23 July 2018

TIPS MERAWAT HFMD

Assalamualaikum.

Hampir 4000 kes HFMD di Kuala Lumpur sahaja. Lebih 9000 kes di Selangor. Sangat banyak kes HFMD sekarang. Ibu bapa dah macam cacing kepanasan. Taska banyak yang ditutup. Hospital dan klinik penuh seperti rumah terbuka hari raya.

Semua risau. Semua nak berhati hati. Sanggup ikhtiar macam macam cara untuk halang anak anak daripada dijangkiti. Namun, masih ada kes kes terlepas pandang. Sorang anak terkena, anak anak lain berhempas pulas dijauhkan, dikuarantin. 

Mama Una share beberapa cara yang boleh di amalkan untuk mempercepatkan rawatan HFMD ini. Anak cepat sihat, mak ayah pun gembira kan.

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

RAWATAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD) 

1. Aiskrim
Berikan anak aiskrim, puding atau jelly yang sejuk. Makanan sebegini mengurangkan rasa sakit akibat ulser dalam mulut dan sekurang kurangnya anak akan mendapat selera makan semula. Untuk anak anak kecil, boleh sejuk bekukan pisang dan blend halus. Jadikan seperti smoothie yang lazat. 

2. Lotion / Gel Aloe Vera

Sapu lotion atau gel aloe vera pada bahagian kulit yang melepuh dan bahagian yang gatal.

Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan. Mama Una suggest untuk dapatkan Herbal Blend. Krim multipurpose organik dan harga berpatutan.
3. Air Kelapa Muda
Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak. Air kelapa muda boleh di minum dan di buat mandi.

Kalau sayang nak guna air kelapa muda buat mandi, korang boleh guna Basic H. Basic H Shaklee diperbuat daripada kelapa tau. Boleh gunakan ia sebagai alternatif untuk mandikan anak.

4. Sup Ayam
Sup Ayam adalah menu midah dan ringkas untuk membangkitkan selera anak yang tidak sihat. Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.

Mama Una selalu amalkan sup antibiotik seperti yang mama una share di bawah ini. Mudah disediakan dan sangat berkhasiat untuk anak anak.

Itu adalah 4 cara rawatan yang boleh mempercepatkan penyembuhan HFMD di kalangan kanak kanak. Selain rawatan di atas, faktor kebersihan amat perlu dijaga sepanjang masa. Pastikan kita kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sewaktu memegang anak.

Pastikan anak anak yang terkena HFMD dikuarantin kerana penyakit ini amat mudah berjangkit.

Jadilah masyarakat yang prihatin sesama kita. Untuk dapatkan set supplement yang boleh membantu HFMD boleh terus contact mama una. Klik link saja. Semoga anak kita sihat dan dirahmati Allah.

http://mamauna.wasap.my/

No comments: