05 October 2018

JAGA ANAK GAJI DI POTONG : INI IKHTIAR SAYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Throwback jauh ke 2 tahun lepas. Masa tu Mama Una masih kerja. Menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Perundangan. Biasa lah. Kerja mana ada tak busy. Naik kerja after pantang terus meligat macam lintah. Tak pernah duk diam. Mendapatkan cuti emergency sebab blood pressure naik.

Tapi kisah nya bukan itu. Kisah yang penting adalah pengalaman saat mama una terpaksa berkampung di hospital selama 10 hari. 10 hari dalam wad. Lama tahu tak. Jiran sebelah katil bertukar ganti, kami masih setia di sini. Hahaha.
Masa ni bila ingat balik rasa tak sanggup nak fikir. Mandi di toilet hospital selama 10 hari. Kadang kadang sink tersumbat. Kadang kadang water pressure slow. Kadang kadang jumpa manusia tak ada sivik buang pad merata. Letih.

Tapi paling kesian hari-hari tengok hidung dan mulut anas dimasukkan wayar. Anas adalah anak no 2 mama una. Ini adalah kali kedua dia dikejarkan ke hospital kerana pernafasan laju. Pernafasan laju tu macam mama? Mudah kata lah kan, pernafasan laju tu bila kiraan pernafasan tu dah tak normal.
APA KADAR PERNAFASAN NORMAL?

DEWASA :12-20 KALI SEMINIT.
KANAK-KANAK :15-30 KALI SEMINIT.
BAYI :25-30 KALI SEMINIT.

Masa ni Mama Una rasa sangat letih. Cuti mama habes. Gaji di potong. Dengan Anak tak sihat sihat kan. Allahuu. Tekanan demi tekanan. Bos pulak jenis tak faham. Mesej, call tanya bila nak masuk pejabat. Masa tu rasa sangat stress.

Keluar hospital sekali lagi stress memikirkan kewangan. Bukan suami tak mampu. Tapi zaman sekarang. Minyak nak telan pun naik, minyak nak bakar pun naik. Gaji mama je tak naik naik. Hahaha. Memang rasa sangat tertekan.

Tapi Alhamdulillah. Mama ada inisiatif lain. Jaga Anas 10 hari di hospital siang malam mama sempat berbusiness di katil hospital. Rezeki Allah nak bagi. Masa warded tu memang sale Shaklee mama una laju sangat sangat. Macam macam orang order. Berkat keyakinan dengan kuasa dan ihsan Allah.

Untung Runcit yang terus dapat bila mama jual produk benar benar membantu.
Bonus 14hb pulak lagi membantu mama. Bonus 4 angka. Lg banyak dari gaji mama yang dipotong KWSP.

Dan elok discaj daripada Hospital, pakar kanak knak melarang mama una untuk hantar Anas ke taska. Mereka bimbang Anas masih lemah. Pergaulan dengan kanak kanak lain boleh menyebabkan anas dijangkiti Pnemonia semula. So mama terpaksa akur!

Melepaskan jawatan di pejabat demi seorang Anak. Resign notis 1 bulan. Alhamdulillah saja sebab masa tu company boleh tolerate sebab berhenti mengejut. Dan sehingga hari ini, mama una fokus dengan Bisness Shaklee. Alhamdulillah. syukur sangat sebab Allah pertemukan dengan bisnes ini. Mama Una tak pernah terfikir akan resign kerja kerana anak. dulu join shaklee untuk side income sahaja.

dan Alhamdulillah sehingga hari ini mama una masih setia dengan Shaklee. lebih banyak orang yang Mama Una tolong untuk jana pendapatan sampingan mahupun pendapatan utama keluarga.

Kita tidak tahu masa depan kita, cukup kita usaha dan sediakan apa yang terbaik supaya pada saat kita di uji kita tak akan jatuh terjelepuk kerana terkejut.

Itu sahaja cerita mama una. Mama Una makin sayang dengan Shaklee. InsyaAllah akan terus berjuang dalam bisnes ini. Saat mama una menaip post ini, anas tengah merengek nak kan perhatian. Tapi i able to do this. because this is my profession now! Lets join me for bright future.
Berita baik! Anda DIJEMPUT untuk menyertai TEAM Mama Una. Daftar sebagai ahli untuk menikmati bonus pada setiap pembelian, tips tips kesihatan dan belajar ilmu bisnes Shaklee.

WhatsApp Mama Una di 0193342290 / 0192122290 (Nik) untuk mendaftar keahlian + supplement.

Kelas offline, online, tips bisnes dan ilmu pemasaran akan diberikan kepada semua yang berdaftar dengan Mama Una.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Taman Melati, Wangsa Maju, Ampang, Gombak dan kawasan sekitar. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

Call/ SMS/ WhatsApp : 019-3342290 / 019-2122290
E-Mail : lucky_hanim@yahoo.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.


Continue Reading

04 October 2018

KEPENTINGAN MINYAK IKAN : DHA DAN EPA UNTUK KANAK KANAK

Assalamualaikum. 

Mama Una masih dalam mood, berjaga malam malam menemani dua anak yang demam akibat virus fever. Letih jugak. Tapi inilah cubaan kan. Hadapi dengan tabah. Hahaha.

Hari ni mama una nak share berkenaan dengan minyak ikan. Atau orang putih panggil fish oil. Anak anak Mama Una memang amalkan fish oil ni. Purposely untuk imun tubuh dan perkembangan otak. 

Apa yang ada dalam minyak ikan? Mama Una nak explain berkenaan EPA dan DHA yang sangat penting dan boleh didapati daripada minyak ikan.

Apa Peranan EPA dan DHA kepada manusia?

Merujuk carta yang Mama Una sertakan ni, EPA dan DHA adalah penting untuk semua peringkat umur. Terutamanya pada perkembangan otak kanak kanak. 

Kebaikan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak

Apa pula kebaikan EPA dan DHA untuk kanak kanak? 

✅Asid lemak Omega 3 dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan dalam tubuh. Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan minyak ikan didapati mempunyai fungsi sistem imun yang lebih baik berbanding kumpulan kanak-kanak yang hanya minum susu lembu atau formula biasa.

✅DHA membantu mempertajamkan daya penglihatanpada bayi. Satu kajian kesan DHA/EPA atas bayimendapati, bayi yang menerima DHA di dalam diet mereka mempunyai daya penglihatan yang lebih tajam berbanding bayi yang lain. Bagi warga emas pula, pengambilan ikan yang mengandungi DHA/EPA yang tinggi membantu mengelakkan mereka dari menghidapi penyakit mata dipanggil age-related macular degenaration (AMD).

✅Banyak kajian mendapati peningkatan yang ketara pada perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendapat DHA asid lemak omega-3 secukupnya sama ada melalui susu ibu, susu formula, ataupun pemakanan. Ini termasuk perkembangan dari segi koordinasi mata-tangan, daya fokus, skil bersosial dan skor ujian penilaian.

Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, mampu memperoleh skor markah yang lebih tinggi untuk ujian kognitif ketika berusia 4 tahun, berbanding kanak-kanak lain yang ibunya tidak mengamalkan suplemen DHA dan EPA.

✅Asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan keradangan di laluan pernafasan, sekaligus sangat bermanfaat bagi penghidap athma. Satu kajian kecil ke atas 29 orang kanak-kanak yang menghidap athma mendapati, kanak-kanak yang mengambil minyak ikan konsisten selama 10 bulan sudah kurang diserang simptom athma, berbanding kanak-kanak yang tidak makan minyak ikan.


✅Minyak ikan bersifat memanaskan badan. Apabila anak batuk berkahak, minyak ikan membantu mencairkan kahak serta melegakan batuk dengan cepat. Tak perlu lagi terlalu bergantung dengan ubat batuk. Sebab itu minyak ikan sangat sesuai untuk penghidap athma kerana minyak ikan memanaskan dada. Amat digalakkan untuk di ambil sebelum tidur malam sekiranya anak anda tidur di dalam bilik berhawa dingin.

Menarik kan. Kebaikan Omega 3- EPA dan DHA amatlah bagus untuk kanak kanak. Di Shaklee, Omega Guard adalah produk minyak ikan terbaik.

Mama Una memang amalkan untuk anak anak. Tengok lah Anas ni. Seronok dengan omega guard. 






Kenapa memilih minyak ikan OMEGA GUARD SHAKLEE?


🐟Shaklee merupakan Syarikat Nutrisi Semulajadi No 1 di Amerika Syarikat yang telah mempunyai kajian landmark study nya yang telah dikendalikan oleh Saintis pihak ketiga dan mempunyai kesan yang sangat positif untuk setiap produknya. Oleh sebab itu, Shakleemenjadi syarikat pengeluar makanan tambahan semula jadi yang dipercayai ramai.

🐟Minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti ikan sardin, ikan mackerel, ikan herring.

🐟Omega Guard tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengadungi banyak toksik.

🐟Omega 3 dalam Omega Guard Shakleemengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

🐟Omega Guard sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 yang paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

🐟1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

🐟Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi.

🐟Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

So apa tunggu lagi. Dapatkan omega guard hari ini. Sebotol tahan 3 bulan untuk anak anak kita.

Berita baik! Anda boleh mendapatkan supplement Shaklee daripada Mama Una. Daftar sebagai ahli untuk menikmati bonus pada setiap pembelian dan tips tips kesihatan. 

WhatsApp Mama Una di 0193342290 / 0192122290 (Nik) untuk mendaftar keahlian + supplement.

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian produk Shaklee daripada Mama Una.

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Taman Melati, Wangsa Maju, Ampang, Gombak dan kawasan sekitar. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

Call/ SMS/ WhatsApp : 019-3342290 / 019-2122290

E-Mail : lucky_hanim@yahoo.com

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Continue Reading

03 October 2018

BLOG AKTIF? SIAPA YANG MASIH AKTIF BERBLOG?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masih ramai ke yang masih aktif berblog? Mama Una suka dengan blog. Suka sebab boleh tulis macam mana. boleh share macam macam dan tak ade keyboard warrior macam di Facebook untuk dihadap.Haha.
Bermula tahun 2009 kot mama una dah start blogging macam macam. Dan macam macam juga hadiah, pertandingan dan dapat ramai kawan melalui blog. Macam macam belajar melalui blog ni. Dulu masa aktif berblg, masa zaman student, mama una memang jana duit daripada blog. Review products, join contest dan juga rebut freegifts. hahaha
Itulah zaman remaja. Sekarang blog ni banyak pengisian mengenai product Shaklee dan juga pengalaman serta tips membesarkan anak anak. Korang yang singgah di blog mama una ni, mohon tinggal jejak. So nanti mama una boleh visit blog korang pulak. 
Okey, nanti mama una share lagi. Ada nak share resepi, tips handle anak demam, kebaikan dan manfaat product Shaklee dan lain lain lagi. Banyak sungguh. Semoga mama una terus istiqamah. 
Jemput rajin rajin baca dan support blog mama una tau 💓💓
Thanks for reading
Continue Reading