السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Korang dah beli barang ke tu? Dah penuh ke segala rak di stor rumah? Peti ais dah penuh? haha. Korang ni memang kan. Yang buat panik buy korang, yang balik kampung pun korang. Amenda lah. Tak habis habis duk keluar masuk rumah. Macam banyak sangat benda nak dibeli setiap hari kan. Apa kata plan well. Keluar 2-3 hari sekali sudah lah. Tak ada urgent apa apa tak payah keluar. Takat halia tak ada, tak payah lah masak lauk yang kene bubuh halia. Serai tak ada, tak payah sibuh nak masak ayam masak bali. Paham?
Ketua Keluarga merangkap pengasuh yang menawarkan servis RIBA ANAK SAHAJA |
Kelakar plak baca status pakcik ni kat FB. Tapi nasib baik suami i oll dah di ajar sejak hari pertama menyambut tangan kadi. Suami ni, jangan duk kita manjakan sangat. Nanti tak guna. Ajar mereka tentang serai, lengkuas, daun limau purut, limau kasturi, buah pelaga, sengkuang, petola, peria. Jangan la duk angkuh sangat cakap kita boleh jaga laki kita sepowernya tanpa laki kita perlu turun ke dapur. Dah masuk Restricted Movement ni kan dah menyusahkan. Laki tak kenal apa satu. Suruh pergi beli barang pelbagai, list panjang, dia konpius last last bawak balik sardin je. Hahaha.Pastu pulun lah makan sardin tu. Cukup 14 hari jadi kucing parsi gebu gebu sebab makan makanan ikan dalam tin. HAHAHA.
Hari ni mama una dah buat list untuk husband beli barang esok. Tak panjang sangat dan tak perlu too precise untuk menyatakan berapa kuantiti bagi setiap bahan yang dinyatakan. Well trained. hahaha. Sebelum dia pergi esok kita remind skali lagi. The dos and the donts. Macam mana nak ambil barang tu dalam kuantiti tepat. Yang ni memang kene ajar dan tunjuk. Sebab tu penting untuk heret suami pergi pasar sama sama. Tunjuk kat dia hw much itu ini yang perlu dibeli untuk saiz keluarga sendiri. Bukan susah sangat nak paham. Family yang dia kendalikan 1 saja. Melainkan di ade 2-3. Itu konpius lah sikit kan. Hahaha.
Another tips, my husband guna masa awal awal dulu, beli barang like lengkuas, halia kunyit tu dengan soalan. Senang "kak, halia kat mana?". Buat buat tanya lokasi halia konon kau tak tahu. Padahal tak kenal. Hahaha. Kalau ada 2 sebelah sebalh, nak tanya lagi malu, beli dua dua. hahaha. Biasanya lengkuas pair sekali dengan halia. Bini tak suruh beli pun beli. Kahkahkah. Thats all kot pasal urusan pembelian panik kat pasar.
Lepas balik pasar, musim covid ni masuk rumah lagi panik. Make sure anak anak tak sambut kepulangan ayanya. Ayah sampai terus masuk bilik air. Barang dibeli tinggal saja tepi dinding. Bersihkan diri, tukar baju, mandi bersabun bagai. Baju masuk mesin terus. Basuh kasi cuci matikan segala virus tu. Dengan detol or dengan Basic H. Mama Una suka Basic H Shaklee. Jimat sangat dan sangat sangat bersih. Yang penting organik.
InsyaAllah. Kita cuba yang terbaik. Kita ikhtiar yang terbaik supaya kita dapat yang baik baik kan. Jangan panik wahai suami suami. This is the time u nak belajar something new. The Market Challenge! Groceries Challeng! hahaha. Isteri pun jangan lah marah kalau laki tersilap beli barang. Maafkan mereka.kahkahkah. Kalau boleh la ;p
Stay healthy, Fight Covid
No comments:
Post a Comment