22 February 2018

TIPS ATASI MORNING SICKNESS YANG TERUK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah ke menghadapi morning sickness? Mama Una menghadapi tanpa gagal untuk 2 orang anak anak amanah Allah ini. Anas paling teruk. Teruk yang berlanjutan sehingga 6 bulan. Sangat teruk. Korang yang mengandung macam mana? okey? Ada morning sickness tak?
Apa itu morning sickness?
Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil.Biasanya bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan. Biasanya kan, masa ni la kita sedar kita mengandung. Dan orang yang tak ada morning sickness selalu lewat tahu yang dia mengandung. betul tak?

Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness). Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong. Penat kot muntah.
Bahaya ke morning sickness?
Actually, morning sickness ini boleh jadi bahaya atau pun tak. Macam Mama Una rasa, kalau setakat Morning sickness tapi awak makan dan minum walaupun terpaksa is okey. Tapi kalau sampai tak makan, lembek, itu bahaya. Bahayakan bayi dan diri sendiri.

Apa kesan morning sickness?
🍋Hilang selera makan dan minum
🍋Boleh mengganggu aktiviti seharian
🍋Badan mudah rasa letih dan tidak bertenaga
🍋Boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap
🍋Boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi
Cara mengatasi morning sickness
🍓Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap
Kerapkan pengambilan makanan. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

🍓Makan makanan yang kaya dengan protein
make sure ambil sumber protein. sumber protein mampu untuk membuatkan ibu lebih bertenaga.

🍓Elakkan makananan berlemak, berminyak dan pedas
Elak daripada makan makanan berminyak, pedas dan berlemak. Ini boleh memberikan rasa tak selesa pada perut ibu dan menggalakkan ibu untuk rasa mual nak muntah.

🍓Banyakkan minum air
Minum air secukupnya untuk menggantikan air yang keluar semasa muntah. Air yang cukup dapat elakkan dehidrasi.

🍓Pastikan rehat secukupnya
ambil peluang untuk dapatkan rehat secukupnya. Selalu minta pertolongan suami untuk melakukan kerja kerja rumah sekiranya ibu rasa sangat penat dan perlukan rehat. Jangan tambah tekanan kepada diri sendiri.

🍓Mengambil makanan tambahan atau supplement
Ambil supplement tambahan. Jangan ego atau tolak keperluan badan yang memerlukan nutrisi yang cukup. Kalsium, Vitamin C, Zat Besi adalah amat diperlukan untuk ibu mengandung. Boleh baca cadangan supplement shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung dan supplement untuk masalah morning sickness yang teruk.

🍓Dapatkan nasihat doktor
Jika keadaan bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor.

Tahukah Anda, Morning Sickness Yang Anda Alami Mungkin Bukan Morning Sickness Biasa?


Morning Sickness: Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12. Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.

Hyperemesis Gravidarum
: Loya dan muntah terlalu kerap. Loya dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.



So, macam mana? Morning sickness korang normal ke tak? Jangan menidakkan keadaan badan yang memerlukan nutrisi tambahan. Sayangi bayi yang berada dalam kandungan.

Jaga diri.

Thanks for reading

No comments: