dah 1/3 ramadhan baru sempat nak share resepi bulan puasa...jom tgk resepi mudah dan ringkas..
bahan-bahan:
1. ayam (dipotong ikot saiz yang digemari)
2.kunyit serbuk
3. garam halus
4. halia
5. cili api
6.serai.
7.bawang besar
8.bawang putih
9.tomato segar
10. kacang bendi
11. kicap pekat
11. kicap cair
12. minyak masak
13.air
cara-cara:
1. perapkan ayam yang telah dipotong bersama serbuk kunyit dan garam..kemudian goreng sehingga 3/4 masak.ketepikan
2. tumis bawang besar,bawang putih, halia, serai dan cili padi..
3, apabila tumisan dah wangi, masukkan sedikit air (ikot suke nak kuah bnyak atau sikit), kemudian masukkan kicap pekat dan kicap cair..
4. masukkan ayam yang dah siap di goreng tadi. tunggu sehingga mendidih
5. masukkan tomato dan kacang bendi yang telah siap di potong..reneh selama 3-4 minit dan...SIAAPPPP!
bukan gambar lauk bukak puase :) |
No comments:
Post a Comment