26 March 2018

APA ITU MIGRAIN? KENAPA IA MENYERANG?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ini mama una nak share berkenaan dengan migrain. Atau sakit kepala yang melampau. Korang pernah tak alami sakit kepala yang tak boleh kawal ni? Rasa nak hentak kepala kat dinding batu.
Sakit sangat sampai rasa nak hempuk je orang yang cari pasal masa tu. Hahaha.
Apa Itu Migrain?

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Mama Una masa belajar dulu teruk gak migrain.Acah acah banyak baca kes law. sampai migrain kau. hahaha.

Bagaimana Migrain Berlaku??

Migrain ni boleh berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Faktor Penyebab Migrain

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan migrain.

✅Pengambilan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalan mengambil ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

✅Kerap minum minuman berkafein. Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dalam badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dalam badan.

So, untuk terus kekal sihat, mama una cadangkan dan nasihatkan kepada semua untuk amalkan pemakanan yang sihat dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan dan beriadah. Selalu pastikan bahaya setiap tugasan kerja tiadak memberikan tekanan kepada diri sehingga menyebabkan migrain. Elak untuk berada dalam keadaan tertekan.

Jika perlukan makanan tambahan, boleh hubungi mama una untuk Khidmat Nasihat dan cadangan makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan seharian kita.


Thanks for reading :)

No comments: