sihat, imuniti baik, tak mudah jatuh sakit. Paling malas pun telan lah vitamin C setiap hari. hihi. Jom la layan video bagaimana hospital merawat pesakit covid19 dengan vitamin C.
Be healthy, Fight Covid

No comments: