27 March 2020

DAY 10 : REZEKI KITA SEMUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah dengar perutusan PM tadi? Senyum? Ke ada yang meroyan sebab Makcik Kiah dapat banyak tapi kau dapat sikit? Alhamdulillah. Dalam keadaan begini, Allah masih ilhamkan PM untuk sama sama memikirkan kebajikan rakyat. Negara mana lagi yang memberi sebegini kepada rakyatnya? Rakyat yang sangat sangat degil untuk memberi kerjasama. Rakyat yang tak patuh. Rakyat yang suka komplen itu ini tanpa menyumbang kepada negara. 
Hari ini, berita yang tak disangka. Kita dapat. Kita senyum. Akhirnya kerana Wabak ini, M40 pun mendapat bantuan. Yang biasanya dikatakan golongan yang tertindas. Golongan yang sentiasa dilupakan dalam bajet bajet kerajaan. Namun kerana Covid ini, M40 juga menerima bantuan. Alhamdulillah. Rezeki di tangan Allah. Manusia yang menjadi asbab dan penghubung untuk menghulurkan untuk menjadi pengantaraan rezeki. Syukur.
Hari ke 10 dah rasa sungguh tepu. Tepu sehingga nak masak pun rasa tak ada mood. Hahaha. Tapi Hari ini, kerana Vitamin C Shaklee dah masuk pasaran Malaysia dalam musim wabak ni, sales team mama una meningkat sebanyak RM 4000 dalam masa setengah jam. Alhamdulillah. Berebut rebut orang order vitamin C. Syukur sangat sebab dapat bantu ramai yang nak sihat. Ramai yang beli untuk parents sebenarnya. Angkara Covid, cuti sekolah pun tak dapat balik kampng. Tak dapat buat rutin biasa untuk melawat bertanya khabar mak ayah kat kampung. Tapi Alhamdulillah. Anak bertuah ini tak lupakan mak ayah. Contact mama una untuk belikan supplment terus hantar ke rumah mak ayah di kampung. 
Mama Una pun terkejut. Tetiba ramai sungguh yang pm nak beli vitamin C. Masalah dia stock sangat sangat limited wei. Mama Una terpaksa bukak laptop untuk lg in website shaklee. Nak buat nline kat HP macam biasa tak leh. Web hang. Dalam Masa setengah jam beribu ribu botol vitamin C Shaklee terjual. Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.Mama Una pun x de lah bosan sangat. Rasa lah ada cabaran hari ini kan. Hahaha. Cabaran rebut stock vitamin C untuk customer. Why kene rebut? Sebab untuk pastikan semua rakyat Malaysia dapat vitamin C dan nak elak rang beli vitamin C dan buat stock banyak banyak, Shaklee buat limited purchased for each Shaklee Distributor. So mencabar gila. Hahaha. Rasa berguna hidup hari ini.
So, itulah cerita hingga petang ini. Pastu mama una dah blank tak tahu nak masak ape untuk malam ni. Anak anak nak roti telur saja. So kita buat roti telur je lah. 8 hari RMO hari tu mama una baru hilang 700g. sikit sungguh. Aim nak 55kg ni. Wish me luck ya. Nak order supplement roger lah mama una.
Stay heathy, Fight Covid

No comments: