19 June 2012

Kealpaan itu

Tragedi atau mungkin lebih elok disebut sebagai kenangan pahit..eh..mungkin tak sesuai..rase mcam prefer sebut kekhilafan..manusia khilaf itu adalah normal :)

setinggi mane pun kite belajar, menuntut ilmu mencari peluang untuk berjaya, kita x kan pernah boleh lari daripada melakukan kesalahan..kerana? kerana kita hamba Allah yang lemah..yang selalu alpa dengan ilmu yang kita miliki, jawatan yang kita pegang atau pun status kita dalam masyarakat..

kealpaan kita itu kadang-kadang menyebabkan orang mentertawakan kita..kita alpa dalam menangani masalah jiwa kita sendiri..selalu mngkritik apa yang bukan hak..

sangat-sangat kecewa bila keadaan kealpaan itu mengheret saudara sendiri ke satu tahap yang tidak elok dipandang oleh orang sekeliling..mengapa terlalu alpa?bukankah anda seorang yang berilmu..yang baik budi pekertinya..ah, mungkin ada kekhilafan yang anda lakukan dan anda ego untuk memperbetolkan kekhilafan itu..DAN maka, Allah memberi peringataan melalui sikap kealpaan anda untuk menyedarkan anda?

mohon, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca yang mungkin perlu membaca berkali-kali untuk memahami apa yang disampaikan untuk Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan :)
Glitter text generator
Continue Reading

18 June 2012

Makanan Eksotik [Otak Lembu]

woot woot..selama ini ingat kan saya sahaja yang menggemari otak lembu..eeeewww..otak lembu? hakhakhak..sape penah makan otak lembu?

now, dah ade geng yang turut meminati makanan yang berkolestrol ini..today, saye nak kongsi lah resepi otak lembu mak saye dengan reader2 sekalian :)

Kerutuk Otak Lembu Terengganu

ader 3 peringkat untuk masak otak lembu ini..

langkah pertama..

otak lembu dibersihkan dan dipotong setebal 1 inch..kemudian, di celur dengan air panas..

langkah dua


bahan-bahan.
1. asam keping
2.garam
3.sedikit air

susun asam keping dan sedikit garam ditabur di dalam periuk..kemudian, susun otak lembu yang telah dicelur tadi..susun-susun..kemudian masuk kan sedikit air..org terengganu panggil kaedah ini sebagai rebus kering..langkah ini dilakukan untuk memejalkan otak lembu tersebut..setlah beberapa ketika, toskan otak lembu tersebut.

langkah ketiga

bahan-bahan
1.bawang putih
2.bawang merah
3.halia
4.lengkuas
5.serai
6.bunga lawang
7.halba
8.kulit kayu manis
9.buah pelaga
10.santan
11.rempah kampung
12.cili boh
13.lada hidu[
14.garam
15.bawang besar
16.minyak untuk menumis

bahan-bahan satu sampai empat ditumbuk menggunakan lesung.kemudian di campur dengan rempah kampung, dan cili boh..

tumis bahan-bahan 6-9 sehingga naik bau dan masuk kan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama serai..kacau semua bahan sehingga naik bau harum..kemudian masukkan otak lembu yang telah di toskan..biar semua bahan meresap kedalam otak lembu barulah santan di masuk kan..kacau perlahan-lahan kerana otak lembu amat lembut..kemudian, masukkan sedikit garam dan rasa..jika telah sedap, masukkan bawang besar yang di potong empat dan lada hidup sebagai penyeri..biarkan di atas api selamat 5-10 minit dan sedia dihidangkan dengan nasi panas :)


kepada yang tidak pernah mencuba, bleh try rase otak lembu ni dekat Restoren Sari Ratu..otak lembu je same..cara masakan berbeza :)
Glitter text generator
Continue Reading

10 June 2012

List barang Baby :)

tinggal lebih kurang 11 minggu untuk menyambut baby kecil ini ke dunia.. takot n nerves jugak..maklum lah x pernah beranak..ekekeke..

dalam keadaan macam ni, kelengkapan bayi perlulah disediakan..nseb baik mak pun baru bersalin, so, ade lah jugak baju baby yang mane adik x muat boleh disarung kepada anak aku nanti..huhu

mula-mula ingat nak buat list sendiri, pastu mcam malas pulak..google punyer google jumpe lah list yang cute miut..comel sungguh..

list yang mcam ni :)


comel kan?

Glitter text generator
Continue Reading