Salam...
aku ade lebih kurang 17 jemputan kahwin on 23/3/2013..phuuu..bnyak gilos kan..bankrupt aku nak g semua..mostly kawan yang kawen on dat day, kawan-kawan yang rapat.. huhu..nak tak nak, majlis orang kite kene raikan...ye dak..
so, dalam seminggu dua ni, ade orang tny aku lah kan about how to get anak comel. are u asking me sebb anak aku comel ke? yuhuuu..comel x comel tu kerja Allah tau..kang kalau aku suruh ko makan itu ini tapi x dapat anak comel, ko mesti kecewa kan..Alhamdulillah, aku dapat rezeki lebih dari Allah..semuanya kuasa Allah menciptakan dan menganugerahkan seorang bayi comel untuk aku dan suami...mudah-mudahan, akhlak dia pun secomel rupa parasnya...
ok..stop there..
makeup dan perkahwinan..seriously aku duk perhatikan kan, bile dah mejlis kawen, susah kite nak tgk pengantin hilang sebab nak g solat..sori, aku tegur direct jer tau..sebenarnya macam ni, aku paham, kite bayar untuk makeup aja dah beratus, bersanding pukul 2, x kan pukul 3 dah nak kene buang make up sebab solat..tipu la kalau x der dalam kepla otak korang pk macam tu kan..ade kan? ade kan?
tapi, cube pikir jauh dan rational sebagai seorang hamba Allah..jangan pk rational sebagai seorang manusia...sebab ramai yang manusia pk mejlis kawen dan mata tetamu mereka lebih penting untuk dijaga..jadi hamba Allah yang takot akan api neraka, yang takot hilang berkat perkahwinan, yang takot akan murka Allah..kerana ratusan bayaran upah makeup secara tak langsung kita tempah tiket ke neraka? skip solat zohor sebab sayang makeup??
dah tu mcam mana hidup nak berkat? perkahwinan nak diredhai Allah? start2 kehidupan bersuami pun, ko dah hadiahkan catatan dosa pertama untuk ditanggung suami...x sayang suami? biarlah kita x lawa, asal berkat Allah itu ade..solat sekejap aje..lepas solat pakai lah bedak balik..wuduk tu kan penyeri wajah..kalau buatnya mati lepas sanding dan x sempat wuduk dan solat cemana? takoot tak?
aku cakap ajer..kadang-kadang kite terlepas pandang..kalau korang rase rugi, up to u lah kan nak cuci ke tak make up dan ganti dengan wuduk ke tak...hukum Allah jangan main-main..hal kecik, tapi kesan nya besar..nak mulakan hidup baru, biarlah dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah..alasan sayang makeup tu, cube ganti dengan alasan sayang kulit nak dibakar kat neraka...
so, kalau perkahwinan dah diberkati Allah, insyaALLAH akan dapat rezeki anak comel rupa paras dan akhlak..aku x cukup ilmu nak cakap pasal agama, aku just cakap berdasarkan ilmu hamba ALLAH yang cetek yang aku ade...biar orang kate kite ni outdated, x open minded, x modern..biarlah..hidup kita kat sini sementara je..maka, hargai setiap saat yang boleh kita buat pahala dan elak dosa..insyaALLAH semuanya selamat dunia dan akhirat..AMin..
to all my friends, lelaki dan perempuan, jadilah isteri dan suami yang sentiasa mengejar redha ALLAh..Alam perkahwinan, dugaannya tak terjangka..Selamat Pengantin Baru dan mudah-mudahan perkahwinan kalian ini sentiasa dilimpahi rahmat YANG ESA..insyaALLAH...
Continue Reading