Sebuah kisah keluarga. Korang pernah tak merungut keletihan? Pernah tak rase letihnya menjaga anak. Tipu lah kan tak pernah rasa tu. Merungut itu sifat manusia. Sesekali tak apa. Release stress. Tapi bukan everyday as if kita mengatakan Allah ini tidak adil untuk setiap kesusahan yang kita hadapi.
Mama una menguruskan anak daripada pagi hingga ke malam. Pagi sediakan bekal makanan, pakaikan baju dia, semak jadual sekolah dia. Kemudian make sure dia pergi sekolah on time. Lunch nanti ambil anak, melepak depan gate sekolah dengan panas terik tunggu anak keluar. Pastu balik rumah suap makan, prepare untuk hantar ke sekolah agama. Kemudian petanh jam 5, pergi ambil sekolah agama pulak.
And within ambil hantar anak sekolah, memasak, basuh baju sidai baju dan juga kemas rumah. Suri rumah duduk saja ke? Tak kan. I dont care if no one praise us. But, jangan la memperlekehkan kami yang tak bekerja. Semalam mama una rasa limit penat kot. Tapi dalam hati sabar sebb janji dengan diri sendiri, jangan merungut. Mama Una doa kat Allah diberikan kekuatan.
Maka, masa hantar una sekolah Allah show me something to learn. To not always complain. To learn how to be grateful. Because there is other people who struggle with their daily life. I found a family. Mak ayah cacat penglihatan. Tapi hak seorang anak untuk menuntut ilmu dia tak abaikan. Dibawah terik mentari, mereka sekeluarga jalan berpimpin tangan hantar anak ke sekolah. Pergi dan balik. Mereka mungkin tak nampak, itu kekurangan, tapi mereka ada kelebihan boleh hantar anak dan ambil anak daripada sekolah. Sedangkan ramai yang diluar sana terpaksa serahkan anak pada pengusaha van sekolah untuk ambil dan hantar anak.
Menitik air mata. Berjalan tanpa nampak apa apa tak mudah. Kita yang ade rezeki melihat ni merungut tak sudah. Memimpin anak menghantar anak ke sekolah dengan harapan anak beroleh yang terbaik untuk masa depan adalah satu pengorbanan. Kekurangan mak ayah bukan asbab mengabaikan hak anak. 4 kali sehari turun naik tangga, lintas jalan, tengah panas. Kalau hujan? Ya Allah. Masih kah kita tak bersyukur? Malu rasa bila Allah tunjuk benda macam ni. Alhamdulillah. Kita ada segalanya. Cuma kadang kala ada kepincangan kerana kita hamba dan tiada yang sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu bukan lesen untuk kita tidak bersyukur.
Andai hari ini rezeki dan urusan kita payah, mohon lah kembali kepada Allah. Jangan lupa untuk terus bersyukur. Untuk apa sekali pun. Jangan pernah merasa Allah tidak adil. Setiap dari kita ada bahagian sendiri. Teruskan melangkah. Kita hebat! Walaupun hari ini kita tersadung. 😊
Thanks for reading,
Have a nice day
No comments:
Post a Comment