mungkin kita sering lupa, bahawa merintih,merayu memohon kepada yang Esa adalah jalan terbaik selepas berusaha untuk mendapatkan sesuatu..DIA tidak pernah menghampakan hambanya yang tidak putus-putus memohon..
disini, sebgai seorang yang baru belajar menerajui alam perkahwinan, saya ingin kongsikan beberapa doa yang perlu dihafal,dan di amalkan:)
Doa memohon agar suami isteri saling menyayangi
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam rumah tangga dan kehidupan
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
Surah Al Baqarah, Ayat 250
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
"....Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
Surah Al Kahfi, Ayat 10
mari kita sama-sama amalkannya :))
No comments:
Post a Comment