03 April 2019

BAHAYA HB RENDAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum. korang yang mengandung kan, apa masalah biasa yang sering buatkan korang stress. Bila mengandung je ada masalah ni. Pening dibuatnya. Kadang kadang rasa tertekan sebab tak tahu nak buat apa lagi untuk selesaikan masalah tersebut.
Macam mama una, waktu mengandungkan budak dua ketul kat bawah ni, dua dua alami masalah HB RENDAH. Masalah ini berlarutan tau. Letih kene bebel dengan nurse sebab setiap kali check up HB RENDAH.
orang yang baru first time mengandung biasanya tertanya tanya apa tu HB. Meh mama una share sikit pasal HB. Hemoglobin atau HB ini merupakan protein dalam darah merah yang membawa oksigen dan ia disalurkan ke seluruh tubuh badan. Paras normal HB antara 12 hingga 15g/dl. Tapi biasanya bila megandung, paras HB ibu normal sedikit rendah iaitu 11 ke 12g/dl. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon tatkala berbadan dua. Namun begitu, bahaya HB rendah adalah bila bacaan menjadi kurang dari 11g/dl. Masa mama una mengandung dulu, HB mama una paling tinggi adalah 11.8. hahaha. Itu pun dah ikhtiar segala macam cara. kecuali supplement shaklee. Masa tu tak kenal lagi.
PUNCA HB RENDAH
  • Ibu penghidap thalassemia
  • Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B
  • Berlakunya perubahan hormon pada ibu hamil
  • Berlaku kemalangan atau pendarahan hingga ibu kehilangan banyak darah
BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU
  • Pening, pitam dan kepala berpusing-pusing
  • Pendarahan ketika hamil dan semasa bersalin
  • Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko alami kegagalan jantung
  • Sentiasa mengantuk dan lemah tubuh badan
  • Keguguran
  • Jangkitan kuman
  • Sukar meneran ketika bersalin lalu menjadi punca bayi lemas
BAHAYA HB RENDAH KEPADA BAYI
  • Pembentukan bayi tak sempurna atau terbantut
  • Kurang berat badan
  • Bayi lahir tak cukup umur
  • Stillbirth atau bayi lahir meninggal dunia atau bayi mati dalam perut
  • Otak bayi berfungsi dengan lemah
Memang biasa ibu mengandung akan mengalami masalah loya berpanjangan, tak ada selera makan dan mengidam makanan yang tak berkhasiat. perkara ini akan menyebabkan risiko HB RENDAH untuk ibu hamil. So, apa yang boleh dibuat, ibu sepatutnya memastikan pengambilan vitamin yang disarankan oleh doktor diambil secara konsisten.
Untuk perkara ini, mama una suggestkan untuk amalkan supplement Shaklee. Produk terbaik untuk membantu menaikkan HB ibu dan mengelakkan bacaan HB Rendah sewaktu kehamilan adalah Vitalea. Vitalea adalah multivitamin terbaik dunia.hihi. Jom baca info kenapa penting vitalea, manfaat dan testimoni ibu yang amalkan vitalea.
So, jika ibu ibu adala masalah HB RENDAH, bimbang dengan bacaan HB yang tak naik, jom dapatkan vitalea daripada mama una. Supplement terbaik untuk ibu dan anak. Hubungi mama una untuk penerangan lanjut mengenai produk. 019 3342290.

No comments: