Setiap hari mama una tunggu una keluar daripada pagar sekolah, mama una selalu muhasabah diri. 10 tahun akan datang di mana kita. Indahkah hidup kita. Moga baik baik sahaja.
Bermula tahun ini, setiap hari mama una akan tunggu una sekolah. Di luar pagar sekolah pelbagai penjual ada. Tapi ada satu yang menyentuh hati. Seorang pakcik tua, berniaga air. Tua sangat. Mungkin sebaya atuk nenek kita. Tapi mungkin tiada pilihan untuk berehat. Nak teruskan kehidupan memerlukan duit, maka dihujung usia pun tetap gagah keluar menjual air di tengah hari. Mencari sesuap rezeki.
Tapi dia ada sekejapan cuma. Akhir Februari dia tak ada. Motor dia tak ada. Tetiba mama una perasan dia tak ada dah. Di ganti dengan perempuan tua. Barangkali dia tak sihat. Mama Una tak tahu. Moga pakcik sihat sihat saja. Saya nak tanya makcik sekrang, saya segan. Kerana saya hanya pemerhati yang sentiasa mengambil ikhtibar daripa apa yang berlaku dia sekeliling saya.
Mama Una rasa penat. Penat uruskan anak, ambil hantar sekolah. Tapi atleast mama una ada kemudahan berkereta. Hujan panas terlindung. Sedangkan orang lain? Moga kita sentiasa bersyukur. Hidup ini ada bahagian masing masing. Kepayahan hari ini tak akan berpanjangan. Syukuri sebanyaknya.
Have a nice day 😉
No comments:
Post a Comment