19 March 2020

DAY 2 : KAMI MAMPU LALUINYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah. Now masa mama una menaip ni, dah jam 9.20 malam. Kita kira urusan dapur dah tamat untuk hari ini. Masa untuk tengok perkembangan kisah Covid19. Apa status kes hari ini. Jumlah terkini 900 case dan daripada jumlah itu, tak sampai 10% pun yang sembuh. 
Sedih kan. Allah uji kita sampai tahap macam ni. Tapi kita sedar ke tak? Masih sibuk dengan dunia. Zikir masih tak diamalkan, solat masih dihujung waktu. Kita lah tu. Tapi takut dengan Covid yang Allah hantar ni. Kecil saiznya tapi berkuasa memporak perandakan dunia.
So, hari ini kami mulakan pagi dengan solat subuh. Lepas tu mama una terus masuk dapur. Sediakan menu untuk hari ini. Today i try untuk masak big meal start dr pagi. So lunch tak payah masak. Dinner biasa tak makan sangat. Lagi lagi tengah diet. hahaha.
So, this is our breakfast lunch cum dinner. Ayam golek dalam oven. First time buat. tak paham sangat function oven tu untuk golek ayam. So just try je lah. hahaha. Seksi pulak ayam tu. Ayam ni pair dengan sup potato carrot untuk anak anak. Sup kosong je. Pastu Brocoli masak sos tiram dan air lada untuk cicah ayam tu. Mama Una banyakkan salad untuk make sure tak over eat. kata nak kurus. Hahaha.
Petang pulak buat Carrot cake. Nanti la mama una update resepi kat sini. I rase nak share reseipi untuk hidangan mini lah. Sebab banyak resepi oarang bagi dalam hidangan besar kan. Kalau family kita kecik buat banyak banyak siapa plak nak makan. So today mama una dah share 1 resepi. Carrot cake mini. hahaha.

Enough for today. Jangan lah lupa untuk jaga kesihatan. Make sure badan sihat. Makan vitamin yang boleh boost up immune system kita. Kita tak tahu siapa yang bawak virus tu. Dia mungkin tak menunjukkan simptom kerana dia mempunyi antibody yang kuat. Tapi jika kita mempunyai antibodi yang lemah, mungkin kita menjadi statistic seterusnya untu wabak Covid19 ini. Nauzubillahi Minzalik.

Take care semua. Be Healthy, Fight Covid

No comments: