27 March 2020

DAY 10 : REZEKI KITA SEMUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah dengar perutusan PM tadi? Senyum? Ke ada yang meroyan sebab Makcik Kiah dapat banyak tapi kau dapat sikit? Alhamdulillah. Dalam keadaan begini, Allah masih ilhamkan PM untuk sama sama memikirkan kebajikan rakyat. Negara mana lagi yang memberi sebegini kepada rakyatnya? Rakyat yang sangat sangat degil untuk memberi kerjasama. Rakyat yang tak patuh. Rakyat yang suka komplen itu ini tanpa menyumbang kepada negara. 
Hari ini, berita yang tak disangka. Kita dapat. Kita senyum. Akhirnya kerana Wabak ini, M40 pun mendapat bantuan. Yang biasanya dikatakan golongan yang tertindas. Golongan yang sentiasa dilupakan dalam bajet bajet kerajaan. Namun kerana Covid ini, M40 juga menerima bantuan. Alhamdulillah. Rezeki di tangan Allah. Manusia yang menjadi asbab dan penghubung untuk menghulurkan untuk menjadi pengantaraan rezeki. Syukur.
Hari ke 10 dah rasa sungguh tepu. Tepu sehingga nak masak pun rasa tak ada mood. Hahaha. Tapi Hari ini, kerana Vitamin C Shaklee dah masuk pasaran Malaysia dalam musim wabak ni, sales team mama una meningkat sebanyak RM 4000 dalam masa setengah jam. Alhamdulillah. Berebut rebut orang order vitamin C. Syukur sangat sebab dapat bantu ramai yang nak sihat. Ramai yang beli untuk parents sebenarnya. Angkara Covid, cuti sekolah pun tak dapat balik kampng. Tak dapat buat rutin biasa untuk melawat bertanya khabar mak ayah kat kampung. Tapi Alhamdulillah. Anak bertuah ini tak lupakan mak ayah. Contact mama una untuk belikan supplment terus hantar ke rumah mak ayah di kampung. 
Mama Una pun terkejut. Tetiba ramai sungguh yang pm nak beli vitamin C. Masalah dia stock sangat sangat limited wei. Mama Una terpaksa bukak laptop untuk lg in website shaklee. Nak buat nline kat HP macam biasa tak leh. Web hang. Dalam Masa setengah jam beribu ribu botol vitamin C Shaklee terjual. Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.Mama Una pun x de lah bosan sangat. Rasa lah ada cabaran hari ini kan. Hahaha. Cabaran rebut stock vitamin C untuk customer. Why kene rebut? Sebab untuk pastikan semua rakyat Malaysia dapat vitamin C dan nak elak rang beli vitamin C dan buat stock banyak banyak, Shaklee buat limited purchased for each Shaklee Distributor. So mencabar gila. Hahaha. Rasa berguna hidup hari ini.
So, itulah cerita hingga petang ini. Pastu mama una dah blank tak tahu nak masak ape untuk malam ni. Anak anak nak roti telur saja. So kita buat roti telur je lah. 8 hari RMO hari tu mama una baru hilang 700g. sikit sungguh. Aim nak 55kg ni. Wish me luck ya. Nak order supplement roger lah mama una.
Stay heathy, Fight Covid
Continue Reading

26 March 2020

DAY 9 : SHOPPING UNTUK PARENTS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Morning!! Apa khabar korang hari ni? Mama Una pagi pagi dah layan 2-3 orang custmer yang duk tanya supplement Shaklee. Allahuakbar. Ramai jugak yang shopping dengan mama una. Beli supplement untuk parents pada musim wabak ni. Bahaya kan Covid ni. Kalau imun lemah lagi senang dijangkiti virus Corna tu. So make sure kita sentiasa dalam keadaan sihat tau.
Untuk makluman korang, selain daripada vitamin C, korang boleh amalkan beberapa supplement lain untuk boost up imun sistem. Antaranya korang boleh try Ostematrix, Vitalea, Omega Guard, Carotomax. Semua produk Shaklee sangat sangat berguna untuk membantu korang boost up imun sistem. Paling best of course lah vivix kan. Musim ni memang banyak supplement Shaklee yang glamour glamour popular tu out of stock. Barang bagus mesti lah orang cari kan. Macam Vitalea tu sebotol boleh tahan 2-4 bulan. Tak kan lah orang tak nak beli. Manfaat 28 nutrients dalam 1 botol. Beli untuk mak ayah kan elok. Betul tak.
Terima kasih buat kawan kawan mama una yang shopping untuk parents dengan mama una. Ya, kita tak boleh balik nak lepak bersam parents musim covid ni, tapi kita boleh hantar askar askar kecil kita untuk jaga mereka. Setiap hari apabila duk depan tv tunggu pengumuman update mengenai Covid19, setiap kali kematian di laporkan, pesakit kebiasaannya yang dah tua. Umur 45 ke atas. Yang boleh dikatakan ada penyait lain yang menjadikan serangan covid ke atas mereka bertambah teruk. 
Kematian pada waktu sekarang bukan yang kita mahukan. Bayangkan, dimandikan, dikafankan tanpa anak isteri, tanpa keluarga. Hanya staff hospital yang menguruskan. Dikebumikan tanpa ahli keluarga, rakan taulan yang BOLEH hadir memberi penghormatan terakhir. Sedih kan. Ya, kematian itu pasti, tapi mudah mudahan bukan dengan cara ini. Moga Allah rahmati kita. Kita usaha untuk sihat, usaha untuk tingkatkan imun. Kalau nak tanya pasal supplement untuk parents atau untuk diri sendiri pun, just contact mama una okey.
Stay healthy, Fight Covid
Continue Reading

25 March 2020

DAY 5, 6,7 & 8 : GERAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sakit sungguh hati rasanya. Mama Una taip blog ni panjang panjang. Tak boleh boleh nak post. Pelik. Save pun tak masuk dalam draft. tak tau nak buat cemana. Pastu paling bijak, pergi refresh tapi lupa nak copy dulu post yang mama una taip panjang berjela tu. Stressssss!
Dah la beberapa hari dah tak update blog kan. Bukan apa. Serabut pulak duk scroll FB. Banyak fake news pastu banyak membawang. Itu tak kena, ini tak kena. Ntah apa yang kena tak tahu lah. Masak banyak kene kecam, keluar cari barang lama kene kecam, beli barang banyak kene kecam. Semua kau buat tak kena. Hadooiii. Dalam duk geram geram, serabut lah hai, Mama Una buat Churros. Makan dengan sos cekelat. Kenyang lah perot. Tak lah rase nak marah berpanjangan kan. Hahha. Masak ni betul betul terapi untuk i oll.
Dah la. Nak tulis tu je. Esok kita cerita benda yang lagi menarik daripada apa yang berlaku hari sudah. Jangan keluar rumah. Duduk diam diam kat rumah tau. Kita jaga kita. InsyaAllah. 

Continue Reading

22 March 2020

RESEPI AISKRIM MALAYSIA ALA MAGNUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni mama una nak share resepi untuk sejukkan tekak pulak. Siapa yang duk sebar makan aiskrim boleh kene covid19 tu jangan duk cuba nak try lah no. Hang percaya sorang sorang sudah. Tak payah sebar dakyah merepek. Minum air panas sebab nak bunuh virus covid kat leher. Awat hang tak berendam teruih dalam kawah air mendidih. Kasi bersih semua. Hahaha. Membebel pulak. Meh sini kita buat eskrem mahal dengan gaya musim covid. 
Mama Una guna bahan yang ada dalam peti sahaja. Bahan Bahan ini guna sebab nak dapat tekstur smooth mcam Aiskrim magnum tu. Dok campur air. Kalau buh air nanti dia keras. Tak sedap. So jangan tanya "boleh ke nak ganti whipping cream dengan air biase atau buh dengan susu cair atau duble susu full cream?" Boleh! Tapi teksture dia tak akan sama. 
Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Bahan Bahan
3/4 cawan non dairy whipping cream (mama una guna jenama value)
1 cawan susu full cream
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Beryls Dark Compound coins 
Plastik Aiskrim Malaysia 10 pcs
Cara Cara
Mula mula putarkan whipping cream sehingga kental. Kalau kental tu maknanya hangpa telingkupkan magkuk tu dia tak jatuh. Paham? dah kental masukkan susu full cream dan susu pekat tu. Kacau rata. Masukkan esen vanila pula. Kacau bagi tak ada susu berketul. Biar sebati semua tau. Yang paling penting bancuhan jangan duk cair sangat. Dia pekat macam sos thai gitu. Ringan. Tak cair dan tak pekat macam sos cili. Maknanya bila tuang dalam corong aiskrim dia boleh lalu. Paham ke? Dah puas hati dengan teksture tu, ketepi kan.
Kemudian ambil plastik aisrim, bubuh 8 keping chocolate coins tu. Dah bubuh, letak dalam air panas. biar dia cair. Rujuk gambar tu. Dah cair tu baringkan atas tisu dan buat macam dalam gambar. biar coklat tu rata kat plastik tu. Ikut la hang nak buat panjang mana aiskrim tu. Tapi kalau 8 coins, sedang elok panjang mama una tunjuk dalam gambar tu. 
Suka sangat dapat bubuh choc coins dalam plastik aiskrim.
1 bancuhan aiskrim boleh dapat 10 batang aiskrim. First time buat jangan buat banyak banyak lah. Hang bukan pandai sangat. Takjadi kan membazir. Hahaha. Pastu masukkan bancuhan susu tadi. Tak payah tunggu coklat keras. Kalu coklat keras nanti coklat pecah pecah. tak cantik.
Pastu pandai pandai lah tau. Ikat eskrem elok elok. Part paling penting, make sure freezer korang tu sejuk betul betul. Wajib. Bekukan 48jam baru makan. Kalau tak, aiskrim tak keras elok jadi tak lawa.
Okey? selamat mencuba semua.
Panjang lagi cuti covid ni, mama una dah mati kutu nak buat aktiviti ape lagi dengan anak anak ohoooii.. Bantuin mama una mencari idea okey.
Stay Healthy, Fight Covid

Continue Reading

21 March 2020

DAY 4 :PEMBELIAN PANIK KETUA KELUARGA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Korang dah beli barang ke tu? Dah penuh ke segala rak di stor rumah? Peti ais dah penuh? haha. Korang ni memang kan. Yang buat panik buy korang, yang balik kampung pun korang. Amenda lah. Tak habis habis duk keluar masuk rumah. Macam banyak sangat benda nak dibeli setiap hari kan. Apa kata plan well. Keluar 2-3 hari sekali sudah lah. Tak ada urgent apa apa tak payah keluar. Takat halia tak ada, tak payah lah masak lauk yang kene bubuh halia. Serai tak ada, tak payah sibuh nak masak ayam masak bali. Paham?
Ketua Keluarga merangkap pengasuh yang menawarkan servis RIBA ANAK SAHAJA
Kelakar plak baca status pakcik ni kat FB. Tapi nasib baik suami i oll dah di ajar sejak hari pertama menyambut tangan kadi. Suami ni, jangan duk kita manjakan sangat. Nanti tak guna. Ajar mereka tentang serai, lengkuas, daun limau purut, limau kasturi, buah pelaga, sengkuang, petola, peria. Jangan la duk angkuh sangat cakap kita boleh jaga laki kita sepowernya tanpa laki kita perlu turun ke dapur. Dah masuk Restricted Movement ni kan dah menyusahkan. Laki tak kenal apa satu. Suruh pergi beli barang pelbagai, list panjang, dia konpius last last bawak balik sardin je. Hahaha.Pastu pulun lah makan sardin tu. Cukup 14 hari jadi kucing parsi gebu gebu sebab makan makanan ikan dalam tin. HAHAHA.
Hari ni mama una dah buat list untuk husband beli barang esok. Tak panjang sangat dan tak perlu too precise untuk menyatakan berapa kuantiti bagi setiap bahan yang dinyatakan. Well trained. hahaha. Sebelum dia pergi esok kita remind skali lagi. The dos and the donts. Macam mana nak ambil barang tu dalam kuantiti tepat. Yang ni memang kene ajar dan tunjuk. Sebab tu penting untuk heret suami pergi pasar sama sama. Tunjuk kat dia hw much itu ini yang perlu dibeli untuk saiz keluarga sendiri. Bukan susah sangat nak paham. Family yang dia kendalikan 1 saja. Melainkan di ade 2-3. Itu konpius lah sikit kan. Hahaha.
Another tips, my husband guna masa awal awal dulu, beli barang like lengkuas, halia kunyit tu dengan soalan. Senang "kak, halia kat mana?". Buat buat tanya lokasi halia konon kau tak tahu. Padahal tak kenal. Hahaha. Kalau ada 2 sebelah sebalh, nak tanya lagi malu, beli dua dua. hahaha. Biasanya lengkuas pair sekali dengan halia. Bini tak suruh beli pun beli. Kahkahkah. Thats all kot pasal urusan pembelian panik kat pasar.
Lepas balik pasar, musim covid ni masuk rumah lagi panik. Make sure anak anak tak sambut kepulangan ayanya. Ayah sampai terus masuk bilik air. Barang dibeli tinggal saja tepi dinding. Bersihkan diri, tukar baju, mandi bersabun bagai. Baju masuk mesin terus. Basuh kasi cuci matikan segala virus tu. Dengan detol or dengan Basic H. Mama Una suka Basic H Shaklee. Jimat sangat dan sangat sangat bersih. Yang penting organik.
InsyaAllah. Kita cuba yang terbaik. Kita ikhtiar yang terbaik supaya kita dapat yang baik baik kan. Jangan panik wahai suami suami. This is the time u nak belajar something new. The Market Challenge! Groceries Challeng! hahaha. Isteri pun jangan lah marah kalau laki tersilap beli barang. Maafkan mereka.kahkahkah. Kalau boleh la ;p
Stay healthy, Fight Covid
Continue Reading

RESEPI COOKIES SEDAP DAN RANGUP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai semua. Hari ni mama una nak sharelah resepi cookies sedap yang mama una buat hari tu. Actually resepi tu from google saja. Tapi masa mama una buat tu, i derhaka so much to that resepi. Tapi Alhamdulillah. Still sedap, rangup dan tak manis rasa cookies tu. Macam puas hati lah. Maka, di hari ini, kita taip lah resepi kat sini supaya kita tak lupa. Kan dah selalu cakap mama una buat kuih, biskut or apa saja jenis tak tulis resepi. 4 kali buat 4 kali resepi berbeza. Kecuali Carrot Cake. Itu kejayaan paling besar sebab adjust resepi sendiri dan sedap plak tu. Haha.
Resepi Cookies Sedap 
Bahan A
1. Buttercup 250g
2. 1 cawan gula perang atau gula castor
3. 1 sudu kecil flavour butter
4. 1 biji telur

Bahan B
1. 2 cawan setengah tepung gandum
2. 1/2 cawan tepung jagung (mama una letak 3 sudu besar je hari tu sebab tak cukup tepung jagung.haha)
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 sudu serbuk koko (option, kalau nak buat coklat cookies)
6. 6 sudu minyak jagung (kurangkan kalau awak kurangkan tepung jagung)

Bahan C
1. 1 cawan chocolate Chips pilihan (dark choc sedap)
2. 1 cawan kacang pilihan (almond sticks, walnut, almond nibs)

Cara-Cara
Semua bahan A tu di gaul rata menggunakan senduk saja. tak payah nak mixing guna mixer bagai. Cukup awak godek godek dengan senduk dalam mangkuk besar. Bagi sebati segalanya. Dah sebati tu kan, masukkan bahan B yang telah di ayak. Kecuali minyak jagung tu lah. Tak ada orang ayak minyak jagung dik ooii. Pastu gaul sebati. lepas dah sebati tu baru masukkan minyak jagung. Then gaul lagi baru masukkan Bahan C. Dah gaul sebati masukkan dalam peti ais sekurangnya 1 jam.
Then, boleh sudukan. Jangan besar besar tau. Tengok gambar yang mama una tunjuk ni. Saiz kecik je. Sebab bila bakar nanti dia akan mengembang. So guna sudu kecil sahaja. Mama una bentukkan mcam scoop aiskrim tu. Guna dua sudu. Pastu boleh lah bakar dengan suhu 160-170 selama 20-25 minit ikut oven masing masing. Tambahan : 1 adunan ni dapat banyak jugak tau. So, mama una bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian lagi mama una masukkan 1 sudu serbuk koko. dapatlah perisa coklat pekat. hihi.
Taraaa.... Selamat mencuba.
Continue Reading

20 March 2020

DAY 3 : COOKIES PALING SEDAP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai korang. Apa khabar hari ini? Mama Una doakan semua dalam keadaan sihat. Sentiasa jaga diri. Mandi, basuh tangan, baju basuh bersih-bersih tau. Sanitizer jangan lupa. Solat jangan tinggal. Hari ni dengar kata peratusan yang dengar arahan kawalan pergerakan dah meningkat. Alhamdulillah. Jom la kita bekerjasama jadi rakyat yang cerdik bijak pandai. Tahan lah diri daripada nak keluar. 14 hari je. Kalau degil jugak, keluar jalan jalan, kene cvid, masuk kubur sorang sorang tak keluar dah lepas tu tau. Serammmmm.
Hari ketiga kita dikuarantin dalam rumah. Masa ini lah kita boleh bina balik bonding dengan family kan. Buat pelbagai aktiviti sama sama. Dengar luahan yang dah lama terpendam. haha. Jangan hari hari gaduh pulak. 
So hari ni mama una buat cookies. Chocolate and vanilla cookies. nampak sedap ke tak? Boleh la buat kunyah kunyah sepanjang musim berkurung ni kan. Korang buat apa?Buat cookies ni paling senang bagi i. Sebab tak payah keluarkan mixer bagai. Guna senduk dan bowl saja untuk kacau kacau. Tak adelah banyak benda nak kene basuh. hihi. Ya, i oll pemalaih nak mampus. 
Resepi? hahaha. Bercakap pasal resepi ni, mama una rase susah nak share resepi kali ini sebab buat main bantai tak ikut sukatan dan tak ikut resepi. Kat rumah tak ada brown sugar. Mama Una bantai guna castor sugar. tambah itu, kurangkan ini, at the end ade benda yang i lupa i letak how much. berapa gram, berapa cawan. Kahkahkah.
Ada ke geng yang jenis memasah tak sukat macam mama una? Yang i ingat, i letak buttercup 250g. Sebuku tu. Hahaha. Itu saja. Tapi macam biasa, bila share kat story whatsapp, share kat Fb, mesti ada yang tanya, tak jual ke? Eh korang nak beli ke kalau i jual? Mahal tau. sebab i jual dengan harga yang sangat mahal. Sebab i guna bahan bahan pun bukan yang biase biase. Butter Cup tu tak murah walaupun dia bukan pure butter. Choco chips tu bukan yang mur mur. Maka, jangan lah beli dengan i. Sedap tu mungkin benar, Tapi harga tu tak murah sangat. Korang kan suka menda murah. Kan Kan Kan.
Okey la, malam ni nak tambah ilmu sikit lagi. Tentang Covid 19 ni lah. I kan jual supplement. 
"Doktor cakap virus tak kan berdaya sekiranya seseorang individu itu mempunyai imuniti badan yang tinggi"
I nak kene ajak lebih ramai orang untuk sedar bahawa pentingnya untuk memastikan badan sentiasa sihat, imuniti baik, tak mudah jatuh sakit. Paling malas pun telan lah vitamin C setiap hari. hihi. Jom la layan video bagaimana hospital merawat pesakit covid19 dengan vitamin C.
Be healthy, Fight Covid
Continue Reading

19 March 2020

DAY 2 : KAMI MAMPU LALUINYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah. Now masa mama una menaip ni, dah jam 9.20 malam. Kita kira urusan dapur dah tamat untuk hari ini. Masa untuk tengok perkembangan kisah Covid19. Apa status kes hari ini. Jumlah terkini 900 case dan daripada jumlah itu, tak sampai 10% pun yang sembuh. 
Sedih kan. Allah uji kita sampai tahap macam ni. Tapi kita sedar ke tak? Masih sibuk dengan dunia. Zikir masih tak diamalkan, solat masih dihujung waktu. Kita lah tu. Tapi takut dengan Covid yang Allah hantar ni. Kecil saiznya tapi berkuasa memporak perandakan dunia.
So, hari ini kami mulakan pagi dengan solat subuh. Lepas tu mama una terus masuk dapur. Sediakan menu untuk hari ini. Today i try untuk masak big meal start dr pagi. So lunch tak payah masak. Dinner biasa tak makan sangat. Lagi lagi tengah diet. hahaha.
So, this is our breakfast lunch cum dinner. Ayam golek dalam oven. First time buat. tak paham sangat function oven tu untuk golek ayam. So just try je lah. hahaha. Seksi pulak ayam tu. Ayam ni pair dengan sup potato carrot untuk anak anak. Sup kosong je. Pastu Brocoli masak sos tiram dan air lada untuk cicah ayam tu. Mama Una banyakkan salad untuk make sure tak over eat. kata nak kurus. Hahaha.
Petang pulak buat Carrot cake. Nanti la mama una update resepi kat sini. I rase nak share reseipi untuk hidangan mini lah. Sebab banyak resepi oarang bagi dalam hidangan besar kan. Kalau family kita kecik buat banyak banyak siapa plak nak makan. So today mama una dah share 1 resepi. Carrot cake mini. hahaha.

Enough for today. Jangan lah lupa untuk jaga kesihatan. Make sure badan sihat. Makan vitamin yang boleh boost up immune system kita. Kita tak tahu siapa yang bawak virus tu. Dia mungkin tak menunjukkan simptom kerana dia mempunyi antibody yang kuat. Tapi jika kita mempunyai antibodi yang lemah, mungkin kita menjadi statistic seterusnya untu wabak Covid19 ini. Nauzubillahi Minzalik.

Take care semua. Be Healthy, Fight Covid
Continue Reading

Day 1 : MUSIM CUTI SEKOLAH PALING UNIK DI ABAD 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah. Day 1 school holiday survive dengan jayanya. Tak ada yang menguji sangat memandangkan mama memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi melalui fasa ini. Hahaha.
As we all know, tahun ini kita tak putus putus di uji. Macam macam ujian kan. Sajat lah, pasal cium adik ipar lah, tentang faraid lah.Bertubi tubi silibus pelajaran hidup tahun 2020. Allah nak kita belajar tentang agama. Tapi kita macam biasa. Angkuh kan. Lupa dunia ini hanya sementara cuma.
Nah. Berbalik kepada cuti sekolah. Dapat cuti dapat skali Perintah Kawalan Pergerakan. Hadiah untuk mereka dan kita yang sentiasa lupa. Kalau belum berubah lagi tak tahu lah macam mana kan. So sepanjang cuti 14 hari ini, mama kene kreatif untuk memastikan anak anak tenaang dan mama gembira.
LAPAR TAK IKUT JADUAL!!
bila berlaku lapar tak ikut jadual, jadual harian mama terganggu. Mana nak bagi perhatian kat Aman, mana nak memastikan perut anak anak kenyang. So, on 1st day kita ajak sama sama buat muffin!Ya, muffin. Buat sama sama. Bila sama sama buat, depa leka. Tunggu muffin masak tanpa merungut lapar. Dasar budak budak. Sejenis yang sentiasa excited bila mampu buat sesuatu atau hasilkan sesuatu. Hahaha.
Resepi muffin mama una ade share kat Facebook. cari #resepimamauna mesti akan jumpa. Tapi hari ini mama una resepi Vanilla. So, i just omit chocolate powder. Here you go. Dua keping gambar berkaitan untuk tatapan. hahaha. Will update again tonight for hari kedua Restricted Movement Covid 19.


aktiviti cuti sekolah -muffin vanila -kids make muffin

Stay healthy, Fight Covid!

Continue Reading