18 June 2012

Makanan Eksotik [Otak Lembu]

woot woot..selama ini ingat kan saya sahaja yang menggemari otak lembu..eeeewww..otak lembu? hakhakhak..sape penah makan otak lembu?

now, dah ade geng yang turut meminati makanan yang berkolestrol ini..today, saye nak kongsi lah resepi otak lembu mak saye dengan reader2 sekalian :)

Kerutuk Otak Lembu Terengganu

ader 3 peringkat untuk masak otak lembu ini..

langkah pertama..

otak lembu dibersihkan dan dipotong setebal 1 inch..kemudian, di celur dengan air panas..

langkah dua


bahan-bahan.
1. asam keping
2.garam
3.sedikit air

susun asam keping dan sedikit garam ditabur di dalam periuk..kemudian, susun otak lembu yang telah dicelur tadi..susun-susun..kemudian masuk kan sedikit air..org terengganu panggil kaedah ini sebagai rebus kering..langkah ini dilakukan untuk memejalkan otak lembu tersebut..setlah beberapa ketika, toskan otak lembu tersebut.

langkah ketiga

bahan-bahan
1.bawang putih
2.bawang merah
3.halia
4.lengkuas
5.serai
6.bunga lawang
7.halba
8.kulit kayu manis
9.buah pelaga
10.santan
11.rempah kampung
12.cili boh
13.lada hidu[
14.garam
15.bawang besar
16.minyak untuk menumis

bahan-bahan satu sampai empat ditumbuk menggunakan lesung.kemudian di campur dengan rempah kampung, dan cili boh..

tumis bahan-bahan 6-9 sehingga naik bau dan masuk kan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama serai..kacau semua bahan sehingga naik bau harum..kemudian masukkan otak lembu yang telah di toskan..biar semua bahan meresap kedalam otak lembu barulah santan di masuk kan..kacau perlahan-lahan kerana otak lembu amat lembut..kemudian, masukkan sedikit garam dan rasa..jika telah sedap, masukkan bawang besar yang di potong empat dan lada hidup sebagai penyeri..biarkan di atas api selamat 5-10 minit dan sedia dihidangkan dengan nasi panas :)


kepada yang tidak pernah mencuba, bleh try rase otak lembu ni dekat Restoren Sari Ratu..otak lembu je same..cara masakan berbeza :)
Glitter text generator

No comments: