Sekarang musim HFMD kan. Seram nya nak bawak anak anak keluar pergi mana mana. Lagi lagi la nak pergi tempat yang ramai orang.
Mama Una nasib baik la tak kerja. Duk rumah. Tapi bimbang jugak sebab penyakit ni merebak terlampau cepat. Tak kan la nak berkurung dalam rumah berminggu kan. Keluar kat mana pun mesti ada risiko.
Korang tahu ke gejala HFMD ni? Mama Una share sikit dengan korang. Tanda-tanda terkena jangkitan HFMD ialah:
- Demam selama 2-3 hari.
- Sakit tekak, hidung berair.
- Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
- Ulser mulut.
- Tiada selera makan.
- Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea)
Cuba cek anak anak ade tak simptom macam ni? Dalam mulut tu okey tak? Kalau ada cepat cepat lah bawak pergi hospital. Dapatkan rawatan segera. Untuk waktu sekarang Una dan Anas Alhamdulillah. Tak ada simptom simptom lagi. Mama Una amalkan omega guard untuk boost up imun mereka.
Bagaimanakah virus HFMD ini berjangkit?
Walaupun kita jaga anak sendiri di rumah, jangan ingat anak kita takkan terkena jangkitan HFMD ini ya. Sekali sekala keluar rumah pun boleh buat anak terkena jangkitan HFMD ini jika anak kita bersentuh langsung dengan:
- cecair hidung kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- air liur kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- lepuh (blister) kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- najis kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- sentuhan pada permukaan dan peralatan yang tercemar dengan virus HFMD.
Korang kalau nak cuba juga terus contact mama una tau. Klik link sahaja. http://mamauna.wasap.my/.
Terima kasih ❤️
No comments:
Post a Comment