11 February 2019

HOMESTAY MURAH TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. 
Pagi ni mama una nak share 1 homestay murah dengan korang. Mama Una belum lagi pergi tidur sana. Tapi nak share lah berdasarkan urusan booking dengan owner. Sangat mudah berurusan.
KENAPA HOMESTAY NI?
Antara sebab mama una pilih homestay ni adalah kerana makcik mama una nak datang. Hahaha. Bak ajak tidur rumah sempit sebab dia datang 5 orang. Mana nak sumbat kat rumah sarang burung i oll ni. Hahaha. So cari cari jumpe homestay ni.
Homestay ni kat Perumahan Sri Tioman 2. Belakang Perumahan Sri Tioman 1. Walking distance to LRT Taman Melati. Sangat dekat like korang jalan 5 minit sampai. Berjalan tau bukan berlenggang.
Kedua harga homestay ni jauh lebih murah daripada homestay yang mama una survey area Taman Melati. Homestay lain RM 200 ke atas tapi homestay ni RM 150 saja semalam. Murah kan? 
Ketiga gambar yang dipaparkan elok. Ini adalah flat murah. Jangan korang expect interior dia serupa kondo atau apartment mewah. Interior dia sesuai dengan harga ya. 2 bilik dan 2 bilik air.
So ni mama una share kan beberapa gambar daripada owner. Nanti once i really go there, mama una share gambar sebenar pulak okey. Owh, boleh contact owner : 0102314997 untuk booking jika berminat. 
Thanks for reading.

No comments: