31 March 2018

COQ TROL PLUS PRODUK TERBARU SHAKLEE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Korang tahu ke Skalee dah ada produk yang ade unsur CoQ-10? Mesti ramai tak tahu kan. So, Mama Una nak share berkenaan produk terbaru shaklee ni. Jom baca sampai habis.
CoQ-Trol Plus Shaklee adalah produk yang paling hot. Harga berpatutan, kualiti premium, dan kesan yang sangat ummphh.
Apa kandungan CoQ-Trol Plus?

Kandungan CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.

Coenzyme Q10 (100mg) 
Coenzyme Q10 (CoQ10)adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.



Bila sebut Coenzyme, ia macam pemangkin (booster) untuk enzyme tu bertindak bagi menghasilkan tenaga dalam sel. Bila Coenzyme Q10 ni banyak, maka lagi senang dan cepat proses untuk hasilkan tenaga dalam sel. Badan kita akan jadi energetik. Jadi, CoQ10 sangatlah sinonim dengan energy booster secara umumnya.

Resveratrol (2mg) 
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polyphenol. Ia adalah antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk menghidap kanser dan penyakit jantung. Sifat antioksida juga menjadikan ia sesuai sebagai produk anti-penuaan dan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan mengurangkan LDL atau kolesterol "jahat". Ia jugak bertindak sebagai antikanser dengan mengawal penyebaran sel kanser.



Peranan resveratrol dalam CoQ-Trol Plus adalah untuk menggalakkan bilangan mitokondria, iaitu tempat di mana tenaga sel dihasilkan. Semakin banyak bilangan mitokondria, maka semakin banyak juga penjana tenaga di dalam sel.

Tocopherol (5mg)
Tocopherol atau vitamin E membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, jantung, dan penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem imun, serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit. Vitamin E  juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan . Sekiranya diamalkan ia adalah agen yang menjaga salur darah kita. Salur darah yang luka boleh menyebabkan berlaku pengumpulan plak sekaligus berisiko menghidap strok.

Oleh disebabkan CoQ10 merupakan nutrien larut lemak, supplement yang berasaskan minyak adalah lebih berkesan dan bioavailable (biotersedia). Untuk penyerapan yang lebih optimum, CoQ-Trol Plus datang dengan sistem penghantaran minyak zaitun yang telah dipatenkan. Ia juga bebas gluten.

Best kan kandungan CoQ-Trol Plus ni. Nanti next post Mama Una share pula apa perbezaan CoQ-Trol Plus dengan supplement lain yang ada Co. Mama Una share sedikit testimoni pengguna CoQ-Trol Plus untuk rujukan semua.



kalau nak dapatkan coQ Trol Plus, boleh terus contact Mama Una. Thanks for reading :)


Continue Reading

28 March 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

26 March 2018

APA ITU MIGRAIN? KENAPA IA MENYERANG?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ini mama una nak share berkenaan dengan migrain. Atau sakit kepala yang melampau. Korang pernah tak alami sakit kepala yang tak boleh kawal ni? Rasa nak hentak kepala kat dinding batu.
Sakit sangat sampai rasa nak hempuk je orang yang cari pasal masa tu. Hahaha.
Apa Itu Migrain?

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Mama Una masa belajar dulu teruk gak migrain.Acah acah banyak baca kes law. sampai migrain kau. hahaha.

Bagaimana Migrain Berlaku??

Migrain ni boleh berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Faktor Penyebab Migrain

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan migrain.

✅Pengambilan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalan mengambil ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

✅Kerap minum minuman berkafein. Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dalam badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dalam badan.

So, untuk terus kekal sihat, mama una cadangkan dan nasihatkan kepada semua untuk amalkan pemakanan yang sihat dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan dan beriadah. Selalu pastikan bahaya setiap tugasan kerja tiadak memberikan tekanan kepada diri sehingga menyebabkan migrain. Elak untuk berada dalam keadaan tertekan.

Jika perlukan makanan tambahan, boleh hubungi mama una untuk Khidmat Nasihat dan cadangan makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan seharian kita.


Thanks for reading :)

Continue Reading