03 April 2019

MAK AYAH KITA BUKAN BODOH

Mama Una tunggu husna keluar. Tetiba datang ilham untuk menulis sedikit. Saat scroll fb, twitter seringkali terserempak dengan luahan luahan hati anak menulis tentang ibubapa sendiri. 

Maaf. 

Menulis kerana sayang. Ya, ramai kawan saya suka menulis tentang ibu dan ayah mereka di FB. Sangat ramai. Opps. I should say “kenalan”. My real friends tak ada yang menulis mencerita tentang aib ibu bapa mereka di FB. Alhamdulillah. 

Kadang kadang seronok baca cerita mereka. Tapi tak kurang ada yang menulis tentang kekurangan ibu bapa masing masing kerana mereka “orang tua”. Kerana dunia mereka tak seiring dengan kita. Kerana zaman mereka telah berlalu. Kerana mereka tak paham gaya hidup kita hari ini.


Kita anak. Dan kita akan menjadi tua bila kita juga ada anak. Suatu hari nanti pasti. Kita belajar lah tinggi mana sekali pun, ianyakan tak akan mengubah status mereka ibu bapa kita.Degree, master yang kita ada itu tak akan sama dengan pengalaman hidup mereka.


Walau ilmu mereka, pengalaman mereka dah tak relevant dengan keadaan sekarang, cubalah untuk menanamkan rasa hormat. Cukup pinjamkan telinga untuk mendengar dan bibir untuk tersenyum. Pendapat mereka bercanggah dengan fahaman kita? Cara mereka berbeza dengan kita? Sabar. Cuba kita fahami mereka. 


Tak perlu menulis sesuatu yang kita sendiri tidak mahu anak kita menulis untuk kita suatu masa nanti. Bodoh bodoh seorang ibu, dialah yang paling hebat bertarung nyawa melahirkan seorang anak yang bilamana besar nya anak itu menulis tentang keburukan si ibu di media sosial.


Tidak kan kita merasa yang sama?


Belajar “pause” sebelum menulis. Belajar sabar sebelum berkongsi.


Bersediakah kita untuk hadapi kiamat? 


Bilamana anak menjadi tuan kepada si ibu yang melahirkannya?


Wallahualam. 


Moga bermanfaat untuk renungan😉

No comments: