19 March 2020

Day 1 : MUSIM CUTI SEKOLAH PALING UNIK DI ABAD 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah. Day 1 school holiday survive dengan jayanya. Tak ada yang menguji sangat memandangkan mama memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi melalui fasa ini. Hahaha.
As we all know, tahun ini kita tak putus putus di uji. Macam macam ujian kan. Sajat lah, pasal cium adik ipar lah, tentang faraid lah.Bertubi tubi silibus pelajaran hidup tahun 2020. Allah nak kita belajar tentang agama. Tapi kita macam biasa. Angkuh kan. Lupa dunia ini hanya sementara cuma.
Nah. Berbalik kepada cuti sekolah. Dapat cuti dapat skali Perintah Kawalan Pergerakan. Hadiah untuk mereka dan kita yang sentiasa lupa. Kalau belum berubah lagi tak tahu lah macam mana kan. So sepanjang cuti 14 hari ini, mama kene kreatif untuk memastikan anak anak tenaang dan mama gembira.
LAPAR TAK IKUT JADUAL!!
bila berlaku lapar tak ikut jadual, jadual harian mama terganggu. Mana nak bagi perhatian kat Aman, mana nak memastikan perut anak anak kenyang. So, on 1st day kita ajak sama sama buat muffin!Ya, muffin. Buat sama sama. Bila sama sama buat, depa leka. Tunggu muffin masak tanpa merungut lapar. Dasar budak budak. Sejenis yang sentiasa excited bila mampu buat sesuatu atau hasilkan sesuatu. Hahaha.
Resepi muffin mama una ade share kat Facebook. cari #resepimamauna mesti akan jumpa. Tapi hari ini mama una resepi Vanilla. So, i just omit chocolate powder. Here you go. Dua keping gambar berkaitan untuk tatapan. hahaha. Will update again tonight for hari kedua Restricted Movement Covid 19.


aktiviti cuti sekolah -muffin vanila -kids make muffin

Stay healthy, Fight Covid!

No comments: