11 February 2019

HOMESTAY MURAH TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. 
Pagi ni mama una nak share 1 homestay murah dengan korang. Mama Una belum lagi pergi tidur sana. Tapi nak share lah berdasarkan urusan booking dengan owner. Sangat mudah berurusan.
KENAPA HOMESTAY NI?
Antara sebab mama una pilih homestay ni adalah kerana makcik mama una nak datang. Hahaha. Bak ajak tidur rumah sempit sebab dia datang 5 orang. Mana nak sumbat kat rumah sarang burung i oll ni. Hahaha. So cari cari jumpe homestay ni.
Homestay ni kat Perumahan Sri Tioman 2. Belakang Perumahan Sri Tioman 1. Walking distance to LRT Taman Melati. Sangat dekat like korang jalan 5 minit sampai. Berjalan tau bukan berlenggang.
Kedua harga homestay ni jauh lebih murah daripada homestay yang mama una survey area Taman Melati. Homestay lain RM 200 ke atas tapi homestay ni RM 150 saja semalam. Murah kan? 
Ketiga gambar yang dipaparkan elok. Ini adalah flat murah. Jangan korang expect interior dia serupa kondo atau apartment mewah. Interior dia sesuai dengan harga ya. 2 bilik dan 2 bilik air.
So ni mama una share kan beberapa gambar daripada owner. Nanti once i really go there, mama una share gambar sebenar pulak okey. Owh, boleh contact owner : 0102314997 untuk booking jika berminat. 
Thanks for reading.
Continue Reading

03 February 2019

KELEBIHAN AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50 SHAKLEE

Assalamualaikum. Hari ni pula mama una nak share salah satu produk Youth Skincare yang mama una suka gile. Actually mama una ni jenis tak suka nak tepek skincare kat kulit muka tau. Tapi sebab dah masuk usia 30 tahun ni, kalua tak jaga muka, elok elok usia baru 30 dah boleh jadi usia 40 tahun. seram. Aktiviti seharian mama una banyak terlibat dengan cahaya matahari. biasalah kerja suri rumah kan. hahaha. Sidai baju hadap mentari, amik anak, hantar anak pun hadapt mentari. so, memang cepat la kulit tua jika tak di jaga.

APA KELEBIHAN AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50?
Youth Moisturizer memberi perlindungan untuk kulit lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh. 
BAHAN BAHAN UTAMA:
1.Vital Repair+ Complex 
Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrient anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.
2. Muscadine Grape 
Polifenol Muscadien Grape dalam proses berpaten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin
3. Broad Spectrum Sunscreen SPF50
SIAPA YANG PERLUKAN MOISTURIZER INI?
So, kalau nak cuba Moisturizer ni, jom contact mama una sekarang. harga paling best dan service paling bagus. WhatsApp Mama Una di 0193342290 / 0192122290 (Nik) untuk mendaftar keahlian + supplement dan Youth Skincare.
Tips Penjagaan kulit dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian produk Shaklee daripada Mama Una.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Taman Melati, Wangsa Maju, Ampang, Gombak dan kawasan sekitar. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-3342290 / 019-2122290
E-Mail : lucky_hanim@yahoo.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Continue Reading

01 February 2019

TAK BEST KE JADI SURI RUMAH?

Kau bangun tidur laki tegur, eh ade jerawat. 

Ku ingin menjawab sahaja. 

“Nampak tak saya stress kat rumah ulang alik hantar ambil anak?” Tapi ku simpan. Ku tulis di sini. I really nak kerja balik. Bukan tak sayang anak. Tapi rasa tak boleh nak rational hadap benda ni lama lama. This is really not me. 

Sometimes org question “la, orang lain pun jadi suri rumah jugak, tak de nak stress bagai”

“Kerna Allah menciptakan manusia ini berbeza. Dan aku belum pernah bercita cita untuk duduk di rumah mengadap segalanya sendirian seharian setelah bertahun belajar undang undang” 

Jangan dibandingkan aku dan orang lain. Keinginan kami berbeza. Cita cita kami juga berbeza. Jika dikatakan mak dulu rilex je jaga 10 orang anak sekolah. Kau seorang dah penat? 

“Mak dulu masuk u habiskan masa remaja di depan buku ke?”

Dan kerana aku sememangnya tidak berminat untuk menjadi suri rumah, aku cuba membuat perniagaan. Cuba berniaga. Tapi dugaan lain pula muncul. Tarik nafas. Tak mengapalah. Moga ada balasan untuk aku nanti. Sekian luahan hari ini. Mari lipat baju dan kemas rumah. Sesungguhnya dugaan itu mematangkan 😊

Continue Reading