29 September 2018

ZINC PLUS SHAKLEE : MANFAAT ZINC UNTUK KESIHATAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
APA ITU ZINK?

Zink merupakan antara zat pemakanan yang diperlukan hanya sedikit namun mempunyai kepentingan kepada kesihatan manusia. Seperti juga zat-zat pemakanan yang lain, jumlah pengambilan zink tidak menjadi masalah kerana ia juga terdapat dalam pemakanan yang mengandungi zat-zat penting yang lain. Selagi kita mengambil sumber pemakanan daripada pelbagai sumber termasuk daging dan sayuran yang baik, masalah kekurangan zink sepatutnya tidak berlaku.

Namun begitu, jika kita lihat corak pemakanan kita hari ini, masalah kekurangan Zink boleh berlaku apabila pemakanan yang tidak sihat menjadi amalan ramai.

APA MANFAAT ZINK?

Zink dapat membantu menangani masalah-masalah kesihatan biasa seperti selesema dan masalah berkaitannya. Ia juga merupakan anti-keradangan dan anti-oksida yang baik dalam mengelakkan kerosakan pada sel-sel badan; dengan kata lain ia membantu mengelakkan berlakunya kanser. Zink juga membantu dalam pengimbangan hormon di dalam badan samada lelaki ataupun perempuan.

Oleh kerana fungsinya dalam membantu keseimbangan hormon termasuk juga insulin, ia berfungsi dalam membantu mencegah atau melawan masalah diabetes secara semulajadi. Malah ia turut membantu keseluruhan sistem penghadaman dengan menggalakkan fungsi keseluruhan enzim yang terlibat semasa proses penghadaman berlaku.

Zink juga membantu sel-sel pada sistem pengaliran darah kekal berada pada tahap yang baik. Ini membantu memastikan sistem pengaliran darah yang sempurna dengan kata lain ia membantu mengawal masalah darah tinggi, masalah mendapan kolestrol dan juga membantu kesihatan jantung anda.

Zink dapat meningkatkan tahap kesuburan pada lelaki dan perempuan. Pengambilan zink dapat membantu sistem pembiakan pada kedua-dua jantina berfungsi dengan lebih baik dengan memastikan penghasilan testosterone pada lelaki dan kematangan telur di dalam ovari perempuan.

Kepentingan zink kepada fungsi sel juga memastikan fungsi badan dapat berjalan dengan baik. Kekurangan zink akan mengakibatkan kelesuan akibat metabolisma yang kurang lancar. Ini kerana zink diperlukan dalam proses mensintesis protein untuk membolehkan ianya digunakan oleh badan.

Zink juga baik untuk hati terutamanya dalam fungsi membersihkan (cleanse)hati dan mengelakkan ianya daripada mengalami keradangan. Ini seterunya meningkatkan lagi kadar serapan zat selain membolehkan fungsi pembersihan dijalankan dengan lebih baik.

Antara lain fungsi zink yang baik untuk badan adalah dalam mengelakkan keguguran rambut serta pertumbuhan otot-otot. Ini kerana zink membantu dalam menukarkan androstenedione kepada testosterone yang membantu dalam pertumbuhan otot-otot badan. Ia juga megalakkan sistem pembaik pulihan badan (seperti menyembuhkan luka).

Banyak manfaat kan?

BOLEH KE BERLAKU KEKURANGAN ZINK?

Walaupun zink boleh didapati dengan mudah daripada beberapa sumber makanan, masalah kekurangan zink boleh disebabkan beberapa perkara terutama bagi mereka yang mengalami masalah sistem penghadaman seperti “leaky gut” (usus bocor). Manakala bagi sesetengah sumber makanan pula (terutamanya dari sumber tumbuhan), sukar diserap kerana ianya terikat bersama-sama dengan anti-nutrient seperti phytates yang mengelakkan zink daripada diserap. Jadi zink didapi lebih mudah diambil daripada makanan daripada sumber haiwan.


Antara mereka yang berpotensi mengalami masalah kekurangan zink adalah mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran sahaja (vegetarian), kerana makanan diperkaya zink terdapat pada sumber haiwan. Keadaan yang sama bagi mereka yang mengalami masalah dengan sistem penghadaman atau mereka yang mengamalkan pengambilan alkohol.

Jika kita baca kepentingan Zink yang Mama Una kongsi, kita mungkin sedar bahawa kita perlukan Zink dalam pemakanan seharian. Untuk itu, Mama Una suggest untuk cuba Zinc Complex daripada Shaklee.



Berita baik! Anda boleh mendapatkan supplement Shaklee daripada Mama Una. Daftar sebagai ahli untuk menikmati bonus pada setiap pembelian dan tips tips kesihatan. 

WhatsApp Mama Una di 0193342290 / 0192122290 (Nik) untuk mendaftar keahlian + supplement.

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian produk Shaklee daripada Mama Una.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Taman Melati, Wangsa Maju, Ampang, Gombak dan kawasan sekitar. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

Call/ SMS/ WhatsApp : 019-3342290 / 019-2122290
E-Mail : lucky_hanim@yahoo.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

No comments: