01 February 2019

TAK BEST KE JADI SURI RUMAH?

Kau bangun tidur laki tegur, eh ade jerawat. 

Ku ingin menjawab sahaja. 

“Nampak tak saya stress kat rumah ulang alik hantar ambil anak?” Tapi ku simpan. Ku tulis di sini. I really nak kerja balik. Bukan tak sayang anak. Tapi rasa tak boleh nak rational hadap benda ni lama lama. This is really not me. 

Sometimes org question “la, orang lain pun jadi suri rumah jugak, tak de nak stress bagai”

“Kerna Allah menciptakan manusia ini berbeza. Dan aku belum pernah bercita cita untuk duduk di rumah mengadap segalanya sendirian seharian setelah bertahun belajar undang undang” 

Jangan dibandingkan aku dan orang lain. Keinginan kami berbeza. Cita cita kami juga berbeza. Jika dikatakan mak dulu rilex je jaga 10 orang anak sekolah. Kau seorang dah penat? 

“Mak dulu masuk u habiskan masa remaja di depan buku ke?”

Dan kerana aku sememangnya tidak berminat untuk menjadi suri rumah, aku cuba membuat perniagaan. Cuba berniaga. Tapi dugaan lain pula muncul. Tarik nafas. Tak mengapalah. Moga ada balasan untuk aku nanti. Sekian luahan hari ini. Mari lipat baju dan kemas rumah. Sesungguhnya dugaan itu mematangkan 😊

No comments: